Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2020

Imej
Assalamualaikum, Teringat masa sekolah zaman 90-an dulu lagu Wawasan 2020 selalu dinyanyikan semasa perhimpunan pagi atau perhimpunan mingguan. Pada masa itu selalu berangan-angan kehidupan tahun 2020 ialah kehidupan yang sangat maju dan advance. Hinggakan poster kereta terbang dengan bangunan pencakar langit selalu dilukiskan bagi menggambarkan keadaan hidup tahun 2020 nanti. Sumber gambar di SINI   Akhirnya, kita yang masih dilanjutkan usia ini telah sampai ke tahun 2020. Manusia yang mengilhamkan Wawasan ini juga masih dilanjutkan usia oleh ALLAH SWT sehingga saat ini. Tahun yang sepatutnya kita mengecapi kemajuan dalam kehidupan rupanya terjejas teruk dengan penularan pandemik wabak Corona Virus atau kita sudah kenal sebagai COVID19. Kehidupan kita sememangnya berubah secara drastik ke arah satu normal baharu, namun dalam keadaan yang agak negatif. Pandemik ini telah menjejaskan berjuta umat manusia di seluruh dunia dari segi ekonomi dan sosial.   Bagi kita di Malaysia, ta...

PEGUAM: EXPECTATION vs REALITY

Imej
Assalamualaikum, Bila sebut perkataan peguam apa yang akan anda fikirkan? Orang kaya? Hidup mewah? Kuat tipu atau belit? Kaki sebelah masuk neraka? Begitulah persepsi orang awam mengenai peguam. Hari ini kita bahas sedikit mengenai peguam, ekspektasi dan realiti. Atau orang kampung saya sebut sebagai "Lawyer: expectation vs reality". PENAFIAN: Posting ini bukanlah untuk merendahkan mana-mana peguam atau kerjaya kepeguaman. Ia hanya perkongsian fakta atas pengalaman sendiri dan mungkin berbeza dengan rakan peguam yang lain. Posting ini tiada kena mengena dengan mana-mana orang samada yang masih hidup atau yang telah tiada. PEGUAM Sumber gambar di SINI   Ekspektasi : Hidupnya mewah, duitnya banyak. Realiti : Separa betul. Kerana memang betul ada peguam yang hidup mewah dengan menjalankan amalan guaman. Tetapi sebenarnya hidup yang mewah itu juga dibebani hutang yang banyak. Malah, hidup yang mewah juga dikehendaki untuk membayar cukai yang banyak. Tapi hakikat sebenarnya ialah...

MAHKAMAH KORONER SIRI 2

Imej
Assalamualaikum, Ada dikalangan pembaca yang bertanyakan soalan ini di ruangan komen: "Boleh tuan/ puan menerang peruntukan undang2 mengenai penubuhan mahkamah koroner? Terima kasih" Soalan yang baik dan perlukan satu posting untuk menjelaskannya. Siri 1 saya telah bincang secara terlalu santai pada tahun 2013 dahulu. Anda boleh layari blog ini untuk membacanya. Menurut Kamus Dewan Bahasa versi atas talian, " koroner " bermaksud "(koronér) pegawai awam yang menyiasat kes kematian mengejut (secara luar biasa) yang puncanya disyaki ada kaitan dengan kes jenayah.  (Kamus Dewan Edisi Keempat) ".   Mahkamah Koroner sebenarnya wujud dari punca kuasa Bahagian VIII Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) [disingkatkan selepas ini sebagai "KPJ"] bertajuk "PROSIDING KHAS" di bawah Bab XXXII bertajuk "SIASATAN KEMATIAN". Bab 32 ini mempunyai 15 Seksyen, bermula dari Seksyen 328 sehingga 341A. Di dalam KPJ, ia sebenarnya tidak menyatakan secara...

PROSIDING GARNISI

Imej
Assalamualaikum,   Ringkas saja. Hari ini kita akan berbicara mengenai salah satu 'senjata' dalam menguatkuasakan penghakiman kes sivil di Malaysia. Pernahkah anda mengalami situasi dimana anda telah memenangi satu kes sivil di Mahkamah, tetapi defendan gagal untuk membayar hutang penghakiman yang anda telah perolehi? Terdapat pelbagai cara untuk menguatkuasakan penghakiman, seperti kebankrapan, writ sita dan jual, dan lain-lain. Selain itu, terdapat satu lagi kaedah yang kita akan bincangkan hari ini iaitu prosiding garnisi. Kata asalnya dalam bahasa Inggeris ialah 'garnishee proceeding'. Entah mengapa bila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ia dipanggil garnisi pula. Prosiding garnisi ini secara bahasa mudahnya ialah membekukan akaun seseorang defendan.  Sebenarnya, dari segi perundangan, "garnishee" bermaksud seseorang yang bukan penghutang penghakiman dan berada di dalam bidangkuasa Mahkamah itu boleh diperintahkan untuk membayar kepada pemiutang penghak...

RINDUKAN KEHIDUPAN UNIVERSITI

Imej
Assalamualaikum, Menonton video youtube seperti link di bawah membuatkan saya merindui suasana kehidupan di universiti sungguhpun telah meninggalkan alam kampus lebih 16 tahun yang lalu. Walaupun saya bukanlah graduan luar negara, namun fakta yang dinyatakan dalam video tersebut sedikit sebanyak adalah relevan dan menggamit memori dalam kehidupan kampus terutama mereka yang mengambil ijazah sarjana muda undang-undang. Sumber gambar di SINI   Semestinya kita diajar mengenai ilmu perundangan semasa lecture dan perbincangan mendalam semasa tutorial. Tetapi sebenarnya kehidupan kampus lebih daripada sekadar mentelaah buku sahaja. Banyak perkara lain yang boleh dipelajari sepanjang 4 tahun mengambil law degree ini. Antaranya extra co-curricular seperti moot court dan sebagainya. Semua ini akan mencorak kita dalam langkah kehidupan seterusnya terutama dalam membentuk perjalanan karier pasca kehidupan kampus. Selain itu, berjumpa dan berkenalanlah dengan seramai orang yang mungkin tidak h...

SEKIRANYA ANDA DITAHAN REMAN

Imej
Assalamualaikum, Ringkas saja hari ini. Sumber gambar di SINI .   Sekiranya anda ditangkap dan dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dipohon tahanan reman atas apa jua kesalahan yang ingin disiasat oleh pihak polis, selain anda mohon untuk reman ditolak atau jumlah hari reman dikurangkan, anda juga boleh meminta untuk perkara berikut: Memohon agar menghubungi keluarga, saudara atau kawan dan berunding dengan peguam pilihan anda (seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah). Sekiranya anda cedera, sakit atau mempunyai penyakit, beritahu Majistret dan mohon perintah bahawa anda tidak sihat dan perlu mendapatkan rawatan perubatan di hospital. Sekiranya anda tidak diwakili peguam semasa permohonan reman di Mahkamah, perkara-perkara di atas anda perlu pastikan ia direkodkan dengan jelas di dalam Minit Reman. Tanya kepada Majistret samada apa yang anda katakan itu telah direkodkan. Ingat, bertanya bukan satu kesalahan atau menghina Mahkamah pun. Kenapa perlu perkara ini direkodkan? Kerana ia ada...

WAKTU MAHKAMAH

Imej
Assalamualaikum, Ada dikalangan pembaca bertanyakan sebenarnya jam berapakah persidangan Mahkamah bermula setiap hari? Ini kerana ada di antara mereka yang datang ke Mahkamah kerana mempunyai kes tertentu seawal jam 7.30 pagi dengan harapan dapat didengar lebih awal atau takut untuk terlepas kes mereka. Kebanyakan orang awam beranggapan bahawa Mahkamah akan bersidang pada waktu pejabat bermula jam 8.00 pagi. Sebenarnya, merujuk kepada Arahan Amalan Bilangan 2 Tahun 2011 yang berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011 yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, waktu persidangan Mahkamah seluruh Malaysia adalah selaras, iaitu bermula jam 9.00 pagi .   Walau di mana pun Mahkamah itu berada, samada di Semporna, Pitas, Kota Belud atau Kangar sekalipun, waktu Mahkamah adalah standard iaitu mulai jam 9.00 pagi, sungguhpun urusan kaunter Mahkamah sudah beroperasi seawal jam 8.00 pagi iaitu waktu pejabat. Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang sesebuah Mahkamah itu untuk...

CALL TO THE BAR SECARA ATAS TALIAN

Imej
Assalamualaikum, Sekadar berkongsi ringkas mengenai Majlis "Call to the Bar" Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur yang dijalankan secara online menggunakan aplikasi Zoom.    Pada kebiasaannya majlis ini adalah acara kemuncak dalam permulaan karier seorang peguam. Majlis ini akan dihadiri oleh ahli keluarga, mover atau peguam yang mengusulkan petisyen, rakan-rakan dan orang-orang tersayang akan beramai-ramai hadir ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar sendiri petisyen ini. Selepas petisyen dibenarkan oleh YA Hakim, pempetisyen akan dipakaikan dengan jubah peguam. Itu adalah moment atau saat terindah dalam kehidupan peguam, sama perasaannya seperti ketika kita menerima segulung ijazah di atas pentas konvokesyen. Namun, disebabkan oleh penularan pandemik wabak COVID-19, maka upacara "Call to the Bar" ini terpaksa dibuat secara alam maya atau atas talian sahaja dengan pihak-pihak berada di rumah atau pejabat masing-masing, manakala YA Hakim dan pegawai Mahkamah berada di...

SUMPAH vs IKRAR: ADA PERBEZAAN?

Imej
Assalamualaikum, Kali ini kita akan berbincang soal sumpah dan ikrar. Anda mesti pernah berurusan mengenai akuan sumpah atau sekurang-kurangnya pernah mendengar mengenainya. Bagi yang bersekolah juga mesti pernah mendengar perkataan ini: "Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar, akan menumpukan, seluruh tenaga dan usaha kami..." Malah, mereka yang pernah berurusan dengan Pesuruhjaya Sumpah juga kekadang bertanya "apa itu akuan bersumpah?" Dan mereka yang menjadi saksi di Mahkamah juga dikehendaki mengangkat sumpah sebelum memberikan keterangannya di hadapan Hakim atau Majistret. Para lantikan kerajaan termasuklah dalam Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan-Sultan, Raja, Yang DiPertuan Besar Negeri atau Yang DiPertua Negeri juga dikehendaki mengangkat sumpah jawatan masing-masing sebelum memulakan tugasan. Sumpah Bagi Yang DiPertuan Agong dinyatakan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual Keempat seperti di bawah: Ambil maklum b...

NILAI KEBANKRAPAN DINAIKKAN KEPADA RM100,000

Imej
Assalamualaikum, Ringkas saja hari ini. Oleh kerana pandemik wabak COVID-19 yang memberikan impak tinggi kepada kehidupan kita, kerajaan Malaysia telah menggubal dan meluluskan satu akta baharu yang dinamakan " Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 " [Akta 829] atau singkatnya Akta COVID-19. Akta ini telah diwartakan dan mula berkuatkuasa mulai 23 Oktober 2020. Ada banyak langkah yang diluluskan dalam Akta ini, namun satu yang menarik ialah jumlah penghakiman yang membolehkan seseorang diisytiharkan bankrap telah dinaikkan daripada RM50,000 iaitu kini RM100,000. Ini boleh dirujuk di bawah seksyen 20 Akta COVID-19 seperti di bawah: Oleh itu, mana-mana penghutang penghakiman yang mempunyai hutang di bawah RM100,000 mulai 23 Oktober lepas tidak boleh difailkan petisyen kebankrapan ke atasnya. Manakala bagi kes-kes yang sudah difailkan di Mahkamah sebelum 23 Oktober 2020 juga tidak terpakai dengan undang-undang baharu lan...

MENARIK DIRI SEBAGAI PENJAMIN KEPADA TERTUDUH

Imej
Assalamualaikum, Lama tidak kemaskini blog ini. Terima kasih kepada pembaca yang telah menghantar komen dan emel dan maaf kerana sudah terlalu banyak komen dan emel yang tidak terbalas atau disiarkan atas keterbatasan masa dan ruang terutama dalam menghadapi wabak COVID19 ini. Saya doakan semoga semua pembaca blog ini sentiasa sihat sejahtera dan dalam perlindungan Allah SWT. Berbalik kepada posting hari ini, iaitu menarik diri sebagai penjamin kepada tertuduh. Ini antara soalan yang paling popular di kalangan pembaca blog ini. Sebenarnya, seseorang penjamin kepada tertuduh yang dituduh melakukan kes jenayah boleh menarik diri daripada terus menjamin tertuduh di Mahkamah. Perkara ini disebutkan dalam seksyen 393 Kanun Prosedur Jenayah. Peruntukan seksyen itu dalam versi Bahasa Inggeris adalah seperti di bawah.   Apabila penjamin menarik diri sebagai penjamin dan dibenarkan oleh Mahkamah, kesannya ialah bon jaminan tertuduh adalah terbatal dan tertuduh perlu mencari penjamin baharu...

KUARANTIN COVID-19

Imej
Assalamualaikum, Kepada pembaca blog bakalpeguam ini saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas komen-komen dan emel yang dihantar kepada saya memandangkan saya kini diletakkan dalam kuarantin wajib akibat penularan wabak COVID-19 mulai hari ini.   Insya Allah dalam masa kelapangan yang ada saya akan cuba membalas komen dan emel yang dihantar dan kelewatan amatlah dikesali. Sekali lagi bakalpeguam nasihatkan sekiranya anda mempunyai masalah perundangan, silalah dapatkan nasihat peguam yang bertauliah.  Konsultasi saja tidaklah mahal sangat. Apa yang bakalpeguam kongsikan adalah berasaskan perundangan dan amalan guaman sedia ada dan sekadar perkongsian ilmu serta BUKANLAH satu nasihat perundangan yang patut dijadikan sandaran untuk penyelesaian masalah tuan/puan. Akhir sekali, stay safe everyone! Wassalam.

BUAT PERJANJIAN GUNALAH KHIDMAT PEGUAM

Imej
Assalamualaikum, Ini bukan posting bakalpeguam tetapi diambil dari laman FB untuk bacaan dan perkongsian. Ini penting. Baca dan fahamkan. Moga bermanfaat. Link ke posting asal di bawah. ______________________________________________ Sedikit pesanan khidmat masyarakat:- Jika anda perlukan apa-apa jenis perjanjian/kontrak, mohon dapatkan khidmat rakan-rakan peguam untuk sediakan dokumen tersebut untuk anda.  Dalam pengalaman saya, perjanjian-perjanjian yang disediakan oleh mereka yang tidak arif tentang undang-undang korporat dan komersial, baik perjanjian sewa rumah, perjanjian perniagaan, perjanjian sponsorship dan lain-lain, selalunya tidak dapat menunjukkan niat sebenar atau intention pihak-pihak kepada perjanjian itu.  Selain itu, kadang-kadang, pihak yang menyediakan perjanjian itu sendiri juga tidak faham akan klausa-klausa yang mereka masukkan yang akhirnya memakan diri sendiri oleh kerana mereka ‘cut & paste’ daripada internet. Walaupun kebanyakan perjan...

CERITA PENCEN

Imej
Assalamualaikum, Post dibawah ialah post dari FB rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen). Posting-posting dalam laman FB ini sangat bermanfaat bagi penjawat-penjawat awam bertaraf tetap dan berpencen. Banyak isu yang dibincang dengan ayat yang santai dan mudah difahami. Link di bawah. Selamat membaca. ____________________________________________ Layak Bersara, Tak Semestinya Layak Dah Terima Pencen Bulanan Mulai Tarikh Bersara. Ramai yang suka tanya dua soalan 'fofular' ini. Sama ada, 1. Apakah syarat asas melayakkan seseorang itu bersara dan bergelar pesara? (Terima Kad Pesara) Atau 2. Apakah syarat asas yang apabila bersara, terus 'layak terima' pencen bulanan? Ok macam ni. Syarat layak bersara pilihan adalah 'sekurang-kurangnya telah berkhidmat 10' tahun. 10 tahun mulai dari tarikh lantikan tetap / sementara hingga tarikh sehari sebelum bersara. Apa yang layak diterima masa tu ialah Ganjaran Perkhidmatan dan CGR (kalau ada kumpul lah) Dan... Pa...

PEGUAM ITU IBLIS?

Imej
Assalamualaikum, Sedih juga lah rasanya bila menerima kecaman sebegini walaupun ia bukanlah ditujukan kepada bakalpeguam. Dapat gambar ini daripada laman sosial. Peguam dikatanya iblis. Jadi untuk Hakim dan Majistret yang putuskan untuk melepas dan membebaskan para pembunuh, perogol, pencuri itu pula patut mendapat gelaran apa? Anugerah Tuhan? Moga orang ini insaf dan sedar bahawa kerjaya peguam bukanlah sama atau setaraf dengan iblis. Ia bukan kerjaya melindungi orang jahat, pun. Jauh sekali. Harap jikalau anda yang berfikiran sempit sebegini mempunyai masalah perundangan silalah berjumpa dengan bomoh untuk selesaikan masalah anda kelak. Wassalam.

SAMAN TUNTUTAN KECIL DITOLAK

Imej
Assalamualaikum dan Salam Hari Kebangsaan ke-63 Tahun, Anda masih ingat posting saya mengenai prosedur saman tuntutan kecil sebelum ini? Ala, yang saya poskan DI SINI tu. Masa itu sebutan kes untuk pengurusan. Minggu lepas bakalpeguam sempat menyaksikan kes itu menjalani perbicaraan penuh. Sumber gambar di SINI Ceritanya begini. Dalam post ini kita namakan Plaintif sebagai "C" dan Defendan sebagai "B" supaya senang anda faham. Wanita C (iaitu plaintif) menyaman wanita B (iaitu defendan) kerana telah meninggalkan premis yang disewa oleh B dengan bil-bil elektrik yang tertunggak. B telah menyewa premis ini dari tahun 2013 sehingga keluar dari premis itu setelah tamat kontrak sewaan pada bulan Ogos tahun 2019 (tepatnya setahun lepas iaitu 31 Ogos 2019) selepas 2 kali pelanjutan kontrak. Ada perjanjian sewa atau tenancy agreement yang lengkap.  Premis ini adalah sebuah premis perniagaan dalam bangunan shopping complex yang mempunyai 2 jenis bil elektrik. Satu bil oleh...

RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2020

Imej
Tahniah Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan atas pindaan ini. Moga ia dapat mengurangkan kadar kemalangan khususnya membabitkan pemandu mabuk yang tidak bertanggungjawab. Mungkin langkah seterusnya ialah mengurangkan penjualan alkohol secara terbuka pula. Sumber: FB Menteri Pengangkutan Malaysia.

SALAM MA'AL HIJRAH 1442H

Imej
Assalamualaikum, Blog ini mengucapkan Salam Ma'al Hijrah dan Selamat Tahun Baharu 1442H kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat pembaca blog ini. Semoga tahun baharu hijrah ini akan membawa beribu kebaikan kepada kita semua. Pada masa ini saya bercuti rehat sehingga minggu hadapan, oleh itu saya mohon maaf atas keterbatasan masa untuk menjawab semua emel dan komen pembaca. Insya Allah saya akan jawab pertanyaan tersebut pada masa terluang nanti. كل عام وأنتم بخير والسلام

PERTUDUHAN KES ROAD TAX DAN INSURAN TAMAT TEMPOH

Imej
Assalamualaikum, Di bawah ini bakalpeguam kongsikan contoh pertuduhan bagi kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih dikenali sebagai road tax dan insuran bagi pihak ketiga yang tamat tempoh.   Kesalahan mati road tax ialah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000. Bagi kesalahan insuran tamat tempoh, ia di bawah Seksyen 90 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali. Sebagai tambahan bagi kesalahan Seksyen 90 (1) ini ialah mesti dihilangkan kelayakan untuk memegang atau memohon apa-apa lesen memandu tidak melebihi 12 bulan dari tarikh sabitan, melainkan Mahkamah perintahkan sebaliknya. Bermakna, bagi kesalahan Seksyen 90 (1) ini pesalah atau Orang Kena Saman (OKS) mesti digantung lesen memandu atau tidak layak memohon lesen memandu dalam tempoh hilang kelayakannya. Akhir sekali, kes sebegini tidak boleh dikompoun di pejabat Jab...

GUNA TELEFON BIMBIT SAMBIL MEMANDU: SELESAI DI MAHKAMAH

Imej
Assalamualaikum, Maklumat daripada PDRM Malaysia yang disiarkan dalam facebook rasmi organisasi tersebut melaporkan bahawa mulai 6 JULAI 2020 , semua kes saman trafik yang melibatkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu hendaklah diselesaikan di Mahkamah. Kesalahan ini adalah di bawah Kaedah 17A Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 [L.N. 166/1959] yang kini dikategorikan sebagai kesalahan tidak boleh kompoun.  Ini bermakna, tiada lagi bayaran kompoun di Balai Trafik bagi kesalahan ini bagi saman yang dikeluarkan pada 6 JULAI 2020 dan seterusnya. Mereka yang menerima saman ini (OKS) perlu menyelesaikan kes ini di Mahkamah, samada mohon bicara atau dikenakan hukuman iaitu jika disabitkan, denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi 3 bulan dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya pula jika disabitkan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Sudah tentu OKS boleh membuat rayuan untuk meringankan hukuman (...

PROSEDUR BANDUAN MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH

Imej
Assalamualaikum, Hari ini bakalpeguam ditanya berkenaan prosedur seseorang banduan di dalam penjara untuk menjadi saksi dan memberikan keterangan di Mahkamah. Ada Mahkamah yang mengeluarkan 'Order to Produce' (OTP) atau Perintah Mengemukakan kepada pihak penjara. Sebenarnya amalan ini adalah salah dan tidak bertepatan dengan peruntukan sedia ada. Sepatutnya Mahkamah mengeluarkan waran dan bukannya perintah mengemukakan. Baca peruntukan Seksyen 372 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) yang menyatakan bahawa:   372. Kehadiran banduan dalam kes jenayah. (1) Apabila kehadiran mana-mana orang yang ditahan dalam penjara yang terletak di Malaysia dikehendaki dalam mana-mana Mahkamah Jenayah, Mahkamah itu bolehlah mengeluarkan waran yang dialamatkan kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi penjara itu menghendaki supaya orang itu hadir hadapan Mahkamah dengan jagaan yang sepatutnya pada masa dan tempat yang disebutkan dalam waran itu. (2) Pegawai yang bertanggungjawab bagi penjara itu h...