Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2020

MENARIK DIRI SEBAGAI PENJAMIN KEPADA TERTUDUH

Imej
Assalamualaikum, Lama tidak kemaskini blog ini. Terima kasih kepada pembaca yang telah menghantar komen dan emel dan maaf kerana sudah terlalu banyak komen dan emel yang tidak terbalas atau disiarkan atas keterbatasan masa dan ruang terutama dalam menghadapi wabak COVID19 ini. Saya doakan semoga semua pembaca blog ini sentiasa sihat sejahtera dan dalam perlindungan Allah SWT. Berbalik kepada posting hari ini, iaitu menarik diri sebagai penjamin kepada tertuduh. Ini antara soalan yang paling popular di kalangan pembaca blog ini. Sebenarnya, seseorang penjamin kepada tertuduh yang dituduh melakukan kes jenayah boleh menarik diri daripada terus menjamin tertuduh di Mahkamah. Perkara ini disebutkan dalam seksyen 393 Kanun Prosedur Jenayah. Peruntukan seksyen itu dalam versi Bahasa Inggeris adalah seperti di bawah.   Apabila penjamin menarik diri sebagai penjamin dan dibenarkan oleh Mahkamah, kesannya ialah bon jaminan tertuduh adalah terbatal dan tertuduh perlu mencari penjamin baharu unt