Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2018

RELEVANKAH KEMENTERIAN UNDANG-UNDANG SABAH?

Imej
Assalamualaikum, Masih belum terlewat untuk bakalpeguam mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan al Mubarak bagi tahun 1439H ini. Ramadhan Kareem. Dan masih juga belum terlewat bakalpeguam ucapkan Tahniah dan Syabas kepada Parti Warisan Sabah yang diketuai oleh YAB Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang telah memenangi Pilihanraya Umum ke-14 bersama Pakatan Harapan Sabah pada 9 Mei 2018 seterusnya telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang ke-15 pada 12 Mei 2018. Sungguhpun pada awalnya kemungkinan wujudnya krisis Perlembagaan terhadap pelantikan tersebut, namun sehingga hari ini ia telah nampak sedikit reda. Mungkin disebabkan oleh menghormati bulan yang mulia ini. Jata Rasmi Negeri Sabah Umum mengetahui bahawa YAB Ketua Menteri telah melantik para Jemaah Menteri dan Pembantu Menteri Negeri Sabah bagi menerajui Kementerian masing-masing.  Apa yang menarik ialah wujudnya satu daripada tiga Kementerian baharu, iaitu Kementerian

BERITA KES ROGOL BERKUMPULAN DI TAWAU SABAH

Imej
TAWAU, 22 Mei - Dua lelaki warga Indonesia masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan merogol seorang gadis berusia 19 tahun secara berkumpulan, tahun lalu. Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Amir Shah Amir Hassan yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh pertama Mohd Supardie Wahidin Abbas, 18 dan tertuduh kedua Basir Bambang, 26 yang menukar pengakuan mereka kepada bersalah selepas pihak pendakwaan telah memanggil dua orang saksi untuk memberi keterangan semasa perbicaraan. Kesalahan dilakukan pada 6 Oktober 2017 jam lebih kurang 4.40 petang di Taman Bukit Tawau. Sumber gambar di SINI Mengikut keterangan mangsa yang juga saksi pertama pihak pendakwaan, beliau yang mengenali Mohd Supardie melalui laman sosial WeChat dua bulan sebelum kejadian telah dibawa menaiki motorsikal kononnya untuk berjumpa dengan keluarga tertuduh pertama. Namun, tertuduh pertama telah membawa dua orang l