Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

BERHATI-HATI KETIKA MEMBELI KERETA

Tulisan menarik ini aku cilok gila-gila dari blog orang lain. Apapun, kredit kepada pemilik blog, klik di SINI . Ingatlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian, anda mestilah berhati-hati apabila ingin membeli kereta baru atau kereta second hand. Ramai salesman yang tak jujur menanti untuk menggigit anda. Ramai orang mudah tertipu dengan diskaun harga yang ditawarkan atau anda akan dapat cash rebet sekiranya anda membeli dengan salesman ini… awas… cek betul-betul anda rugi atau anda untung???? Dari segi zahirnya anda rasa anda untung kerana anda ditawarkan diskaun…tapi anda sebenarnya rugi kerana salesman sudah makan di atas interest bank yang sengaja dilebihkan dari kadar biasa. Sebagai contoh; Harga Perodua Myvi ialah RM46,900. Tetapi salesman kata dia boleh bagi anda RM1000 diskaun dan beberapa hadiah menarik… Ini bererti; harga kereta setelah ditolak diskaun ialah RM45,900. Anda bersetuju untuk membayar RM5,900 sebagai downpayment. Setelah dibuat sedikit kira-kira dan salesman bagitau a