Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

BILA MANGSA TERUS MENJADI MANGSA

Imej
Assalamualaikum, Saya sudah berkhidmat dalam bidang perundangan selama lebih 16 tahun. Antara agensi yang paling dekat ialah Polis DiRaja Malaysia. Saya amat menyanjungi bidang kepolisan kerana bidang ini juga amat dekat dengan saya. Bapa saya bekas anggota polis. Berkhidmat lebih kurang 38 tahun dalam pasukan. Adik saya juga merupakan seorang anggota polis. Saya membesar di dalam berek polis. Jadi, bidang ini amat dekat di hati dan kehidupan saya. Kebelakangan ini kita disajikan dengan berita-berita kurang enak mengenai pegawai dan anggota polis. Berita melibatkan kes rogol di lokap Balai Polis Pusat Miri, Sarawak antara isu terbesar. Selain itu, anggota bersikap tidak profesional di Sekatan Jalanraya (SJR) juga mengambil tempat slot berita. Dan semalam, dikhabarkan ada pegawai polis yang mengkhinzirkan pegawai polis lain yang membuat SJR dan mentularkannya di media sosial. Entah di mana silapnya tetapi yang pasti ini bukan salah PDRM, tetapi salah individu yang bergelar pegawai dan a

MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH JENAYAH: BAHAGIAN 2

Imej
Assalamualaikum, Sebelum ini saya telah berbicara soal menjadi saksi di Mahkamah Jenayah. Posting itu boleh di dapati di SINI . Saya ingin menyambung sedikit lagi perkongsian bagi topik ini. Sumber gambar di SINI .   Pertama, apabila anda disoal, anda mestilah dengar dengan teliti dan melihat kepada siapa yang menyoal anda. Jikalau anda disoal oleh Timbalan Pendakwaraya atau Pegawai Pendakwa, anda mesti memandang ke arah beliau. Jikalau anda disoal oleh peguambela, anda juga mesti memandang kepada beliau. Kedua, apabila menjawab soalan, ini paling penting, apabila menjawab soalan, sila pandang kepada Hakim atau Majistret yang berada atau duduk di atas Bench. Bench ini meja hakim. Anda memberikan keterangan di hadapannya dan kepadanya, bukan kepada orang yang menyoal anda. Jadi, apabila menjawab soalan, alihkan pandangan kepada Hakim. Contohnya anda disoal oleh peguambela: "Setuju dengan saya bahawa pada masa kejadian, kamu tidak berada di situ?" Jawapan yang anda harus jawab

PROSES MEDIASI

Imej
Assalamualaikum, Hari ini saya ditanya tentang mediasi. Untuk rekod, saya ialah seorang certified mediator. Dan saya bercakap tentang proses mediasi yang dikendalikan di mahkamah atau dikenali sebagai 'court assist mediation'. Saya telah ditanya apakah itu mediasi dan bagaimana efektifnya mediasi ini? Jawapan saya simple: "Kalau perbicaraan di mahkamah terbuka itu umpama peperangan, mediasi inilah tempat meja rundingan". "If trial in open court is an open battle, mediation is the closed round-table". Sumber gambar di SINI Mediasi ialah salah satu proses rundingan antara mereka yang berpertikaian dalam kes sivil, sebagai kaedah alternatif penyelesaian pertikaian atau 'alternative dispute resolution' atau biasa dikenali sebagai ADR. Proses ini sangat efektif dengan syarat ia mendapat partisipasi daripada pihak-pihak tersebut dengan hati dan minda yang terbuka. Sebenarnya, walaupun mereka mempunyai minda yang tertutup sekalipun, sekiranya hadir di hadap

MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH JENAYAH: BAHAGIAN 1

Imej
Assalamualaikum, Hari ini bakalpeguam duduk di Mahkamah terbuka mengikuti perbicaraan kes jenayah di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencabul. Tertuduh kes ini ialah seorang penjawat awam, manakala mangsa pula ialah isteri kawan tertuduh sendiri yang juga anak rakan sekerjanya. Mangsa berumur 28 tahun semasa kejadian. Mangsa atau pengadu kes ini boleh dikatakan vulnerable kerana belum saja memasuki kandang saksi, dia sudah menangis teresak-esak apabila melihat tertuduh. Katanya, dia sangat trauma selepas kejadian cabul tersebut yang mana sehingga kini dia berjumpa pakar psikiatrik. Sumber gambar di SINI   Semasa keterangan utama yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, mangsa ini menceritakan dengan detail kejadian pada malam tersebut dengan panjang lebar, dengan ayat yang tidak tersusun hingga membuatkan Majistret pening mendengarnya. Ada kalanya Majistret terpaksa memberhentikan mangsa kerana bercakap terlalu laju sehingga apa yang dikatakan mungkin tidak dapa

SIJIL LAHIR DAFTAR LEWAT DAN KEWARGANEGARAAN

Imej
Assalamualaikum, Saya tidak pasti ini kali ke berapa saya bercakap soal atau isu sijil lahir daftar lewat di dalam blog ini. Kerana saya tahu bahawa, walaupun ianya amat sensitif, namun isu ini amat dekat di hati warga Negeri Sabah, kerana isu ini hanya berlaku di negeri di Bawah Bayu ini dan tidak di negeri lain di dalam Persekutuan Malaysia. Ramai di kalangan rakyat negeri Sabah yang memegang sijil lahir bertaraf daftar lewat, sehingga menjadi punca wujudnya konsep Mahkamah Bergerak, yang antara lain ingin memudahkan akses kepada keadilan bagi penduduk di kawasan pedalaman bagi mendapatkan taraf kewarganegaraan melalui endosmen sijil lahir daftar lewat mereka. Sebelum berbicara lanjut, mari kita semak dahulu mengenai sijil kelahiran daftar lewat di Negeri Sabah ini. Apakah sebenarnya daftar lewat kelahiran ini? Secara ringkasnya, sesuatu kelahiran mestilah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara dengan kadar segera atau dalam tempoh yang ditetapkan.  Sumber gambar: Laman Web Jabata

BELAJAR BAHASA INGGERIS

Imej
Assalamualaikum, Insya Allah tahun ini saya akan berusia 40 tahun. Memasuki alam 4 series. Ini juga bermaksud saya ialah seorang lepasan ijazah sarjana muda undang-undang pra-youtube, pra-streamyx, pra-unifi dan seumpamanya. Masa itu whatsapp, telegram, IG dan seumpamanya pun belum ada lagi. Untuk berkomunikasi hanya berhubung melalui telefon awam, atau kalau ada handphone pun paling canggih masa itu ialah Nokia 3310. Dulu, saya mendapatkan bahan bacaan di perpustakaan sahaja, manakala untuk mendapatkan access internet hanyalah di makmal komputer. Mesti ramai dikalangan pembaca blog ini tertanya-tanya bagaimana agaknya keadaan makmal komputer itu ya. Kalau anda tahu bermakna anda sezaman dengan saya jugalah. Lebih menggerunkan dulu semasa mula memasuki matrikulasi UIA, kami dikehendaki mengambil subjek Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab terlebih dahulu. Bahasa Inggeris pula mesti menguasai 4 kemahiran iaitu listening, writing, speaking dan reading dengan mencapai kriteria yang telah ditet