Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2018

BOLEHKAH SAMBUNG LOAN KERETA ORANG LAIN?

Imej
Assalamualaikum, Ok, post ringkas sebab mahu balik lepas office hour. Sumber gambar di SINI Soalan: Bolehkah saya sambung loan kereta orang lain? Kami buat perjanjian depan peguam juga. Malah kami juga ada buat surat akuan bersumpah. Jawapan: TIDAK BOLEH! Ini kerana hak milik kereta adalah dituntut oleh pihak ketiga, iaitu Bank atau institusi kewangan. Jadi, selagi kereta masih ada pinjaman, gunalah akuan bersumpah setebal 100 mukasurat pun, atau perjanjian setebal manapun tetap ianya TIDAK SAH dan TIDAK TERPAKAI di sisi undang-undang. Dalam undang-undang kontrak, perjanjian sebegini dikenali sebagai ' void ab initio ' atau terbatal sejak azalinya. Dengan itu, sekiranya berlaku pertikaian di kemudian hari, maka perjanjian sebegini atau akuan bersumpah ini tidak boleh dikuatkuasakan, tidak akan diterima sebagai bukti keterangan, malah ia akan dianggap seolah-olah tidak pernah wujud pun! Jadi yang rugi siapa? Penjual lah yang rugi sebab jika pe

HUKUMAN MATI

Imej
Assalamualaikum, Hukuman mati masih diamalkan di Malaysia walaupun terdapat gerakan samada domestik dan antarabangsa yang meminta agar ia dimansuhkan, atas alasan melanggar hak asasi manusia. Di dunia ini terdapat negara lain yang juga masih mengamalkan hukuman mati, hatta beberapa negeri di Amerika Syarikat sekalipun masih menguatkuasakannya. Pelaksanaannya juga berbeza-beza. Di negara Arab, ia dilakukan dengan hukuman pancung di leher menggunakan pedang yang tajam. Di China, mereka menggunakan firing squad atau melalui tembakan di kepala. Di negeri-negeri Alabama, Arkansas, Florida dan selebihnya di Amerika Syarikat menggunakan kerusi elektrik. Manakala di Arizona dan California pula menggunakan kaedah sedutan gas yang mengandungi bahan kimia. Sumber di SINI Bagi negara kita Malaysia, kita masih menggunapakai kaedah hukuman gantung di leher sehingga mati. Antara kesalahan-kesalahan yang menjadikan hukuman gantung ini mandatori ialah kesalahan mengedar

ROGOL

Imej
Assalamualaikum, Di Malaysia, mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574), perkataan atau kesalahan rogol ditakrifkan di bawah Seksyen 375 yang menyatakan bahawa: " 375. Rogol. Seorang lelaki adalah dikatakan melakukan "rogol" jika dia, terkecuali dalam hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, bersetubuh dengan seseorang perempuan dalam keadaan yang termasuk di bawah mana-mana daripada perihal-perihal yang berikut:- (a) bertentangan dengan kemahuan perempuan itu; (b) dengan tiada kerelaan perempuan itu; (c) dengan kerelaan perempuan itu manakala kerelaannya telah didapati dengan mendatangkan kepadanya atau mana-mana orang lain ketakutan mati atau cedera, atau telah didapati melalui salah tanggapan fakta dan lelaki itu tahu atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kerelaan itu telah diberi akibat dari salah tanggapan tersebut; (d) dengan kerelaan perempuan itu manakala lelaki itu ketahui bahawa dia bukan suaminya, dan kerelaan itu diberi kera

APA KERJA SEORANG MAJISTRET?

Imej
Assalamualaikum, "Dia kerja apa? Doktor? Loyar? Majistret?" Mesti ramai yang familiar ungkapan di atas kan? Adakah anda tahu apa kerja seorang Majistret ? Siapakah dia yang dinamakan Majistret? Jom kita sembang sambil minum kopi O panas. Sumber gambar di SINI Secara ringkasnya, di Malaysia, termasuklah juga di Sabah, Majistret ialah seorang hakim daerah yang mengadili sesuatu kes samada kes sivil atau jenayah di mahkamah yang dinamakan sebagai Mahkamah Majistret. Mereka yang dilantik sebagai Majistret ini mempunyai had bidangkuasa tertentu yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Apabila menjadi hakim, tugas Majistret ialah mendengar keterangan-keterangan saksi, meneliti bukti-bukti dikemukakan di Mahkamah, lepas itu buat keputusan sesuatu kes. Kalau kes sivil, keputusan itu adalah penghakiman Mahkamah. Kalau kes jenayah pula, samada tertuduh itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman atau tertuduh didapati tidak bersalah dan diperintahka

BOLEHKAH TUAN RUMAH HALAU PENYEWA SEKIRANYA SEWA TIDAK DIBAYAR?

Imej
Assalamualaikum, Pada masa ini, adakah anda seorang pemilik rumah atau premis atau anda seorang penyewa rumah atau premis perniagaan? Sekiranya anda salah satu dari kategori di atas, anda seharusnya tahu mengenai hak anda kerana ianya amat penting di sisi undang-undang. Tentunya sebelum anda menyerahkan kunci kepada penyewa atau anda menerima kunci dari tuan rumah, anda seharusnya telah menandatangani satu perjanjian bertulis yang dinamakan sebagai 'Tenancy Agreement' atau 'Lease Agreement' bukan? Pertama sekali, apa beza antara keduanya? Sebenarnya sama saja. Ia merujuk kepada perjanjian sewa sesebuah premis dari seorang pemilik kepada bakal penyewa. Namun tenancy agreement biasanya merujuk kepada penyewaan yang kurang daripada 3 tahun, seperti sewaan rumah, bilik dan sebagainya. Lease agreement pula biasanya melibatkan sewaan yang melebihi tempoh 3 tahun dan kebiasaannya digunakan dalam hal premis perniagaan atau komersial. Oleh kerana terdap

ADA PEGUAM TAPI KALAH KES

Assalamualaikum dan Salam Jumaat, Ada yang mengeluh kenapa sudah lantik peguam, bayar mahal-mahal tapi kalah kes juga??? Tuan, Tugas peguam adalah untuk membela anda di Mahkamah. Peguam yang beretika tidak boleh menjanjikan bahawa kes anda akan menang kerana menang atau kalah kes itu ditentukan oleh Hakim atau Majistret. Malah, peguam juga tidak boleh meminta wang tambahan dari anda dengan alasan 'untuk mengupah polis atau Hakim atau Majistret untuk selesaikan kes'. Itu rasuah namanya! Tanggungjawab peguam adalah memastikan anda mendapat pembelaan yang adil dan sewajarnya. Ini disebabkan proses Mahkamah yang adakalanya rumit dan kompleks dan hanya peguam yang bertauliah sahaja mengetahuinya. Peguam yang bertanggungjawab akan sentiasa memberikan maklumbalas kepada segala persoalan anda termasuklah perkembangan kes yang sedang berjalan. Peguam juga akan menasihatkan anda untuk mematuhi apa juga peraturan dan undang-undang yang terlibat agar tidak berlaku sebarang

GERHANA 'SUPER BLUE BLOOD MOON'

Imej
Assalamualaikum, Post kali ini saya kongsi gambar saja, iaitu fenomena gerhana bulan penuh. Subhanallah, Ini kebesaran Allah s.w.t. Tarikh: 31 Januari 2018 Masa : Sekitar 7 malam hingga 12 tengahmalam Menggunakan kamera handphone Samsung Galaxy S7... Sementara itu di Youtube ... Sementara itu di Makkatul Mukarramah, Arab Saudi selepas waktu Asar...