BOLEHKAH TUAN RUMAH HALAU PENYEWA SEKIRANYA SEWA TIDAK DIBAYAR?

Assalamualaikum,

Pada masa ini, adakah anda seorang pemilik rumah atau premis atau anda seorang penyewa rumah atau premis perniagaan?

Sekiranya anda salah satu dari kategori di atas, anda seharusnya tahu mengenai hak anda kerana ianya amat penting di sisi undang-undang.

Tentunya sebelum anda menyerahkan kunci kepada penyewa atau anda menerima kunci dari tuan rumah, anda seharusnya telah menandatangani satu perjanjian bertulis yang dinamakan sebagai 'Tenancy Agreement' atau 'Lease Agreement' bukan?

Pertama sekali, apa beza antara keduanya?

Sebenarnya sama saja. Ia merujuk kepada perjanjian sewa sesebuah premis dari seorang pemilik kepada bakal penyewa. Namun tenancy agreement biasanya merujuk kepada penyewaan yang kurang daripada 3 tahun, seperti sewaan rumah, bilik dan sebagainya. Lease agreement pula biasanya melibatkan sewaan yang melebihi tempoh 3 tahun dan kebiasaannya digunakan dalam hal premis perniagaan atau komersial.

Oleh kerana terdapat perjanjian bertulis ini, maka tuan rumah dan penyewa mempunyai satu hubungan yang dinamakan sebagai 'contractual relationship' dan oleh itu ia dikawal oleh undang-undang seperti Akta Kontrak 1950, Akta Relif Spesifik 1950, Akta Distres 1951 dan Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Wah, banyaknya undang-undang yang terlibat!

Oleh sebab itu, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah BACA KONTRAK YANG ANDA TANDATANGANI.

Ini amat penting bagi mengelakkan pertikaian yang tidak sepatutnya di masa hadapan, contohnya penyewa gagal membayar sewa mengikut masa yang ditetapkan, maka peruntukan 'time is the essence of this agreement' atau Melayunya 'masa ialah asas kepada perjanjian ini' perlu dimasukkan.

Selain itu, hak-hak tuan rumah dan penyewa juga mesti dimasukkan ke dalam perjanjian ini bagi mengelakkan pertikaian sesama sendiri, contohnya jika cukai pintu tidak dibayar, siapakah yang bertanggungjawab? Jika bil-bil utiliti mempunyai tunggakan, siapa yang perlu selesaikan?

Maka, sebelum menurunkan tandatangan ke atas kontrak atau perjanjian sewa itu, baca terlebih dahulu dengan teliti. Jika ada keraguan, boleh rujuk kepada kawan-kawan atau kenalan yang mempunyai pengetahuan dalam bidang perundangan atau terus saja merujuk kepada peguam yang bertauliah. Jangan terburu-buru menandatangani perjanjian ini tanpa menyemak terlebih dahulu.

Perjanjian ini akan dibuat oleh tuan rumah atau pemilik premis. Tidak bermakna penyewa kena akur semua apa yang telah ditulis. Penyewa masih boleh deal atau berbincang dengan pemilik untuk menambah atau membuang mana-mana peruntukan yang dirasakan perlu untuk melindungi hak masing-masing. Dapat saja draf perjanjian itu, ambil pen merah dan tulislah apa saja yang perlu. 

Tapi biarlah juga secara beradab ya, jangan tulis sembarangan pula.

Selesai saja perjanjian ditandatangani di hadapan saksi masing-masing dan dimatikan setem, jangan lupa dapatkan sesalinan perjanjian itu untuk simpanan.

Nah, sekarang anda yang menyewa sudah boleh masuk ke premis yang disewa. Anda sebagai tuan rumah pula perlu menyerahkan kunci kepada penyewa.

Setelah beberapa ketika, timbul pula masalah bilamana penyewa gagal menjelaskan sewa atau kalau bayar pun, lambat hingga mempunyai tunggakan 2-3 bulan sewa.

Apakah anda (sebagai tuan rumah) boleh lakukan?

Adakah anda akan mengupah gangster untuk mengugut penyewa supaya membayar sewa? Atau adakah anda akan mengirim peluru hidup kepada penyewa sebagai satu bentuk ugutan? Atau adakah anda akan simbah cat merah ke atas kenderaan penyewa?

Beres!!! Ooopss.. tapi rumah siapa pula yang dibakar tu???
Anda sebagai tuan rumah sebenarnya mempunyai remedi atau perlindungan di sisi undang-undang. Jangan lupa anda sudah tandatangan kontrak bukan?

Peraturan pertama: Sebagai pemilik, anda tidak boleh keluarkan penyewa secara paksa. Apatah lagi melakukan perkara-perkara di atas, its a BIG NO! Tidak boleh. Jangan ugut-ugut sebab anda sendiri yang akan masuk lokap nanti jika penyewa membuat laporan polis. Bakar rumah? Lagi mendatangkan masalah besar.


Bersambung.. (nanti saya update post ini.. insya Allah.. buat kerja dulu).

Ulasan

  1. Saya bukan niat nak malukan sesiapa. Saya menyewa rumah Jurutera Sivil JKR Ramli@Rusdi bin Junoh bermula 1/4/19 - 30/3/20 (Kontrak Sewa 1 tahun). Saya bayar deposit 2 bulan RM2700 pada 30/3/19 untuk 2+1. Dalam Kontrak dia tulis sebulan ja deposit. Baki RM900 tu untuk utiliti. Malah Kontrak tersebut tidak dicop setem hasil.Dalam Speedrent tu ada 1 ja rumah sewa di Melaka. Dalam Speedrent tulis RM1000. Disebabkan tuan rumah tak mau berurusan dengan ejen Speedrent, jadi fi ejen saya yg bayarkan. Speedrent, Zero deposit. Jadi tanpa melalui speedrent.. tuan rumah kurangkan ke RM900 sebulan. Pada bulan Jun, saya alami masalah kerana jarak tempat bekerja Merlimau jauh dari rumah. Jadi saya berhenti dan cari yang berdekatan. Saya minta sewa dikurangkan jadi tuan rumah kurangkan ke RM800 bulanan.Bulan Ogos, saya kurang RM100 bayar sewa. Bulan September saya belum bayar lagi kerana anak lelaki saya kemalangan dilanggar lari.Ketika saya tiada di rumah, anak memberitahu Tuan Rumah meluru masuk tanpa bagi salam. Wajarkah beliau berbuat demikian? Lepas tu beliau mengirim mesej akan mengambil rumah pada 1/10/19 dan minta saya bayar bil elektrik. Setahu saya tuan rumah tak berhak campur tangan dalam urusan bil rumah kerana masih dalam kontrak. Lagipun saya bayar secara ansuran.Anak saya ada 2 orang nak ambil periksa PT3. Exam bermula pada 30/9/19. Saya minta beliau tunda tarikh pengambilan semula rumah. Tetapi beliau jawab disebabkan saya tak bayar sewa rumah, dia terpaksa ambil balik. Saya juga tahu Akta 1950 Perjanjian Pemilik dengan Penyewa. Saya tahu TANPA WARAN MAHKAMAH beliau tak boleh halau saya dengan anak-anak dari rumah. Tunggakan belum sampai sebulan pun. Saya bukan jenis liat bayar sewa. Saya dinasihatkan membuat laporan polis terhadap pemilik kerana bukan salah saya beliau tak bayar pinjaman perumahan. Pinjaman rumah tak boleh lebih 3 bulan untuk elakkan dari dilelong. Tuan rumah, suami isteri bekerja. Seorang Jurutera, seorang guru. Anak saya sampai terpaksa berhenti belajar kerana bapa dia tak beri nafkah persekolahan. Saya ibu tunggal. Saya penganggur disebabkan masalah kesihatan dan merupakan penerima bantuan sara hidup Asnaf. Saya alami masalah kewangan dan saya juga tak sangka apabila sewa rumah milik Melayu, Melayu sesama Melayu boleh bertindak sehingga nak menghalau keluar.Saya juga pernah menyewa dengan bangsa asing. Bangsa Cina takkan halau dan masih boleh bertolak ansur. Jika lewat bayar sebulan, maka bulan depan akan jadi double. Bukan tak bayar langsung.IWK ada tunggakan RM150 plus. Maknanya penyewa terdahulu tak settle. Saya tinggal baru 6 bulan. Jadi saya hanya bayar RM8x6 bulan = RM48, bulan ni ja sewa rumah belum bayar lagi disebabkan saya selesaikan yuran bas sekolah. Penting sebab anak2 nak exam.Tengok bil TNB, bulan pertama dan kedua bil tak cecah RM100, masuk bulan ketiga tetiba naik mendadak mencecah RM500. Bulan berikutnya kurang RM100 dan maintain bawah RM100. Saya rasa pelik kerana kami ada peti ais, cuckoo. TV tiada siaran hanya tengok cd. Aircond tak guna sebab remote takda. Laporan dah dibuat.Kontrak Perjanjian perlu dicop setem hasil 7 hari selepas Penyewa menduduki tetapi Tuan Rumah gagal berbuat demikian. Macam mana saya nak cari rumah lain, dalam masa yang sangat terhad.Tuan rumah baru bagi mesej nak ambil rumah pada 19/9/19. Saya dikehendaki keluar sebelum 1/10/19 sedangkan saya hanya lewat bayar bulan ini. Saya minta sangat bantuan penyelesaian. Tuan rumah enggan berbincang cara elok. By right, saya tiada tunggakan dari segi bayaran sewa rumah. Terlebih bayar adalah. Deposit utiliti RM300. Tetapi Tuan Rumah tak nyatakan dalam kontrak terdahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya doakan moga urusan puan dipermudahkan. Maaf sangat2 sebab saya baru ternampak komen ini pada hari ini.

      Padam
  2. Sambingan mana..agk2 brpa kos mk lantik lawyer kes ceribeloh kedaii ya..

    BalasPadam
  3. Saya ambil alih kedai dari orang lain pada august 2019 tanpa buat agreement dgn owner...cuma agent yg juma saya,bila aya tanya dia pasal agreement,dia beritahu owner gila sikit nanti di cancel agreement..saya pun tunggu tapi saya pening kepla lalu hantar email pada owner(saya tak tah siapa owner)Ada balas dari dia...mengkatakan new agreement akan naik harga pada april 2020
    padahal dunia menghadapi covid-19,saya buka kedai pada 12 june 2020 atas arahan kerajaan...
    tetapi saya dapat whatsapp dari agent "tolong kosongkan premis pada 15 june 2020"..saya pun kata "okay" tapi saya lambat satu minggu untuk pindah disebabkan covid -19...tapi agent ini suruh saya bayar sampai june 2020..masa MCO pun agent tak kurangkan sewa..dia ambil deposit penyewa dulu...Apa patut saya buat?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PROSIDING GARNISI