TERMA MAHKAMAH JENAYAH YANG ANDA PERLU TAHU

Untuk kes jenayah, terdapat beberapa terma mahkamah yang orang awam perlu tahu untuk memudahkan urusan di mana-mana mahkamah jenayah. Jom kita sembang sebahagian daripadanya.

Pegawai pendakwa: ialah pegawai yang mengendalikan kes pendakwaan di Mahkamah. Ia terdiri daripada pegawai-pegawai polis atau pegawai-pegawai jabatan berkaitan. Mereka yang mengendalikan sebutan dan perbicaraan bagi setiap kes pendakwaan yang dijalankan di Mahkamah.

Timbalan Pendakwaraya: juga dikenali sebagai Deputy Public Prosecutor (DPP) iaitu seorang pegawai undang-undang dari Jabatan Peguam Negara yang mempunyai kuasa memulakan, mengendalikan atau menamatkan sebarang kes jenayah di Mahkamah. Juga disebut sebagai TPR. Semua TPR mendapat keutamaan di dalam Mahkamah mengatasi pegawai pendakwa dan peguam-peguam swasta.

Sebutan kali pertama: ini adalah proses hadap tuduh atau arraignment. Pada hari sebelum sebutan pertama di mahkamah, kebiasaannya anda akan dihubungi oleh pegawai penyiasat kes untuk hadir ke mahkamah pada esok hari bagi proses hadap tuduh. Dan apabila anda hadir dan kes anda dipanggil oleh mahkamah yang berkenaan, ini yang disebut sebagai sebutan kali pertama. Pada masa ini pertuduhan akan dibacakan kepada anda dan urusan jaminan akan mengambil tempat. Bagi urusan jaminan sila baca lebih lanjut di SINI.

Sebutan semula kes: ini adalah proses dimana kes hanya disebut di mahkamah tanpa memanggil mana-mana saksi untuk memberikan keterangan. Sebutan perlu diadakan jika laporan berkaitan kes masih belum disiapkan oleh pihak pendakwaan. Selalunya sebutan kes ini hanya beberapa minit sahaja. Cuma yang membuatkan ia menjadi lama bila kita menunggu untuk giliran kes dipanggil. Perlu diingat mahkamah, terutamanya Mahkamah Majistret mempunyai banyak urusan atau kes yang perlu didengar setiap hari, bukan hanya kes anda sahaja yang ditetapkan. Jadi, sila bersabar untuk menunggu. Dan jika anda mempunyai urusan lebih penting dan tidak diwakili peguam, sila beritahu jurubahasa mahkamah dan pegawai pendakwa kes. Kadangkala kehadiran anda boleh dikecualikan jika, bagi kes yang menunggu laporan tetapi masih belum disiapkan dan pendakwaan akan memohon tarikh sebutan yang baru.

Pengurusan kes: ini juga adalah proses sebutan dan tiada saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan. Anda sebagai orang kena tuduh (OKT) juga tidak perlu memberi keterangan atau membawa saksi. Jika anda pula sebagai saksi kes, kehadiran anda juga masih belum diperlukan. Pada masa pengurusan kes, pihak pendakwaan akan menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kes kepada OKT. Kemudian pihak pendakwaan akan memaklumkan kepada mahkamah berapa ramai saksi yang akan dipanggil dan berapa lama perbicaraan diperlukan. Selepas itu mahkamah akan memberikan tarikh perbicaraan.

Subpoena: sebutannya 'sapina' iaitu satu dokumen yang dikeluarkan oleh Mahkamah kepada mana-mana saksi untuk hadir ke Mahkamah untuk memberikan keterangannya dalam perbicaraan. Saksi ini boleh terdiri daripada saksi mata atau pengadu, saksi pakar atau saksi bagi mengemukakan dokumen sahaja. Subpoena ini juga dikenali sebagai saman kepada saksi. Jadi apabila anda menerima dokumen ini dan penerimaannya diakui, maka anda harus hadir ke Mahkamah tanpa gagal. Kegagalan hadir tanpa kebenaran Mahkamah akan menyebabkan waran tangkap dikeluarkan kepada anda.

Perbicaraan: inilah proses penting dalam kes jenayah. Pihak pendakwaan akan mula memanggil saksi mereka termasuk pengadu atau mangsa kes. Mereka akan dipanggil masuk ke kandang saksi dan mengangkat sumpah sebelum memberikan keterangan. Ayat sumpah yang dibacakan adalah seperti berikut: "Bahawasanya saya (saksi akan sebutkan nama penuh) dengan sesungguhnya dan suci hati mengaku dan berikrar bahawa segala keterangan yang akan saya berikan dalam perbicaraan ini adalah benar, tiadalah apa-apa yang tidak benar melainkan benar-benar belaka." Sesuai dengan sumpah yang diikrarkan maka seseorang saksi perlu memberikan keterangan yang betul dan benar mengikut soalan yang dikemukakan, walaupun mungkin kebenaran itu pahit untuk dihadam atau membuka aib seseorang yang lain. Anda mesti bercakap benar kecuali kalau jawapan yang anda berikan boleh menyebabkan anda dikenakan pertuduhan jenayah lain, maka Hakim/Majistret akan memberikan amaran kepada anda bahawa anda dibenarkan untuk tidak menjawab soalan sedemikian. Apabila pihak pendakwaan menyoal saksi mereka, ini dipanggil 'pemeriksaan utama'. Setelah selesai, OKT atau melalui peguam akan menyoal pula saksi berkenaan dan ini dikenali sebagai 'pemeriksaan balas'. Apabila OKT atau peguam selesai dengan soalan-soalan balasnya, pihak pendakwaan akan menyoal semula saksi berkenaan dan ini dikenali sebagai 'pemeriksaan semula'. Saya akan bicara lanjut berkenaan pemeriksaan-pemeriksaan ini dalam topik akan datang.

Prima facie: ini ialah satu bentuk standard ditetapkan oleh undang-undang ke atas pihak pendakwaan dalam membuktikan kes semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan. Jika pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, maka seseorang OKT akan diperintah untuk membela diri. Sebaliknya jika pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie maka seseorang OKT itu akan diperintah untuk dilepas dan dibebaskan (acquit and discharge - lihat di bawah). Terma ini berasal dari bahasa Latin yang bermaksud 'first appearance' atau 'on its surface'.

DNAA: ini bermaksud 'discharge not amounting to acquittal' atau dilepaskan tanpa dibebaskan. Saya akan bicara lanjut terma ini dalam topik khusus kemudian.

DNA atau AND: discharge and acquit atau terdapat mahkamah yang menggunakan terma acquit and discharge. Ini bermaksud lepas dan bebas atau pembebasan sepenuhnya oleh mahkamah. Saya juga akan buat topik khusus berkenaan terma ini.

Jaminan dilanjutkan: bermaksud jaminan mahkamah anda dilanjutkan ke tarikh akan datang bagi sebutan semula atau perbicaraan.

Reman 259: ini bermaksud seseorang OKT tidak diberikan ikat jamin dan akan ditahan di penjara sehingga kes selesai. Baca lanjut di SINI.

OTP: bermaksud order to produce atau perintah mengemukakan iaitu suatu perintah bertulis dan bermeterai Mahkamah yang mengeluarkan kepada pihak Penjara atau mana-mana tempat tahanan (lokap dan sebagainya) bagi membawa seseorang tahanan dalam jagaan pusat masing-masing untuk dibawa ke Mahkamah tersebut. Ini kebiasaannya dikeluarkan kepada OKT-OKT yang diletakkan di bawah Reman 259.

Itu saja untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Ulasan

  1. Balasan
    1. Assalamualaikum.. Sya dah jtuh hukum dlm rekod polis dia tulis bebas/acquitted a discharoed apa maksud dy ya

      Padam
  2. Sebelum ini saya diberi saman kepada saksi oleh Pihak imigresen kerana ada seorang PATI di dalam premis tpt sy bekerja. Saya diminta hadir pada hari dan masa yg ditetapkan dlm saman tersebut utk memberi keterangan. Selesai beri keterangan, I/C sy dipegang oleh pihak imigresen dan sy diminta hadir ke balai polis utk menuntut I/C sy semula dengan seorang penjamin. Selepas beberapa jam menunggu di balai polis, pihak imigresen panggil utk berikan saya surat jamin polis dan ditandantangani oleh sy & penjamin utk hadir ke mahkamah pada masa yg dimaklumkan dlm surat jamin polis tu. Apa status kes saya ye? Adakah sy akan dituduh pada hari sy ke mahkamah? Sebab dlm surat jamin polis tu sy adalah org disyaki dibawah akta imigresen. Boleh ke kalau saksi jadi orang yang disyaki? Apa effect kepada diri saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saksi dalam siasatan sesuatu kes juga boleh menjadi suspek samada bersubahat ataupun suspek kepada kesalahan lain selain kes yang sedang disiasat.

      Padam
  3. Assalammualaikum Bakal Peguam Berapakah Tempoh Reman Untuk Orang Yg Didapati Tidak Bersalah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Reman adalah suatu perintah mahkamah bagi menahan orang yang disyaki (OYDS) di dalam lokap bagi melengkapkan siasatan. Tempoh reman telah ditetapkan oleh undang-undang iaitu maksimum 7 hari (4+3) bagi kesalahan yang hukumannya dibawah 14 tahun penjara dan maksimum 14 hari (7+7) bagi kesalahan yang hukumannya lebih dari 14 tahun penjara sehingga hukuman mati. Saya tidak tahu pula berapakah tempoh reman untuk orang yang didapati tidak bersalah kerana tiada proses itu dalam undang-undang.

      Padam
  4. Sy ingin bertanya...
    Adakah ugutan bunuh berserta video (yg di rakam tanpa niat) boleh di jadikan bukti?

    Dan apa hukuman bagi si pengugut itu pula?

    Dan si perakam video itu bolehkah di dakwah?

    Dan mangsa itu pula boleh di penjarakan?
    Kerana yg mengugut itu seorang anggota PDRM?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Halo semua, nama saya Olivia Martinez saya di sini untuk membuat ulasan mengenai bagaimana Doktor Ogun membantu saya dalam memperbaiki perkahwinan saya dan juga kepada mereka di luar sana yang meminta pertolongan dan nasihat mengenai cara menyelamatkan perkahwinan atau hubungan anda yang putus, beberapa bulan yang lalu saya Saya mempunyai masalah dengan suami saya dan saya menyedari bahawa dia telah berselingkuh dengan wanita muda lain di tempat kerjanya saya berhadapan dengannya tetapi dia marah dan berkata kepada wajah saya bahawa itu benar, seolah-olah itu tidak mencukupi dia terus maju dengan memberitahu saya dia tidak lagi menyayangi saya bahawa dia mahukan perceraian yang saya hancurkan dan bingung, saya memohon kepadanya bahawa saya tidak mahu perceraian tetapi dia menegaskan, sebelum itu saya pernah mendengar tentang Doktor Ogun ketika melayari di internet bagaimana dia digunakan untuk menolong orang-orang dengan perkahwinan dan hubungan yang rosak, saya memikirkannya dan saya memutuskan untuk menghubunginya, dia berjanji akan mengukirkan senyuman di wajah saya lagi, saya mengikuti arahannya dan setelah 7 hari saya sangat terkejut melihat suami saya melutut di hadapan saya dan meminta maaf kerana apa yang dia katakan mengenai perceraian, ini adalah sesuatu yang tidak pernah saya harapkan, saya berterima kasih kepada Doktor Ogun atas apa yang telah dia lakukan untuk saya, sekarang saya hidup bahagia dengan suami saya dan dia telah berhenti berjumpa dengan wanita lain. Tidak kira apa masalah anda dan sukar dia menyelesaikannya, hubungi Lelaki yang dipanggil Doktor Ogun melalui solutiontemple01@gmail.com atau WhatsApp +15034898675 untuk mendapatkan pertolongan bahawa dia adalah lelaki yang boleh dipercayai
      Sekiranya anda berada di luar sana untuk menyelesaikan masalah berikut, dia juga sempurna
      (1) Sekiranya anda mahukan bekas kekasih anda.
      (2) Sekiranya anda selalu mempunyai mimpi buruk.
      (3) Anda mahu dinaikkan pangkat di pejabat anda.
      (4) Anda mahu wanita / lelaki mengejar anda.
      (5) Sekiranya anda mahukan anak.
      (6) Anda mahu menjadi kaya.
      (7) Anda mahu mengikat suami / isteri menjadi milik anda selamanya.
      (8) Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan.
      (9) Penjagaan herba
      (10) Membantu membawa orang keluar dari penjara
      (11) Mantra Perkahwinan
      (12) Keajaiban Mantra
      (13) CUBA NABI
      (14) Mantra Tarikan
      (15) Buang Mantra Sakit
      (16) Pesona untuk mendapatkan siapa yang mencintai anda.
      (17) Mantra perniagaan.
      (18) Cari keluarga anda yang telah lama hilang.
      (19) Eja untuk masalah keluarga
      (20) Masalah Kes Mahkamah
      (21) hamil
      Sekiranya anda memerlukan atau menginginkan maklumat mengenai cinta atau mantra wang, anda boleh menyelesaikan masalah itu hari ini

      Padam
  5. Saudara saya telah mendapat keputusan mahkamah dilepaskan tanpa dibebaskan setelah 4 kali hadir bicara. Mahkamah juga telah mengarahkan saudara saya utk ambil duit jamin. persoalannya lama manakah status dnaa ni akan berkekalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam undang-undang, tiada dinyatakan bahawa perintah DNAA ini mempunyai tarikh luput. Maknanya, ia akan berkekalan sehingga terdapat perintah mahkamah yang memberikan perintah lepas dan bebas sepenuhnya.

      Padam
  6. Apa implikasi jikalau OKT tiada peguam pada sebutan ketiga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jikalau OKT masih tiada peguam, mahkamah akan teruskan kes dengan bicara tanpa OKT diwakili oleh peguam. Maknanya OKT kena jalan kes sendiri.

      Padam
    2. Assalamualaikum bakal peguam.kalau 4 kli naik mhkamah.mahkamah jatuhkan DNAA.MACAMNA YE??

      Padam
  7. Bagaimana okt kalau tidak ade saksi..dan apakah syarat menjadi saksi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila OKT dipanggil membela diri, dia ada 3 pilihan samada memberi keterangan bersumpah, memberi keterangan tidak bersumpah atau berdiam diri. Jadi, OKT boleh menjadi saksi bagi pihak diri sendiri kalau memberikan keterangan secara bersumpah.

      Syarat menjadi saksi setahu saya tidak ada, asalkan orang itu waras, faham sebab akibat sumpah yang dilafazkan dan boleh bercakap benar mengenai apa yang ditanya di mahkamah, maka itu sudah cukup. Untuk makluman, kanak-kanak pun boleh jadi saksi juga.

      Padam
  8. Maaf saya bertanya, jadi sekiranya OKT tidak dapat bayar jamin hari yang sama, dia akan ditahan di penjara di bawah reman 259 sehingga next date ataupun ada ahli keluarga atay sesiapa yg boleh menjamin kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi OKT yang tidak dapat bayar wang jaminan pada hari yang sama, dia akan ditahan sehingga wang jaminan dibayar di Mahkamah dan syarat jaminan (seperti jumlah penjamin dan sebagainya) dipatuhi, maka OKT bolehlah dilepaskan, tidak perlu tunggu sehingga tarikh seterusnya. Harap membantu.

      Padam
  9. As salam tuan. Mohon pencerahan sekiranya pertuduhan digugurkan melalui surat rasmi kepada pihak polis dan pendakwaraya oleh pihak yang membuat laporan dan ianya adalah sebelum pengurusan kes dan perbicaraan, berapa lama tempoh menunggu kelulusan.Adakah pihak pendakwaraya masih meneruskan pendakwaan walaupun pertuduhan digugurkan oleh pihak yang membuat laporan dalam bentuk surat rasmi.Terima kasih.

    BalasPadam
  10. Tuan,saya telah email kepada tuan mengenai pertanyaan say di bicaraperundangan@gmail.com.Mohon tuan tolong ya.Terima kasih

    BalasPadam
  11. Tuan, utk kes 408KK,IO menasihatkan OKT menyelesaikan dengan pengadu secara persetujuan kedua2 belah pihak di mana OKT telah menyelesaikan pembayaran tersebut.Pengadu membuat surat rasmi menarik balik kepada IO & IO telah mengemukakan kepada pendakwa raya.Soalan saya, 1. Adakah perbicaraan masih diteruskan walaupun surat rasmi jelas menyatakan penarikan balik kes kerana telah selesai dibayar sejumlah wang tersebut. 2.Masihkan OKT dijatuhkan hukuman?3.Perlukan OKT melantik peguambela?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lantiklah peguam sebab pendakwaan boleh saja diteruskan walaupun pengadu buat surat rasmi menarik balik kes. Ia adalah hak mutlak pendakwaraya samada meneruskan pendakwaan atau memberhentikannya.

      Padam
  12. hi bakal peguam..sekiranya sebutan kes semula.tdk memerlukn peguam boleh tk?kira buat ryuan sendri..adakah kes itu akan meng..dn boleh dpt duit jminan semula..dan sekiranya di kenakan denda..bole tk ambil duit jminan untuk menambhkn denda tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi.

      Jikalau ada peguam lebih bagus sebab peguam tahu apa perlu dibuat. Tiada jaminan kes boleh didenda jikalau bertindak sendirian. Apatah lagi melibatkan kes yang 'wajib penjara'.

      Duit jaminan tidak boleh diguna untuk menambah wang denda. Perlu sediakan wang lain untuk bayar denda.

      Padam
  13. Salam tuan...sy ingin penjelasan mengenai kes suami saya...suami sy telah dihadapkan dgn 4 kes di bwh ss 457kk...pd 25.11.18 kes di bicarakan di mahkamah dan pd tarikh yg same ayah sy telah meninggal dunia..menyebabkan sy tidak dpt hadir di mahkamah...tetapi sy telah wakilkan sahabat saya untuk mendengar perbicaraan...soalan.sy adakah suami sy blh di ikat jamin,dan untuk 4 pertuduhan tersebut sabit kesalahan 6 tahun penjara dgn denda 14k...suami sy mengaku bersalah dan.mohon dibicarakan.soalan sy lg adakah had mase untuk seseorang okt blh diikat jamin..terima kasih tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Jikalau puan kata suami mengaku bersalah tetapi mohon dibicarakan, maknanya suami puan belum lagi dijatuhkan hukuman, betul?

      Jikalau mahkamah benarkan jaminan, selagi kes belum selesai maka OKT bolehlah dijamin pada bila-bila masa apabila telah memenuhi syarat jaminan ditetapkan.

      Padam
  14. Tumpang tanya, bolehkah pihak media menyiarkan gambar muka (tidak censored) OKT (belum dijatuhi hukum)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Kecuali pesalah kanak-kanak atau ada perintah mahkamah yang melarangnya, maka tidak bolehlah disiarkan.

      Padam
  15. Kawan sy urine positif ...kes mahkamah 28.march tp dia tak pergi...dia akan jadi wanted ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak.

      Cuma mahkamah akan keluarkan waran tangkap saja atas kegagalan hadir pada tarikh ditetapkan. Dan notis kepada penjamin.

      Padam
  16. jamin mulut.. dengan jamin polis.. sama ke. .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jaminan polis selalunya 'jamin mulut' atau 'jamin kertas' saja.

      Padam
    2. ada efek tak kalau orang yang diberikan jaminan polis itu tidak hadir ke mahkamah untuk pertuduhan?

      Padam
  17. Saya sebagai saksi. Boleh tak saya minta bahawa tidak ingin dinampak oleh petuduh semasa bicara?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saksi yang juga mangsa kes atau sekadar seorang saksi? Dan kenapa tidak ingin dilihat oleh OKT?

      Itu terpulang kepada kebenaran mahkamah. Kalau ada asas, bolehlah maklumkan Timbalan Pendakwaraya/Pegawai Pendakwa kes untuk mohon kepada mahkamah untuk pakai penghadang.

      Padam
  18. saya dengan 3 org kawan saya terlibat dengan kes seksyen 6. saya kurang faham tentang tuduhan. di makhamah pendakwa membaca tuduhan kita masing-masing, tapi semua nya sama, walaupun saya dengan kawan saya tidak bersalah. dua daripada mereka telah buat representasi untuk mengaku bersalah, dan saya dgn kawan saya tidak buat. apakah yg akan terjadi pada saya dgn kawan saya? terima kasih.

    BalasPadam
  19. AssalMualaikum bakal peguam sya ingin bertanya suami disabitkan kesalah diatas akta 417.dan 7hb 5 2019 adalah sebutan kes.persoalan sya adakah suami akan dikenakan denda

    BalasPadam
  20. kalau kes dah tarik bAlik
    tunggu surat peguam negara
    dah sebulan boleh bebaske..

    BalasPadam
  21. Hi mam. I need ur advise badly. I made a police report on my brother in law for beating my sister until hospitalised and threatening me and my family. And now the problem is my sister gets back to her husband and turns against me. She wanted to lie at the court tht i made a false report tht her husband threatens me and i made a police report without her knowledge when she was hospitalised. But she was 100% aware at the hospital and she knew im going to make a police report. I went to save her and take care of her kids until she discharged but she wanted to put me in jail and she wants to save her husband who abuses her. Infact she's now in the defendant side. Me and my parents are so woried and dont know what to do.

    BalasPadam
  22. maaf bertanya,kalau sebutan kes kali ke 2 tanpa peguam,adakah okt akan diperjarakan,sebab tidak mampu upah peguam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak. Mahkamah tidak akan penjarakan OKT hanya sebab dia tidak mampu upah peguam. Perintah pemenjaraan hanya berlaku jikalau sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman atau ditahan reman akibat gagal mengemukakan jaminan.

      Padam
  23. Hari ini sy hadir ke mahkamah sebagai seorng pemjamin untuk kes 12(2). Hari ini adalah hari sebutan kes. Tapi mcm biasa pihak pendakwa belum mendapat keputusan kimia. Dan kebetulan pula dgn ketidakhadiran org yg dituduh kerana telah ditahan hospital sisebabkan serangan jantung.. Org dituduh adalah berkerja dgn kerajaan negeri. Ada beberapa perkara yg perlu saya tahu harap boleh membantu..

    1- jika untuk sebutan yg akan datang masih juga gagal hadir diatas alasan yg sama, apakah tindakan diambil oleh mahkamah..?

    2- jika dihari sebutan nanti yg dituduh terus mengaku bersalah dan merayu, adakah diatas budi bicara mahkamah boleh mengurang denda sehingga 50% kurang dari jumlah jaminan atas alasan berpenyakit kronik dan penjawat awm.

    3- pernah atau tidak berlaku di negara kita mahkamah akan terus menolak pertuduhan dan membebaskan diatas gagal hadir buat kali ke 2 dan merayu untuk dibebaskan kerana telah disah kan oleh hospital penyakit dialami makin kritikal.. Atau DNAA

    Diharap ada penjelasan dari pihak tuan/puan
    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Mahkamah akan tangguhkan kes lagi sehingga OKT hadir.
      2. Jikalau mengaku salah, mahkamah biasanya akan mengenakan hukuman 1/3 dari jumlah maksimum denda/penjara yang diperuntukkan oleh undang-undang, bergantung kepada faktor peringanan dan pemberatan hukuman.
      3. Tidak pernah. Kerana bukan tanggungjawab mahkamah untuk berhentikan pendakwaan. DNAA hanya berlaku sekiranya OKT gagal dibawa atau dijumpai oleh pihak pendakwaan setelah 3 kali sebutan/perbicaraan ditetapkan, atau pada masa bicara pendakwaan tidak bersedia menjalankan kes setelah mahkamah arahkan untuk teruskan juga bicara, atau atas permohonan pendakwaraya sendiri untuk DNAA kes itu.

      Padam
  24. Hye, nak tanya adik saya ditahan dalam kes curi motor dengan seorang kawannya. Tetapi, adik saya tidak mengaku bersalah kerana dia hanya tumpang kawannya itu ke Kedai. Kawan adik saya telah mengaku bersalah. Adik saya dan kawannya telah diberi ikat jamin sebanyak 3000 seorang. Saya telah mengikat jamin adik saya. Kawannya dihantar ke asrama akhlak kerana bawah umur. Adik saya 17 tahun. Sekarang mahkamah suruh ambil peguam pasal adik tidak mengaku bersalah. tapi kami tak mampu, Apa boleh dibuat sekarang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak perlulah mengaku jika tidak bersalah. Kes akan dibicarakan juga oleh mahkamah. Walaupun mahkamah arahkan ambil peguam, tetapi jika tidak mampu, maka semasa perbicaraan kenalah wakil diri sendiri. Adik tuan perlu diiringi oleh ibubapa atau abang/kakak semasa bicara nanti.

      Padam
  25. Sy diberi Surat " Saman kepada saksi" daripada immigresen utk hadir buat keterangan, ape yg sy tahu ? dan akan jadi selepas Tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saman kepada saksi bermaksud tuan dikehendaki hadir bagi memberikan keterangan sebagai seorang saksi yang tahu akan kes yang dibicarakan. Pada tarikh yang ditetapkan tuan perlu berada di mahkamah dan apabila dipanggil, perlu mengangkat sumpah memberikan keterangan yang benar. Kemudian tuan akan disoal oleh orang yang memanggil tuan (pemeriksaan utama), kemudian disoal balas oleh pihak satu lagi (pemeriksaan balas) dan disoal sekali lagi oleh yang memanggil (pemeriksaan semula). Selepas itu tuan akan dibebaskan oleh mahkamah. Jika pada tarikh ditetapkan tuan gagal hadir tanpa alasan kukuh, waran tangkap boleh dikeluarkan oleh mahkamah.

      Padam
  26. kawan saya telah didakwa dibawah seksyen 324,,, mencederakan sorang tua dgn mengunakan sebatang kayu.. pihak yg membuat report polis telah membuat satu repot palsu.. yg sebenarnya yg mencederakan pihak pengadu adalah orang lain.. kami ada salinan cctv ditempat kejadian.. apa yg perlu kami lakukan utk menyelesaikan kes ini....?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Buatlah laporan polis mengatakan pengadu kes itu telah membuat laporan palsu, dan polis akan buka kertas siasatan atas perkara ini.
      2. Buatlah representasi kepada pendakwaraya dengan memasukkan sekali salinan cctv itu sebagai bukti bahawa kawan tuan tidak terlibat.
      3. Jika kedua-dua di atas tidak mendapat layanan, pastikan minta bicara kes ini dan masukkan nanti salinan cctv itu sebagai barang kes semasa bicara.
      Insya Allah, moga dipermudahkan.

      Padam
  27. Assalamualaikum bakal peguam. Saya ada kenalan. Kenalan saya ini dia ingin berkahwin di siam tapi dia ingin buat di malaysia. urusan2 semua itu orang malaysia akn buat dan pada hari berlangsung orang siam akn datang ke malaysia. So, dipendekkan cerita semua payment sudah dibuat around RM6K. Lepas tu, pada hari sepatutnya kawan saya ini menikah tapi dia ditipu. Dia marah dan serang ke rumah orang tu dgn bawa orang2 dia utk bergaduh. Di jadikan cerita, kedua2 pihak di bawa ke balai dan masing2 buat report. So, dua2 kena reman. Dan selepas 24jam keesokannya dihadapkan ke mahkahmah. Menurut bakal peguam, kes macam ni

    1) adakah kawan saya itu bersalah?

    2) adakah ada kes perbicaraan utk kali ke2?

    3) sekiranya bersalah, adakah boleh ikat jamin pada itu juga atau ada bicaraan mahkahmah pda hri lain?

    Terima kasih bakal peguam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Dalam hal ini pergaduhan pihak-pihak terlibat boleh diklasifikasikan sebagai merusuh di bawah seksyen 147 Kanun Keseksaan. Polis juga boleh mengklasifikasikan kes ini sebagai mendatangkan kecederaan sekiranya kecederaan berlaku kepada mana-mana pihak. Kawan Cik itu boleh didapati bersalah sekiranya kes dibicarakan dan tiada pembelaan yang boleh diterima oleh undang-undang. Kes perbicaraan kali kedua tu saya tidak faham kerana perbicaraan hanya sekali saja. Kes sebegini boleh dijamin oleh Mahkamah sementara menunggu bicara selesai.

      Padam
  28. Hi bakal peguam. Saya ada soalan, suami saya telah direman atas kes merompak besi, tetapi kes tidak cukup bukti kerana rakan dia yang utama dalam kes ini belum diberkas, adakah kes ini akan gugur? dia sekarang di reman sudah 7 hari. Sarjan yang handle kes dia kata, suami saya positif dadah jenis syabu, buat kali ke4 adakah hukuman penjara suami saya berat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi puan. Bagaimana puan tahu kes tidak cukup bukti? Samada kes diteruskan atau digugurkan adalah budibicara Pendakwaraya, puan, bukan pegawai penyiasat. Dan berkenaan dengan positif syabu kali ke-4, seandainya maksud puan sebelum ini suami pernah disabitkan oleh mahkamah sebanyak 3 kali, maka kali ini beliau boleh dituduh di bawah seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya dan hukumannya adalah penjara minimum 5 tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan rotan jika sabit kesalahan. Hukumannya memang agak berat.

      Padam
    2. Salam tuan nk tanya suami saya sekarang kena reman selama 3 bln sementara tunggu kimia sampai,boleh jamin 5000 tp saya x ada duit.macam mana dgn kes ni.nanti blh bayar denda saja kan.

      Padam
  29. Bolehkah OKT yang hanya membawa penjamin tetapi tidak diwakili penguamnya mendapat jaminan ketika proses sebutan kali pertama dalam kes Seksyen 408 kk?

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum bakal peguam. Abg sya telah dituduh melupuskan harta curi 414kk (dia cagarkan alat canai milik pengadu atas sebab pengadu tidak membayar duit gajinya) pada sebutan kali pertama 24july19, dia tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan (tarikh ditetapkan pada 4sept) . Pada hari yg sama 24 july pengadu telah menarik semula report polis yg dibuat. Jadi semasa tarikh sebutan semula kes pda 4 sept hakim menyatakan telah menerima penarikan balik report, OKT akan dikeluarkan dari penjara namun ada satu tarikh yg disebut oleh hakim iaitu 14 oktober.

    Soalan saya
    1) jika 14 oktober ini kes dibicara semula, pada pendapat tuan patut kah abg sy tetap mengaku tidak bersalah atau dia harus mengaku bersalah bagi memudahkan lagi proses seterusnya?

    2) kenapa mahkamah menyatakan OKT akan dikeluarkan dari penjara tapi, abg saya masih ditahan di penjara? (Abg sy reman 259 kerana tidak bayar ikat jamin)

    3) adakah peluang abg sya dibebaskan dari pertuduhan pada 14 oktober ini kerana mahkamah telah menerima tarik balik report polis yg dibuat oleh pengadu sebelum ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam.
      (1) Patutkah mengaku salah atau tidak adalah hak eksklusif OKT, saya tidak boleh berikan pendapat dengan alasan memudahkan proses seterusnya, kerana hukuman yang dijatuhkan akan ditanggung sendiri oleh OKT.
      (2) Dikeluarkan dari penjara bermaksud akan dibawa ke mahkamah semasa tarikh sebutan/bicara.
      (3) Tidak semestinya kerana meneruskan pertuduhan atau menarik balik adalah budi bicara Timbalan Pendakwaraya. Mahkamah hanya berfungsi untuk menjatuhkan hukuman jika OKT mengaku salah atau melepaskan OKT jika pendakwaraya menarik balik pertuduhan.

      Padam
  31. Hi Bakal Peguam,

    1) sebagai mangsa Di tetak parang Di tangan sampai jari tak fungsi boleh saya Saman OKT?

    2) Okt Kena Jamin 3k sahaja mengatakan 324kk saya Di tahan Di wad selama 6 Hari Dan urat tangan pun Putus.. sampai dua jari tak gerak.. saya tak faham .. boleh terangkan?

    Terima Kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1) Boleh.
      2) Jaminan RM3,000 itu bermaksud OKT dibebaskan sementara menunggu tarikh bicara. Kesalahan dipertuduhkan dibawah Seksyen 324 KK itu adalah budi bicara Timbalan Pendakwaraya, berdasarkan laporan perubatan yang dikemukakan. Kesalahan ini boleh membawa hukuman penjara 3 tahun atau sebat atau denda atau mana-mana dua daripada hukuman itu. Bermakna, kes ini boleh dijamin. Ia bukan hukuman tetapi untuk memastikan OKT hadir semasa bicara.

      Padam
  32. Hi bakal peguam. Apa akan terjadi kepada saksi yang tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan? Jika waran tangkap dikeluarkan, Dan dia ditangkap, apa yg akan berkaku? Apa hukuman terhadapnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika saksi yang disapina dan sengaja tidak hadir ke mahkamah dan apabila waran tangkap dikeluarkan dan dia ditangkap, dia akan dihadapkan ke mahkamah yang mengeluarkan waran tangkap itu dan akan diminta memberikan tunjuk sebab kenapa dia tidak patut disabitkan kerana menghina mahkamah akibat gagal mematuhi sapina yang dikeluarkan. Jikalau mahkamah berpuas hati dengan penjelasan diberikan, saksi ini akan dilepaskan. Jikalau tidak, mahkamah boleh jatuhkan hukuman denda atau penjara, yang mana difikirkan sesuai oleh mahkamah.

      Padam
  33. Hi bakal peguam...Suami saya dalam seksten 506 ugutan melalui fon...tetapi kes dalam bicara kerana tidak mengaku...adakah kali ketiga perbicaraan boleh mengaku dan akan dapat denda atau still akan kena hukuman penjara???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi puan. Mengaku salah boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang perbicaraan. Mengenai hukuman pula, seksyen 506 terbahagi kepada 2 bahagian, (1) ugutan mendatangkan ketakutan secara jenayah boleh membawa hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali; (2) ugutan itu hendak mendatangkan kecederaan atau kematian boleh dihukum penjara hingga 7 tahun atau denda atau kedua-duanya. Proses jatuh hukum adalah budi bicara penuh mahkamah, tertuduh boleh membuat rayuan mitigasi untuk diringankan hukuman.

      Padam
  34. Hi peguam...Nak tanya suami saya dalam seksyen 506 ugut dalam telefon...kes dalam bicara disebabkan tidak mengaku dgn jaminan Rm5000
    Adakah kali ketiga bicara kita boleh mengaku salah dan letak peguam utk dapatkan denda or mmg hakim akan bagi hukuman penjara...Apa yg perlu kita buat utk tamatkan kes tanpa terima hukuman...??

    BalasPadam
  35. Salam tuan, sy dipanggil utk memberi keterangan berkenaan accident . Sy dilanggar motor sblm ni tp yg beriya minta tuntutan org yg melanggar sy. Cuma surat lmbt sampai ke tgn sy dan terlepas dr tarikh bicara. Sudah 2x sy x hadirkan diri kerana surat lmbt smpai. Apekah yg perlu sy buat? Jika sy hadir ke makhamah adakah org yg melanggar sy tu juga turut hadir?

    BalasPadam
  36. hai slm sjhtera tuan . sy ingin meminta pendapat tuan ttg kes ini . kwn2 sy dituduh dlm seksyen 395/397 kk . jd sy nk tya mcmana nk selesai kan kes ni dan adakah kes ini bleh dijamin atau upah lwyer mungkin kah kes ini akan menang ? boleh kah tuan tolong terangkan pada sy ? sy mmg tdk arif ttg ini �� terima kasih tuan

    BalasPadam
  37. Sya dberi sepina cuma nk tanya..nanti masa bicara sekali dgn okt ke asing..tq

    BalasPadam
  38. Saya diberi sapina untuk jd saksi pengadu.saya dah ke mahkamah saya dah bg keterangan jd ada ayat 2 x sama dgn laporan saya mcm mana 2

    BalasPadam
  39. Saya diberi sapina dah bg keterangan kat mahkmah cuma nak tanya laporan dgn keterangan saya dlm satu ayat 2 x sama.

    BalasPadam
  40. adik saya direman atas kesalahan urine dan dadah methamphetamine (ais) dan dikenakan jaminan berjumlah RM3700.00. sekiranya tidak dijamin berapa tahunkah dia akan dipenjarakan? utk makluman tuan ini adalah kali ke 5 dia dipenjarakan. adakah dia akan dibuang daerah?

    BalasPadam
  41. Hi bakal peguam, saya dikenakan kes bapa ayam tetapi saya hanyalah penjaga premis. Saya telah dibenarkan ikat jaminan $10ribu dan mempunyai peguam. Setelah sebutan kes 3kali selesai didapati ada peluang lawan bicara kerana saksi seorang pelacur yang turut didakwa dari tingkat kedua, saya bekerja tingkat1 maka 6&7January2020 hari bicara. Soalan saya adakah 6january saya bicara dan saksi pelacur tersebut hadir dan hari berikutnya 7january keputusannya samada saya menang atau kalah maka 6january saya direman kehari 7january. Saya tidak faham SOP prisedur

    BalasPadam
  42. Hi bakal peguam, boleh Tanya Ni.. kawan Saya pernah disabit kesalahan akta dadah berbahaya 2 tahun yang lepas. Di hantar makamah tetapi dilepaskan atas jaminan polis.Adakah nama akan direkodkan atau didaftarkan.

    BalasPadam
  43. salam tuan,
    kawan saya telah dibebaskan di bawah DNAA, di mahkamah jenayah Klang. tetapi sehingga kini wang jaminan dia masih belum di pulangkan oleh pihak mahkamah. kenapa ya?

    BalasPadam
  44. Salam saya ingin tahu knpe kenderaan saye masih lagi di tahan oleh io yg urus kan kes saye sbab saye sudah pun membaya denda atas kesalahan kecil yg di tuduh atas diri saye n resit byaran pon sudah ade dan knpe masih menunggu kebenaran mahkamah untuk pelepasan kenderaan saye..

    BalasPadam
  45. Assalamualaikum .. saya nak tanya boleh tak kalau saya nak jamin suami saya semasa pkp berlangsung ?

    BalasPadam
  46. Assalamualaikum.. saya dituduh memegang dan dan peluk perempuan di dalam office tempat saya kerja.. keterangan saya sudah buat di balai polis.. sekarang bos saya mintak saya tulis kronoloji atau keterangan sekali lagi dan bagi dekat dia.. adakah perlu saya tulis sekali lagi..? Sedangkan saya sudah buat di balai polis itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Perlu dibuat kerana keterangan di balai adalah untuk siasatan polis, kronologi kepada majikan adalah bagi tujuan siasatan dalaman.

      Padam
  47. Assalammualaikum .. Adik saya direman lbih dri dua minggu ... Kami sekeluarga langsung tidak dapat berjumpa dgn adik sejak hari ditangkap .. IO tidak beri kerjasama yg sepatut nya .. Tidak menjawab pggln telefon kami dan tidak mahu berjumpa dgn kami seperti mengelak untk berjumpa .. Apa perlu kami buat ?

    BalasPadam
  48. Salam tuan,
    Isteri sepupu saya telah dijatuhkan hukuman selama 16 tahun 4 bulan dan dimasukkan ke penjara atas tuduhan bagi kes 420.Saya ingin bertanya bolehkah kami membuat rayuan semula kepada mahkamah supaya hukuman dapat dikurangkan kerana anak kepada sepupu masih kecil dan tiada yang menjaga. Kedua ibubapa beliau juga sudah uzur dan tua serta mengalami masalah kesihatan.

    Apa yang sepupu saya perlu buat? Mohon panduan dan nasihat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Boleh failkan notis rayuan melalui pihak penjara.

      Padam
  49. Tuan,

    Pengadu telah menyerahkan bukti bukti seperti print out WhatsApp chat (okt & saksi), gambar-gambar, resit, booking invoice (circumstancial evidence) dan rakaman audio pengakuan saksi namun didapati

    >Setelah mengkaji kertas siasatan, TPR telah memutuskan:
    2.3 Tiada sebarang kesalahan jenayah berlaku
    2.4 Tiada keterangan yang kukuh untuk membuktikan kes terhadap tertuduh

    Apakah langkah yang boleh di ambil oleh pengadu untuk io membuat siasatan dengan lebih lanjut?

    *498

    Terima kasih

    BalasPadam
  50. assalam tuan,
    abang saya ada meminjam beberapa kali sejumlah wang dr saya dengan nilai keseluruhan lebih lebih kurang 50k++ tp selepas bbrapa lama, dia cakap dia hanya mampu dan akan mmbyar rm100 sebulan shj (mula byar bulan lpas). walaupon gaji dia lbih kurg rm5k.. saya telah mmbuat report polis dan polis mgatakan ini adalah hal keluarga tp katanya lagi kalau sy bawk kes ke mahkamah, jika pminjam hnya mmpu byar rm100 shj, maka rm100 itu shj la yg mahkamah akn tntukan.. betul ke jika nak tuntut, mahkamah akn menentukan mgikut byaran yang hnya bole dbyar oleh abang sy tu. dan adakah memang itu nasih peminjam? tak bole tuntut amoun yg diinginkan?

    BalasPadam
  51. Tuan. Telefon bimbit pesalah telah dirampas tuk siasatan.. Boleh kah si pembuat laporan polis itu mengambil telefon bimbit berkenaan semasa siasatan di jalan kan?? Mohon pencerahan tuan.. Terima kasih.. Semoga tuan sentiasa bahagia dan murah rezeki..

    BalasPadam
  52. Hai saya telah ditahan reman pd 10 ogos utk kes 408, diikat jamin pd 11 ogos. Telah membuat pembayaran penuh pada 28 ogos kpd pengadu. Pengadu telah fail report tidak mahu teruskan siasatan dan tarik report pada 1sep. Soalan sy:
    1. Bagaimana hendak mengetahui status kes? Kerana io tidak mahu beri kerjasama.
    2. Kebiasaannya berapa lama tempoh masa utk naik kes ke mahkamah? kerana ingin menyediakan wang jaminan.
    Terima kasih

    BalasPadam
  53. Selamat malam, saya ingin bertanya, bagaimana cara untuk kita mengetahui kes yang sudah lama kita failkan tetapi tiada khbar berita dari makhamah, sedangkan sudah 6 tahun kes tersebut masih berjalan tetapi belum ada tindakan.. Sudah di buat report polis dan pihak polis pun berkata tunggu keputusan dari makhamah.. Mohon pencerahan,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan hendaklah berhubung terus dengan Pendaftar Mahkamah yang berkenaan untuk dapatkan maklumat kes lama tersebut.

      Padam
  54. Assalamualaikum tuan, kakak saya telah membuat laporan polis terhadap menantunya yg telah memukul cucunya. Setelah kes tersebut naik mahkamah , dia mahu menarik balik tuduhan tersebut. Mohon pencerahan

    BalasPadam
  55. saya ditahan atas seksyen 506kk ugutan dan sebar video lucah,handphone drampas dan dihantar ke skkm,saya dberi jaminan polis,semalam 11.12.20 telah habis jaminan saya,perlukah saya ke balai atau tunggu io call untuk ke mahkamah??ini kesalahan pertama,adakah sy dikenakan denda dan penjara??pengadu ingin tarik kes,tapi io tak beri kerjasama dan sekarang kes tak ditarik..bole ke saya minta dibicara?mohon penjelasan bakal peguam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Semasa didepan Majistret nanti beritahu saja mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

      Padam
  56. boleh kah check online bila okt naik mahkamah? jika boleh bagai mana kah cara ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini tidak boleh. OKT kena hadir ke mahkamah berkenaan atau berhubung melalui telefon sahaja.

      Padam
  57. Anak saya belum ada keputusan mahkamah apa patut Sya buat sudut lama umur dia 21 tahun

    BalasPadam
  58. Untuk kes seksyen 324 kk yg masih dibicarakan di mahkamah..tertuduh mntk dibicarakan dan dijamin 2000rm..sebutan semula kes sebulan kemudian...atas budi bicara pihak tertuduh... pengadu setuju menarik report yg dibuat..so boleh ke,kalau pengadu menarik semula report,bagaimana atau apa yg perlu dilakukan....mohon pencerahan..!!!

    BalasPadam
  59. Salam tuan. Sy nak tanya kes 2006,io ada cal sy untuk dtg kt balai untuk ambil k'terangan kes 406..tapi sy dh bayar semua kpd syarikat,dan org yg bt report lupa tarik report..io ada bg no pgadu,sy dh cal untuk tarik report
    ..so pgadu dh tarik report..io minta resit p'byaran sedangkah dh 16tahun mana simpan lg tuan,apa yg perlu sy buat? Perlu sy naik mahkamah? Sampai skg io tak ada cal sy lg? Dia cuma bg kertas oyds je..? Minta sgt p'dpt tuan

    BalasPadam
  60. Hai saya nk bertanya suami saya dituduh akta 26a..tp saya imigresen ambk keterangan juga..adakah saya menjadi saksi untuk kes suami saya..mohom pencerahan..

    BalasPadam
  61. salam hormat , kepada siapa atau agensi mana perlu saya laporkan tentang isu rumahtangga bagi mengheret pihak ketiga yang telah menghancurkan rumahtangga untuk tampil supaya dibicarakan dan menerima hukuman setimpalnya dan juga bagaimana cara menfailkan saman ,cara mengarahkan pihak ketiga tampil berjumpa besemuka/dimana @ bolehkah meminta surat dari pihak berkuasa supaya pihak ketiga tampil berjumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Puan boleh laporkan kepada pihak polis terlebih dahulu. Polis akan nasihatkan samada kes dirujuk ke Mahkamah Sivil/Syariah, atau ke pejabat agama atau jika ada unsur jenayah, polis juga boleh membuat siasatan.

      Padam
  62. 1.Adakah seorang pegawai penyiasat/io boleh menfailkan pertuduhan di mahkamah tanpa kehadiran okt?
    2. Okt tidak dimaklumkan untuk hadir ke mahkamah bagi dituduh dan pegawai penyiasat pada tarikh yang sama menfailkan pertuduhan memohon untuk dikeluarkan waran tangkap ke atas okt. Adakah ini dibolehkan dalam undang2?

    BalasPadam
  63. Maaf sy ingin bertanya, sekiranya kes jenayah itu masih belum dituduh di mahkamah, adakah si tertuduh boleh terus mngaku bersalah pd hari pertuduhan dan trus dijatuhkan hukuman pada hari yang sama atau akan ada sebutan semula.

    BalasPadam
  64. Assalamualaikum Bakal Peguam.
    Semoga Bakal Peguam diberi kesihatan dan keberkatan dunia dan akhirat. Amin. .

    Saya merupakan OKT seksyen 326 KK. Pertanyaan saya adalah. .
    1- Adakah Timbalan Pendakwa Raya
    (DPP) wajar menerima pendaftaran kes melalui (IO) yg sudah berpindah tmpat bertugas?.
    2-Adakan (IO) wajar hanya membuat pertuduhan untuk mendapatkan pengakuan bersalah OKT tanpa mengemukakan punca OKT mencederakan Mangsa?.
    3- Adakah pertuduhan OKT boleh diteruskan sekiranya terdapat maklumat OKT tidak tepat?contoh Nombor kad pengenalan OKT salah, tempat tinggal OKT salah, sedangkan tmpat kejadian bertempat di tempat kediaman OKT.

    4- OKT dipujuk untuk mengaku bersalah oleh TIMBALAN PENDAKWA RAYA.

    5- (IO) sarankan untuk Mengaku bersalah sbb OKT smemangnya individu yg memukul mangsa. Selepas mengaku bersalah, barulah bincang dgn pengadu untuk tarikh kes sekiranya ingin berunding penarikan kes.

    6- OKT mendapat Jaminan Polis dan tercatat di surat jaminan arahan untuk hadir ke mahkamah pada 02september. Namun pada 19Ogos, OKT di arah untuk hadir ke mahkamah oleh (IO). .apabila OKT meminta penjelasan mngenai kes, (IO) hanya menyarankan untuk hadir ke MAHKAMAH kerana msa tersebut pertuduhan akan dibaca.

    7- OKT mengaku tidak bersalah kmudian diberi Kebenaran Jaminan MAHKAMAH.

    8- OKT yg baru shja 6hari discharge kuarantin di Hospital dibawa untuk swabtest atas alasan akan dimasukkan ke LOKAP. MAHKAMAH Tidak melayan PENJAMIN untuk menjamin OKT Atas sebab OKT belum mendapat keputusan Swabtest. Setelah OKT disahkan Positive Covid19, OKT menunjukkan surat discharge Hospital BAHAWA PEGAWAI PERUBATAN KKM memaklumkan bahawa OKT telah menjalani rawatan dan kuarantin dihospital. Sekiranya positive covid19, virus yg terdapat pada pesakit tersebut dianggap VIRUS yg tidak berpotensi menjangkiti dan dianggap sebagai VIRUS MATI. keputusan Positive Covid perlu diabaikan. Namun penjelasan OKT tidak diendahkan walaupun telah menunjukkan SURAT Salinan ASAL yg ditandatangani dan disahkan oleh PEGAWAI PERUBATAN KKM. OKT kmudian dipindahkan dari LOKAP tahanan negative ke LOKAP TAHANAN KUARANTIN POSITIVE COVID. Menyebabkan OKT di dalam Tahanan LOKAP selama 14hati tanpa rawatan untuk pesakit positive Covid19. Sekaligus Proses Jaminan MAHKAMAH ditangguh sehingga OKT NEGATIVE COVID19. OKT langsung tidak ada Swabtest sehingga 14hari kemudian dipindahkan ke LOKAP tahanan NEGATIVE tanpa SwabTest. Selama OKT dalam tahanan, (IO) langsung tidak ada bertemu dengan OKT.

    9- Adakah OKT wajar tanpa (IO)?.

    10- Adakah wajar (IO) OKT yg telah transfer ke Cawangan Daerah Lain mngendalikan KES berada lain Daerah tempat Bertugas? OKT seolah2x dilengahkan untuk proses Jaminan yg akan mngakibatkan OKT kesuntukan masa untuk proses mencari peguam dan persediaan untuk perbicaraan seterusnya.

    11- (IO) kini tidak memberi sebarang respon setelah OKT dapat dijamin atas usaha ahli keluarga yang dtg setelah 14hari. Ahli keluarga dtg ke mahkamah untuk menjamin OKT tanpa mekluman drpd (IO) yg kini hanya membiarkan Chat whatsapp menunjukkan simbol 'DOUBLE BLUETHICK'.

    11- semoga BAKAL PEGUAM dapat memberi pencerahan kepada rakyat Malaysia mempunyai MYKAD yg kurang pengetahuan dan dikategorikan sebagai berpendapatan seadanya (B40)

    ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

    BalasPadam
  65. Assalamualaikum tuan, saye nk tnye pendapat tuan. Pada tahun 2015 adik lelaki saye ayah saye dan adik perempuan saye terlibat dlm kemalangan. Dlm kemalangan tu menyebabkan adik perempuan saye meninggal dunia. Dan yg memandu pada waktu itu adik lelaki saye. Jadi skrg ni pihak polis call ayah saye utk buat representasi terhadap adik lelaki saye.sedangkan ayah saye tidak membuat sebarang report terhadap adik saye ni. Perlu ke saye buat representasi? Sebab nye bende ni dah 6tahun yg lalu. Kalau kami tk buat ape tindakan yg akan dikenakan bagi pihak adik saye? Terima kasih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN