Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2020

APA JAMINAN?

Imej
Kembalikan mandat kepada rakyat konon. Wei. Apakah jaminan selepas PRN nanti para katak puru dan kodok-kodok tidak akan melompat-lompat lagi? Ini bukan masalah rakyat. Ini masalah pemimpin tamak yang dipilih rakyat.

SEPATUTNYA

Imej
AMARAN: posting ini adalah luahan masalah politik di Sabah, tiada kaitan dengan isu perundangan walaupun melibatkan Dewan Undangan Negeri. Kalau DS Shafie Afdal benar-benar mempunyai majoriti ADUN dan seorang anak jantan, jangan kembalikan mandat kepada rakyat. Rakyat sudah pun memilih. Penat tau berbaris berpanas semasa PRU 14. Sepatutnya dia balik ke DUN, buat usul undi percaya. Atau bagi peluang ADUN Sibuga tu buat usul undi tidak percaya. Baru namanya anak jantan! Kami rakyat biasa bukannya lepas pilih YB-YB dulu inginkan pula YB lain pula. Tidak! Ini masalah kamurang katak kodok puru tidak sedar diri ni. Jadi kenapa susahkan kami lagi??? Apa, buat pilihanraya tu tidak guna wang rakyat ka? Boleh buat online saja ka? Penat tau berdiri berbaris tunggu giliran. Membazir duit saja kamu tau sambil menyusahkan rakyat. Tidak apa. Nasi sudah jadi bubur. Akhirnya DUN Sabah bubar juga. Dan kami sebagai rakyat akan hukum seadil-adilnya YB katak kodok tidak sedar diri setibanya har

HILANG KELAYAKAN SEBAGAI MP KERANA SABITAN DAN HUKUMAN

Imej
Assalamualaikum, Sudah menjadi satu titik dalam sejarah negara apabila semalam, 28 Julai 2020, 5 hari selepas meraikan hari ulangtahun ke 67, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (DSN), mantan Perdana Menteri ke-6 telah didapati bersalah dan disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas 7 pertuduhan di bawah Akta SPRM, Kanun Keseksaan dan Akta Anti Pengubahan Wang Haram iaitu atas kesalahan-kesalahan menyalah gunakan kuasa (1 pertuduhan), pecah amanah jenayah (3 pertuduhan) dan pengubahan wang haram (3 pertuduhan) dalam kes yang dikenali sebagai SRC (kerana melibatkan syarikat SRC International Sdn Bhd). Berita-berita kes ini boleh didapati dalam semua laman web berita arus perdana dan online serta blog-blog politikus yang berminat mengikuti perkembangan kes ini dan pembaca bolehlah cari berita-berita itu. Cukuplah sekadar dinyatakan secara ringkas di sini bahawa DSN telah dijatuhkan hukuman selama 12 tahun penjara dan denda RM210 juta gagal bayar tambahan 5 tahun penjara b

DISAMAN DAN SAMAN BALIK

Imej
Assalamualaikum, Bakalpeguam menerima pertanyaan ringkas sebegini: Sumber gambar di SINI "Bos, saya terima writ saman dan saya tidak berpuas hati dengan orang yang saman saya ini. Bolehkah saya upah peguam untuk saman balik orang ini?" Jawapan ringkas saya: tentu saja boleh dan caranya pun sangat simple . Failkan saja Penyata Pembelaan (Statement of Defence) kepada Writ Saman itu dan dalam dokumen yang sama masukkan sekali Counterclaim (Tuntutan Balas). Tidak perlu failkan saman baru terhadap plaintif. Ini termaktub dalam A. 15 k. 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. TETAPI, dengan syarat iaitu anda mempunyai kausa tindakan (cause of action) yang sah dan boleh dikuatkuasakan la ya. Kalau setakat "saya mahu tuntut ganti rugi sebab dia malukan saya dalam writ saman ini" itu bukanlah satu kausa tindakan yang baik. Itu dendam namanya. Wassalam.

PROSIDING SAMAN TUNTUTAN KECIL

Imej
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua, Hari ini bakalpeguam berpeluang melihat prosiding saman tuntutan kecil di Mahkamah Majistret. Plaintif (penuntut) seorang wanita berbangsa... ermmm, ok skip bangsa, dan Defendan (yang dituntut) juga seorang wanita berbangsa teeetttt. Sumber gambar di SINI Jurubahasa menyebutkan nombor kes dan nama pihak-pihak dan Majistret memanggil kedua-dua wanita ini berdiri di hadapannya di meja yang dikhaskan untuk peguam. Beliau memanggil plaintif dahulu. Prosiding yang berlaku lebih kurang begini (yang sempat bakalpeguam ingat lah). Majistret : Puan dot dot dot, kamu telah failkan saman tuntutan kecil di Mahkamah ini bagi tuntutan sebanyak RM2900. Sudahkah kamu serahkan saman itu kepada defendan? Plaintif : Sori, saya tidak pandai betul cakap Melayu. Majistret : Saya tanya kamu sudah bagi itu saman kepada puan tet tet tet? Plaintif : Ya, saya sudah bagi kepada dia 2 hari lepas. Kawan sekerja saya yang bagi dengan dia. Tapi sebelum itu minggu lepas saya sud

UNDANG-UNDANG ITU BUTA

Imej
Assalamualaikum, Sudah lebih 15 tahun bakalpeguam berkecimpung dalam bidang guaman secara aktif. Dan dalam tempoh itu telah banyak melalui pengalaman, pengajaran dan ilmu yang bermanfaat berhubung perkembangan, pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang di negara kita, khususnya di negeri Sabah. Sumber gambar di SINI Namun, antara isu yang paling dekat di hati bakalpeguam ialah isu stateless person atau orang tanpa warganegara terutamanya melibatkan kanak-kanak. Semalam, depan mata bakalpeguam melihat sendiri apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dituduh di Mahkamah. Bayangkan seorang budak perempuan berumur 11 tahun. Apakah pertuduhannya? Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu didapati masuk ke negara ini tanpa sebarang pas atau dokumen yang sah. Bayangkan kanak-kanak yang tidak berdosa ini ditahan, dihadap tuduh di Mahkamah berseorangan (walaupun selepas itu dimaklumkan bahawa semasa tangkapan kanak-kanak ini bersama dengan neneknya, dan neneknya juga tela

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

https://youtu.be/Sed-6jb_ULM

SENARAI PEGUAM SABAH

Imej
Assalamualaikum, Buat warga Sabah dan Sarawak, khususnya di Negeri Sabah, sekiranya anda ingin menyemak nama peguam yang betul-betul boleh menjalankan amalan guaman di Sabah, anda boleh klik link di bawah: https://judiciary.kehakiman.gov.my/portals/ Anda perlu klik di bahagian "THE ADVOCATES" dan pilih "PRACTISING CERTIFICATES" di dalam drop-down menu. Kemudian, anda akan dipaparkan dengan screen di bawah dan bolehlah membuat carian berdasarkan kotak-kotak yang tersedia. Pada nama setiap peguam terdapat pilihan drop down menu lagi bagi menyemak bilakah Sijil Amalan Guaman atau Practising Certificate mereka dikeluarkan. Jika anda menjumpai nama peguam yang anda cari tetapi tidak menemukan nama seseorang peguam dalam ruangan "Practising Certificate" ini, tetapi anda boleh menjumpai nama mereka dalam ROLL OF ADVOCATES, maka peguam tersebut tidak layak atau tidak boleh beramal sebagai peguam tanpa Sijil Amalan Guaman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sabah

SALAM JUMAAT

Imej
Keluarga Quran insya Allah keluarga Syurga.

POST DARI FB: ANTARA ADAT DAN AGAMA

Imej
Sekali lagi post ini bukan berasal dari bakalpeguam. Ia diambil dari facebook dan sangat bermanfaat untuk dikongsikan. Link ke post asal di bawah. Antara Adat Melayu Yang Bertentangan Islam Tetapi Masih Diteruskan Hingga Kini 1. *Mendengar berita kematian:* Melayu : Alfatihah Islam : Innalillahi wa inna ilaihi rojiun 2. *Usung jenazah* Melayu : Baca al fatihah sambil usung jenazah. Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di Sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan. Islam : Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu. Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia. 3. *Tanam jenazah* Melayu : – Jirus air dengan jug yang diikat kain putih – Tabur bunga – Tabur batu Islam : Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan

POST DARI FB: RAKYAT HAKIM NEGARA, PEGUAM AHLI NERAKA?

Imej
Ini bukan posting asal Bakalpeguam. Ia diambil dari Facebook dan rasanya amat bermanfaat untuk dikongsikan di sini. Link ke posting asal ada diletakkan di bawah. Selamat membaca. 𝗔𝗪𝗔𝗦 𝗖𝗔𝗞𝗔𝗣 𝗝𝗘 || 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗞𝗜𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔, 𝗣𝗘𝗚𝗨𝗔𝗠 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗡𝗘𝗥𝗔𝗞𝗔? Dulu, cita-cita AWAS, nak jadi arkitek, sebab AWAS berangan nak ada rumah berlantaikan akuarium, bolehlah AWAS tengok ikan berenang-renang ke tepian sambil AWAS minum kopi dan hisap curut. Tapi, mungkin dah memang tertulis di luh mahfuz sejak AWAS ditiupkan roh masa masih janin dulu lagi untuk AWAS jadi peguam. Alhamdulillah. Pernah satu hari, AWAS naik Grab, abang Grab tanya AWAS – “tak takut ke, jadi lawyer ni sebelah kaki dah ke neraka?” Abang Grab tanya lagi – “kalau orang tu kita tahu memang salah, tapi lawyer ni masih tolong, macam mana tu?” Abang Grab cakap lagi – “bayar lawyer sudah la mahal, tapi kalah, kan haram duit tu”.  Becak ketiak AWAS dengar Abang Grab popekpopek, terasa perjalanan