Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2018

BANTUAN GUAMAN KHAS UNTUK WANITA NEGERI SABAH

Imej
Assalamualaikum, Anda seorang wanita di Negeri Sabah? Anda ada masalah melibatkan undang-undang? Hebahan ini khas buat wanita di Negeri Sabah yang memerlukan bantuan guaman bagi kes-kes Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah serta Mahkamah Anak Negeri, samada dari segi nasihat perundangan mahu pun mewakili mereka di Mahkamah, bolehlah merujuk permasalahan mereka kepada Pusat Bantuan Guaman Wanita (PBGW) yang dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA). Wanita yang mendapat bantuan guaman daripada PBGW akan diwakili oleh panel-panel peguam yang dilantik oleh JHEWA. Maksudnya peguam ini adalah peguam swasta dan bukan peguam kerajaan, yang menjadi panel kepada JHEWA. Jadi, peguam ini tentulah mereka yang mahir dalam bidang masing-masing seperti undang-undang keluarga (kes perceraian, tuntutan harta sepencarian, harta pusaka dan sebagainya), undang-undang Anak Negeri dan sebagainya. Jika anda seorang wanita dan memerlukan bantuan ini, bolehlah rujuk kepada flyer

MENCARI PEGUAMBELA KES JENAYAH?

Imej
Assalamualaikum, Apabila menghadapi pertuduhan jenayah di Mahkamah, adalah penting untuk anda mendapatkan khidmat guaman. Bukan setakat nasihat guaman, tetapi mewakili anda sebagai seorang peguam di Mahkamah. Kenapa pentingnya ada peguam? Saya sudah jelaskan di SINI. Pun begitu, apakah ciri-ciri yang perlu dilihat sebelum melantik seseorang peguam itu? Sumber gambar di SINI Perlu diingat, peguam yang baik tidak semestinya mahal, dan peguam yang mahal tidak semestinya terbaik (macam iklan sabun cuci kain pula!). Tetapi, sebagai seorang profesional, seseorang peguam perlu mengenakan caj yang berpatutan dengan beban tugas yang dipikul, kemahiran dan pengalamannya dan keadaan pasaran semasa. Tetapi, soal harga bukanlah satu-satunya kriteria yang anda perlu lihat apabila melantik peguam. Adakah anda mencari peguambela? Lihat ciri-ciri ini terlebih dahulu. 1. Pengalaman Seseorang yang berpengalaman dalam amalan guaman tentulah telah banyak berh

MENGAKU SALAH ATAU MINTA BICARA?

Imej
Assalamualaikum, Di dalam proses perbicaraan Mahkamah bagi kes jenayah, satu elemen paling penting selepas pertuduhan dibaca dan difahamkan kepada tertuduh ialah samada mengaku bersalah atau tidak bersalah. Sumber gambar di SINI Ia juga menjadi suatu kebiasaan apabila tertuduh faham pertuduhan itu dan terus meminta untuk dibicarakan. Maknanya, tertuduh itu tidak mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Memilih untuk mengaku salah atau tidak adalah atas kerelaan, kemahuan dan keinginan tertuduh sendiri dan bukan orang lain. Kerana, apabila mengaku salah, tentulah ada kesan dan akibat pengakuan bersalah itu. Dan apabila kesan dan akibat ini juga diakui, maka tertuduh boleh disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan. Sabit kesalahan ini saya telah tuliskan sebelum ini di SINI . Oleh kerana pemilihan samada mengaku salah atau tidak adalah keinginan tertuduh sendiri, maka tertuduh tidak sepatutnya mengikut kata orang lain. Kata-kata ini maksud

BOLEHKAH BEBAS TANPA BICARA DALAM KES JENAYAH?

Imej
Assalamualaikum, Ada pembaca yang bertanya apakah kriteria untuk pembebasan OKT dan adakah kes akan dibicarakan selagi OKT mengaku salah? Begitulah lebih kurang soalannya. Ok, sebelum jawab soalan ini, jom kita sembang dulu proses dari awal suatu kes jenayah dilakukan sehingga kepada menghadapi pertuduhan. Sumber gambar di SINI Apabila seseorang itu ditangkap oleh pihak polis (atau penguatkuasa lain jug), orang itu belum lagi menghadapi pertuduhan. Dia belum lagi dinamakan OKT (Orang Kena Tuduh). Dia masih lagi seorang saspek atau OYDS (Orang Yang DiSyaki). Ini kerana pihak polis masih dalam proses siasatan bagi mengumpul bukti dan keterangan untuk melengkapkan kertas siasatannya atau IP (Investigating Paper). Apabila kertas siasatan pegawai penyiasat (IO) telah dirasakan lengkap, ia akan dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) di Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya, iaitu samada OYDS akan dituduh, atau IP dikembalikan untuk siasatan sela

SENANGKAH BELAJAR UNDANG-UNDANG?

Imej
Assalamualaikum dan Salam Jumaat, Ada orang bertanya dengan saya, "susahkah belajar undang-undang?" Secara jujur, saya tiada jawapan spesifik untuk soalan itu. Mungkin sebab saya diajar untuk mengolah, membahas dan menganalisis sesuatu isu itu sebelum sampai kepada jawapan, sebab itulah saya kata saya tiada jawapan yang spesifik. Bagi saya sepatutnya soalan itu diubah kepada "senangkah belajar undang-undang?". Sebab dari segi psikologi, nampak positif sikit. Sebenarnya, dalam hidup kita, setiap hari kita berdepan dengan isu atau masalah undang-undang. Pada setiap hari kita berdepan dengan undang-undang kontrak, jenayah, malah tort dan komersial juga. Contoh, kita beli barang di kedai runcit. Itu juga melibatkan undang-undang. Anda 'offer' untuk beli barang, penjual menyatakan 'acceptance' ke atas offer anda dengan menawarkan barang yang dijualnya dan sebagai balasan atau 'consideration', anda membayar harga yang dita

CARA MEMFAILKAN RAYUAN JENAYAH KE MAHKAMAH TINGGI

Imej
Assalamualaikum, Jom kita belajar proses mengemukakan rayuan dalam kes jenayah. Semua yang dinyatakan adalah merujuk kepada Kanun Prosedur Jenayah atau lebih popular dikenali sebagai "KPJ" atau "CPC" (Criminal Procedure Code). Rayuan ini adalah melibatkan kes jenayah di Mahkamah Sesyen atau Majistret ("Mahkamah Rendah") ke Mahkamah Tinggi sahaja. Kalau ke Mahkamah seterusnya prosesnya agak berlainan sedikit. Bagi kes-kes jenayah yang didengar di Mahkamah Rendah, samada Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen, apabila kes telah selesai dan pihak yang kalah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah, maka mereka boleh mengemukakan rayuan lanjut ke Mahkamah Tinggi. Rayuan ini boleh dikemukakan ke atas sabitan dan hukuman (c onviction and sentence ), atau ke atas hukuman sahaja, atau juga atas pelepasan dan pembebasan tertuduh ( discharge and acquittal ). Jika rayuan ke atas sabitan dan hukuman atau atas hukuman sahaja, maka tentulah i