BOLEHKAH BEBAS TANPA BICARA DALAM KES JENAYAH?

Assalamualaikum,

Ada pembaca yang bertanya apakah kriteria untuk pembebasan OKT dan adakah kes akan dibicarakan selagi OKT mengaku salah?

Begitulah lebih kurang soalannya.

Ok, sebelum jawab soalan ini, jom kita sembang dulu proses dari awal suatu kes jenayah dilakukan sehingga kepada menghadapi pertuduhan.

Sumber gambar di SINI

Apabila seseorang itu ditangkap oleh pihak polis (atau penguatkuasa lain jug), orang itu belum lagi menghadapi pertuduhan. Dia belum lagi dinamakan OKT (Orang Kena Tuduh). Dia masih lagi seorang saspek atau OYDS (Orang Yang DiSyaki). Ini kerana pihak polis masih dalam proses siasatan bagi mengumpul bukti dan keterangan untuk melengkapkan kertas siasatannya atau IP (Investigating Paper).

Apabila kertas siasatan pegawai penyiasat (IO) telah dirasakan lengkap, ia akan dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pendakwaraya (DPP) di Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya, iaitu samada OYDS akan dituduh, atau IP dikembalikan untuk siasatan selanjutnya, atau DPP juga boleh memberikan arahan untuk KUS (Kemas Untuk Simpan) atau lebih popular dinamakan sebagai NFA (No Further Action) yang mana tiada tindakan pendakwaan akan dijalankan ke atas OYDS.

Apabila OYDS diarahkan untuk dituduh, pihak polis akan menghubungi OYDS tadi untuk hadir bersama penjamin ke Mahkamah yang berkenaan bagi menghadapi pertuduhan. Proses ini tidak lagi melibatkan IO, tetapi melibatkan Pegawai Pendakwa (PO) atau mungkin juga DPP yang akan mengemukakan kes di Mahkamah bagi kes yang lebih serius.

Sekiranya OKT tidak mengaku salah, maka kes akan dibicarakan di hadapan Hakim/Majistret yang berkenaan sehingga ia selesai.

Sebelum proses perbicaraan, OKT boleh mengemukakan rayuan bertulis kepada DPP ke atas pertuduhannya. Perbincangan lanjut di bawah, sila teruskan pembacaan anda.

Terdapat juga keadaan di mana pihak pendakwaan boleh menarik balik pertuduhan ke atas OKT walaupun kes telah dibicarakan. 

Ini kerana kuasa untuk memulakan atau memberhentikan sesuatu pendakwaan itu terletak secara istimewa ke atas DPP atau Peguam Negara yang juga adalah Pendakwaraya Malaysia (PP). Perkara ini dengan jelas telah dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan serta Kanun Prosedur Jenayah. 

Apakah situasi yang boleh menyebabkan perkara ini terjadi?

Antara situasinya ialah saksi penting tidak dijumpai atau enggan memberikan kerjasama untuk hadir perbicaraan, barang kes hilang atau tercemar, menerima representasi tertuduh dan sebagainya. Dalam situasi yang agak popular di Sabah ialah laporan kimia yang diperolehi bagi ujian saringan air kencing OKT berkeputusan negatif. Terdapat juga situasi dimana saksi atau pengadu sendiri hendak menarik balik kes ke atas OKT, dan dalam sesetengah keadaan DPP bersetuju untuk menarik balik pendakwaan kes.

Apabila DPP atau PP membuat keputusan untuk memberhentikan pendakwaan ke atas OKT, tidak wajib ke atasnya untuk memberikan sebab mengapa pendakwaan itu tidak diteruskan. Ia adalah kerana... kuasa istimewanya atau disebut juga sebagai 'prerogative right'. Ia budibicara penuh pihak pendakwaan yang mana Mahkamah juga tiada kuasa atau tiada hak untuk mempersoalkannya.

Apabila situasi di atas berlaku, maka OKT bolehlah dibebaskan tanpa perbicaraan lanjut di Mahkamah. Mahkamah bolehlah memberikan perintah samada lepas dan bebas (acquit and discharge) atau lepas tanpa bebas (discharge not amounting to an acquittal atau DNAA).

Ok, tadi saya ada menyatakan sebelum proses perbicaraan, OKT boleh mengemukakan rayuan kepada DPP ke atas pertuduhannya. Rayuan ini adalah dinamakan sebagai REPRESENTASI.

Representasi ini ialah suatu rayuan rasmi yang dialamatkan kepada Timbalan Pendakwaraya (biasanya kepada Ketua Unit Pendakwaan Negeri) bagi mengkaji semula pertuduhan yang dibuat ke atas OKT. Dalam representasi ini, OKT akan menyenaraikan apakah kekuatan dan kelemahan kes pendakwaan, biasanya selepas menerima segala dokumen yang patut diserahkan di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.

Selain itu, OKT juga boleh menyenaraikan pembelaan-pembelaan yang akan digunakan semasa perbicaraan kes yang mana ia mungkin akan dapat mematahkan keterangan atau bukti pihak pendakwaan. Malah, apa yang lebih penting pembelaan itu mungkin akan dapat membangkitkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan.

Representasi ini bolehlah dipohon bagi ke atas perkara berikut: iaitu bagi membatalkan atau menarik balik pertuduhan atau bagi menurunkan pertuduhan kepada kesalahan yang lebih ringan, atau juga memohon dikemukakan pertuduhan alternatif atau pertuduhan pilihan ke atas pertuduhan yang asal supaya OKT dapat menimbangkan untuk mengaku bersalah ke atas pertuduhan pilihan itu.

Atas sebab-sebab itu, representasi ini hendaklah secara 'TANPA PREJUDIS' atau 'Without Prejudice Basis' iaitu segala yang dikemukakan di dalam representasi itu tidaklah boleh digunakan bagi menyokong pihak pendakwaan atau mematahkan bukti pihak pembelaan semasa perbicaraan kelak. Ia mesti secara terang dan jelas dinyatakan dalam representasi itu agar tiada taktik kotor dimainkan oleh mana-mana pihak sekiranya representasi itu ditolak kemudian. Secara ringkasnya, apabila sesuatu surat itu dengan jelas menyatakan TANPA PREJUDIS, maka ia tidak boleh dikemukakan di Mahkamah sebagai keterangan atau barang bukti semasa perbicaraan. Ia tidak mempunyai nilai keterangan.

Selepas representasi dikemukakan, pihak DPP biasanya akan meminta IP daripada IO untuk kajian semula.

Sekiranya DPP bersetuju dengan representasi yang dikemukakan, beliau bolehlah mengarahkan PO untuk memohon kepada Mahkamah untuk menarik balik pertuduhan. Maka, OKT akan bebaslah tanpa bicara.

Jika DPP bersetuju untuk menurunkan pertuduhan kepada kesalahan yang lebih ringan, terpulanglah kepada OKT samada ingin mengaku bersalah atau tidak.

Begitu juga dengan pertuduhan alternatif, OKT bolehlah mengaku salah atau tidak. Tetapi bagi pertuduhan alternatif ini, kalau OKT tidak mengaku bersalah, maka perbicaraan akan menjurus kepada kesalahan asal. Jika pihak pendakwaan boleh membuktikan kesnya atas pertuduhan asal, maka pertuduhan alternatif secara automatik akan gugur dan OKT boleh disabitkan atas kesalahan yang asal itu.

Sekiranya representasi ditolak, DPP tidaklah wajib memberikan sebab kepada sesiapapun mengapa ia ditolak. Hatta Mahkamah juga tidak boleh mempersoalkan atau mengharapkan penjelasan DPP mengapa ia ditolak.

Oleh sebab itu, apabila menulis sesuatu representasi, tulislah dan karanglah ia dengan baik, jujur dan lengkap. Tiada format khusus dalam penulisan representasi ini. Hatta peguam yang mengendalikan kes jenayah juga tidak mempunyai format khusus dalam penulisan sesuatu representasi. Ini kerana ia adalah berdasarkan case to case basis. Setiap kes itu unik dan berbeza dari segi fakta dan perundangannya, maka penulisannya juga adalah perlu berlandaskan fakta dan undang-undang itu.

Adakah seseorang OKT boleh menulis sendiri representasi ini?

Boleh. Kalau tahu apa yang ingin ditulis, boleh saja tulis sendiri representasi ini. Cuma, OKT juga kenalah tahu apa isu perundangan yang terlibat, apa pembelaannya, apa 'killer point' yang dia ada bagi membolehkan pertuduhan itu disemak atau dikaji semula.

Dalam hal ini, walaupun OKT boleh menulis sendiri representasinya, tetapi adalah dinasihatkan agar mendapatkan nasihat guaman atau minta peguam untuk mengendalikannya. Kerana peguam yang menjalankan amalan guaman bidang jenayah akan tahu apa yang patut ditulis dan apa yang tidak patut ditulis. Sebagai mata bonus, menggunakan kepala surat peguam juga menggambarkan bahawa OKT itu serius dalam representasinya.

Cuma jangan pula anggap apabila menggunakan khidmat peguam dalam sesuatu representasi maka ia akan mendatangkan pengaruh atau menyebabkan secara automatik DPP akan memberikan perhatiannya dalam kes anda. Bukan. Semua orang tentu akan mendapat hak yang sama rata, sama ada melalui khidmat peguam atau membela diri secara sendiri. Tetapi macam yang saya sebutkan, apabila menggunakan khidmat peguam, anda akan nampak lebih serius dalam menghantar representasi itu.

Malah, ayat yang akan digunapakai oleh peguam juga akan mudah dibaca oleh DPP berbanding seorang layman atau orang awam yang tidak biasa menggunakan bahasa perundangan.

Akhir sekali, sekiranya suatu representasi itu ditolak, maka OKT kenalah menghadapi pertuduhan itu melalui perbicaraan penuh di Mahkamah. Jika OKT ingin menukar fikiran, masih ada jalan lagi untuk memohon kepada Mahkamah untuk meringankan hukuman, iaitu melalui proses rundingan akuan salah. Yang ini akan dibincangkan dalam topik yang lain, insya Allah.

Wassalam.

Ulasan

  1. Hi Bakal Peguam , saya tertarik untuk mengetahui proses ikat jamin untuk bukan warganegara . Dia sekarang masih direman diatas tuduhan pecah amanah oleh majikannya sendiri dan kertas siasatan sudahpun lengkap mengatakan dia tidak bersalah . Tempoh reman sudah hampir sebulan dan dia tidak boleh dibebaskan kerana masih menunggu feedback dari Imigresen tentang status passport dan permit kerja . Soalan saya disini , bolehkah saya melantik peguam untuk keluarkan dia dari tahanan jika dia didapati bersalah kerana passport dan visa atau permit kerja sudah tamat tempoh ? Kedua , bolehkah majikan dikenakan hukuman kerana gagal membuat permit pekerjanya sendiri ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Maaf baru perasan komen ini. Pertama, jika passport atau permit kerjanya sudah tamat, tidak banyak yang peguam boleh lakukan juga melainkan hanya untuk mempercepatkan proses pengusiran balik ke negara asal. Bagi soalan kedua, saya tidak pasti ada kesalahan ini kerana saya cuma tahu yang majikan boleh dikenakan hukuman apabila mengambil pekerja asing tanpa permit yang sah sahaja.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Terima kasih di atas penjelasan Tuan . Sekiranya warga asing tersebut memiliki MYEG di mana statusnya masih lagi sah berada di Malaysia , bolehkah Mahkamah @ Imigresen proceed untuk pengusiran keluar ? Dan jika dia diusir keluar , adakah dia akan disenarai hitamkan untuk memasuki Malaysia ? Jikalau ya , berapa lama tempoh tersebut ?

    BalasPadam
  3. Mohon maaf tuan. Ini diluar pengetahuan saya kerana melibatkan prosedur jabatan imigresen. Perlu dirujuk kepada pihak berkenaan.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Salam,tuan. Saya nk bertanya mengenai kes jenayah bersama. Selalunya bagaimana produser makhamah akan berjalan. Situasinya tangkapan 8 orang atas kesalahan air ketum dan ubat batuk. 1 orang dijumpai dlm rumah sedang tidur manakala 7 lagi dijumpai luar rumah bersama2 air ketum dan ubat batuk tersebut. Ada pihak yg sanggup mengaku salah iaitu 1 orang tersebut dngan jaminan daripada pihak lain akan pakat bayar denda yg keluar. Apakah penyelesaian yg sebenarnya tuan, kalo tuan boleh berkongsi ilmu dengan sya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Dalam situasi ini tentulah semua akan dituduh di mahkamah. Bila ada pihak yang sanggup mengaku salah, bolehlah buat permohonan representasi dengan pihak Timbalan Pendakwaraya sebagai rundingan kepada rancangan tersebut. Apapun, terpulang dengan Pendakwaraya samada menerima atau tidak representasi itu. Kalau tidak terima, penyelesaiannya adalah 1 orang mengaku salah dan yang lain tidak mengaku salah dan teruskan perbicaraan. Lepas itu buat representasi lagi kepada Pendakwaraya memandangkan 1 orang telah mengaku salah dan dijatuhkan hukuman. Yang penting ada representasi kepada Pendakwaraya dengan sebab dan alasan yang munasabah.

      Padam
  6. Assalam saya nak tanya sekiranya peguam menarik diri untuk sesuatu kes jenayah adakah wang yg sudah dibayar dikembalikan atau bagaimana.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Bayaran peguam adalah bergantung kepada kontrak/persetujuan bersama. Kalau bayaran awal dibuat itu adalah sebagai deposit, maka sekiranya peguam menarik diri sebelum kes selesai sepatutnya adalah dikembalikan. Tetapi kalau terma persetujuan adalah bayaran deposit tidak dikembalikan, maka wang itu tidak akan dikembalikan. Kena rujuk balik dengan peguam ya.

      Padam
  7. As salam. Tuan, sekiranya pihak bank menggugurkan pertuduhan terhadap seseorang itu dan pihak bank telah mengemukakan surat menggugurkan pertuduhan tersebut kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil & Pejabat Pendakwa Raya, adalah beliau masih perlu melalui perbicaraan. Bolehkah pihak Pendakwa Raya tidak setuju dan masih meneruskan pertuduhan sedangkan pihak bank sudah setuju menggugurkan pertuduhan. Mohon pencerahan. Terima kasih.

    BalasPadam
  8. Mohon maklumbalas tuan terhadap pertanyaan saya pada 18.11.2018,jam 6.26am.Terima kasih.

    BalasPadam
  9. Salam Tuan. Sekiranya kes seperti keganasan rumahtangga, terdapat 3 laporan polis yang telah berlaku dalam tempoh 3 tahun, perlukah melakukan kesemua sekali penarikan kes tu dibalai atau cuma yang laporan paling terbaru sahaja. sebab IO timbul rasa marah sebab macam menyusahkan dia kerana buat penarikan dan dengan sengaja mengumpul semua sekali dan dengan sengaja untuk didakwa. yang sebelumnya pengadu mintak menraik balik sekadar maklum pada IO tanpa membuat laporan dibalai untuk tarik balik. Pengadu masa tu kurang mahir selok belok prundangan2 ni dan masa sama IO pun tak maklum apa patut dibuat bila dibincang tarik kes. sekarang kes di peringkat pertuduhan dan menunggu tarikh bicara seterusnya. sekarang baru faham IO cuma letak sebelah saja kes tu. sebab marah IO dengan diam2 dan cepat usul semua sekali untuk didakwa tanpa ada bincang dan maklum apa pun dan selalu mengelak untuk jumpa oleh pengadu. semasa pertuduhan cuma serah satu laporan penarikan yg terbaru saja. masa tu baru tahu kesemua sekali dituduh. jadi ada lagi dua belum buat penarikan. mohon Tuan memberi nasihat apa perlu buat untuk laksanakan penarikan kes ni. (Mintak maaf Tuan kalau sedikit beterabur dalam penyampaian ini)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Tugas IO adalah untuk menyiasat kes dan selepas kertas siasatan dilengkapkan akan dikemukakan kepada Pendakwaraya untuk pertuduhan. Tugas Pendakwaraya adalah untuk memulakan atau menamatkan pertuduhan di mahkamah. IO tidak boleh mengikut perasaan atau berprasangka terhadap pengadu. Jikalau pengadu ingin tarik balik report, buat sajalah laporan polis untuk menarik balik kesemua kes (dengan merujuk kepada nombor setiap report) dan IO perlu rujuk perkara itu kepada Pendakwaraya untuk arahan. Jikalau Pendakwaraya kata tarik balik semua pertuduhan maka kes selesai. Jikalau tidak, maka kes akan diteruskan di mahkamah.

      Padam
  10. assalamualaikum... bagaimana cara untuk pengadu menarik balik report setelah OKT diikat jamin? jika pengadu berjaya menarik balik kes, adakah kes ini tidak dibicarakan lagi pada tarikh yang ditetapkan setelah diikat jamin?

    BalasPadam
  11. Assalammualaikum.suami saya warganegara India. Dia pukul saya Dan saya dan saudara mara dengan Rasa amat marah telah bagi kes atas dia. Dia dah ditangkap polis . Kes dia dibawah Seksyen 323 Dan 326. Saya dah tarik balik kes 2 hari Lepas bagi kes. Harini perbicaraan.tetapi suami tidak dibebaskan.kenapa yea,.saya sudah pun tarik balik kes .seorang lawyer kata kenapa buat letter untuk DPP. Saya ingin tahu,bolehkah suami saya bebas atau Akan dihukum? Apa Yang perlu saya buat supaya dia dibebaskan?

    BalasPadam
  12. assalamualaikum saya nak tanya..suami saya dijatuhkan hukuman 10tahun atas kesalahan rogol..akan tetapi perkara yang berlaku bukanlah seperti apa yang didakwa oleh mangsa..kami ada bukti mengatakan keterangan mangsa tipu semata2..tetapi tak dimasukkan dri awal perbicaraan kerana masalah teknikal dimana lawyer yngk yg diberi pada masa itu tak membantu lansung..dan skrg suami kalah di mahkamah rayuan hanya dengan alasan bukti tak dimasukkan pada awal perbicaraan..saya sekarang mengndung anak sulung dan akan melahirkan pada bulan 11..takda ka apa2 cara untuk saya bela suami saya..sbb bagi saya semua ni tak adil untuk saya dan suami..

    BalasPadam
  13. Assalam tuan...saya nak tahu adakah barang-barang kes boleh dipulangkan kembali apabila OKT telah dibebas dan dilepaskan tanpa dipanggil semula. Adakah IP yang diserahkan oleh DPP boleh diguna pakai dalam menuntut barang-barang tersebut. Berapa lama proses ini berjalan .

    BalasPadam
  14. Assalam tuan...Mohon pencerahan :-

    a). Selepas OKT dibebas dan dilepaskan tanpa dipanggil semula oleh mahkamah adakah barang-barang kes yang berharga akan dikembali kan.
    b). IP telah dikeluarkan oleh DPP kepada IO hampir sebulan lebih tapi barang-barang kes masih belum boleh dituntut. Adakah prosedur lain yang perlu kami ikut.

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Sy ingin bertanya.. Bagaimana sy nk buat surat semakan semula kes akta 42 ke dpp.? Di sebabkan ini berkaitan dgn kerjaya sy sebagai tentera.. Mintak tlg bagi yg arif tentang pekara ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Boleh jelaskan apakah itu akta 42?

      Padam
  16. selamat pagi Yang Arif

    saya telah 2 bulan disyaki utk kesalahan Seksyen 354. IO mengarahkan sy utk hadir 'lapor diri' kepadanya dlm tempoh sebulan lg kerana IP masih berada dgn DPP. kebiasaannya, berapakah TEMPOH MASA yg diperlukan oleh DPP utk menuduh sy di mahkamah? kerana sudah 2 bulan sy tertunggu2 jawapan dari DPP tersebut.

    terima kasih.

    BalasPadam
  17. Aslmkm ..3 thn lepas anak buah saya telah ditangkap dibawh seksyen 15(a)akta dadh.tapi telah dilepas dgn jaminan polis kerana menunggu laporan kimia . Dia tidak pernah dihadap dimahkamah tapi hanya diberi sekeping kertas yg memberitahu dia harus pergi kebalai untuk betjumpa io tapi anak saya tak pernah pergi kerana takut .dn sekarang sudah 3 thn berlalu adakah dia blh di dakwa atas kesalahan lampau

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya nak tnya, adik saya tertuduh memukul isteri dan mgugutnya, dlm medical report si isteri mnyatakan " tiada bukti kecederaan" , kami diperintahkan utk bicara dan lawan kes, tetapi tidak berkemampuan utk mgambil peguam. ada jalan lain utk settle kan masalah ne atau kena mengaku sahaja walaupon dia x buat? atau mnta tangguhkan perbicaraan?

    BalasPadam
  19. Disebabkan status NFA saya tidak diterima kerja...io ckp saya dh bebas...apakah saya betul2 bebas...Dan boleh saya buang NFA

    BalasPadam
  20. Selamat pagi tuan... saya nk tanya adik saya dipukul oleh suaminya dan dlm medical report ada menulis kecederaan soft internal injury... sekarang kes dibuka and suami adik saya ditahan.... padahal macam ni suami adik di kena sawan n tengah dlm kawalan hospital... family mertua adik merayu supaya menarik balik kes terhadap suami dia... lagi satu adik saya tidak boleh pergi mahkamah kerna dia kt outstation.. adakah boleh.menarik kes melalui peguam atau menerusi telefon.. terima kasih

    BalasPadam
  21. SUAMI SAYA JATUH HUKUM
    SO KITA RAYUAN DI MAHKAMAH TINGGI
    SEMASA FIRST HEARING BOLEH TAK MINTA JAMIN
    ATAU JAMIN DAPAT TARIKH LAIN
    TOLONG JAWAP

    TERIMA KASIH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, tak boleh jamin sebab dah jatuh hukum. Kecuali permohonan dibuat untuk menggantung pelaksanaan hukuman itu dibuat dan dibenarkan oleh Mahkamah, barulah boleh dijamin. Mesti buat permohonan dahulu.

      Padam
  22. Assalamualaikum..nak minta pandangan..ada satu kes ni..kes cabul dan cubaan menceroboh..pengadu dah setuju nk tarik kes..tpi semua balai polis xnak terima report tarik balik..boleh ke balai buat mcm tu?kemudian pengadu dh buat akuan tarik balik dan dah kemukakan pada DPP tpi DPP xnak tarik kes dan minta buat representasi..kes tu klau ikut xtimbul isu cabul sbb pengadu kenal dan saling suka sama suka..mohon pandangan..

    BalasPadam
  23. Assalamuaalaikum. suami saya telah di dakwa atas akta 323 dan dijatuhkan hukuman sebulan penjara. Saya yang membuat report polis tersebut. Belum sempat habis hukuman sebulan itu, Beliau telah dibailed out oleh keluarganya. Atas desakan ramai, boleh ke saya menarik semula report walaupun sudah jatuh hukum. Mohon pandangan

    BalasPadam
  24. Assalamuaalaikum. suami saya telah di dakwa atas akta 323 dan dijatuhkan hukuman sebulan penjara. Saya yang membuat report polis tersebut. Belum sempat habis hukuman sebulan itu, Beliau telah dibailed out oleh keluarganya. Atas desakan ramai, boleh ke saya menarik semula report walaupun sudah jatuh hukum. Mohon pandangan

    BalasPadam
  25. Asslm tuan..dlm kes 323 dapat kah seseorang itu tarik balik kes tersebut

    BalasPadam
  26. assalammualaikum tuan. saya nak bertanya sedikit tuan. Saya baru sahaja dibebaskan pada 16hb atas seksyen 380kk mencuri didalam bangunan. Kejadian di hotel, rakan saya mengambil tv & hairdyer hotel tersebut. rakan saya membawa tv manakala hairdyer dlm beg rakan saya, beg itu pula saya pegang dan saya tidak tahu hairdyer itu milik hotel kerana rakan saya beritahu hairdyer tu dia bawa dari rumah. saya diikat jamin & mengaku tidak bersalah. adakah saya akan dipenjarakan atau membayar denda sahaja. mohon pandangan dari tuan.

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum.. nak bertanya.. saya baru dituduh memegang perempuan di tempat keja.bos saya mintak saya tulis kronologi kes saya itu dan hantar dekat dia dan office.. sedangkan saya sudah pergi bagi keterangan dekat balai.. adakah saya patut tulis sekali lagi lapuran itu dan bagi kepada office tempat keja..?

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum.. saya baru dituduh memegang perempuan ditempat kerja.. bos saya mintak saya tulis kronoloji atau keterangan dan bagi kepada dia dan office, tapi saya sudah pergi kebalai polis memberi keterangan.. adakah saya patut tulis sekali lagi keterangan saya kepada bos saya dan bagi kepada office tempat saya kerja.?

    BalasPadam
  29. Kawan saya kena tahan sebab pecah amanah. Tak mampu bayar ikat jamin sekarang kt penjara wanita kajang. Boleh tak kalau boss saya tarik balik report tu untuk bebaskan kawan saya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tarik balik report boleh saja, tetapi tidak semestinya pihak pendakwaan akan gugurkan kes. Jikalau kes masih diteruskan bermakna kawan tuan masih tertakluk kepada syarat jaminan yang dikenakan oleh mahkamah.

      Padam
  30. saya nak tanya...saya mempunyai rekod lampau positif dadah 39a dikuala lumpur...kes itu pada tahun 2016 dan saya berumur 17 tahun pada tahun sy ditangkap...dan saya diikat jamin oleh polis dan diberikan surat untuk datang ke mahkamah tetapi saya tidak pergi kerana sy ambil keputusan utk balik kg halaman utk membersihkan diri..tetapi baru2 ini sy ditahan pihak berkuasa kerana kes sy adalah suspek disyaki...jadi adakah peluang untuk sy bebas??sekarang sy berumur 21 tahun

    BalasPadam
    Balasan
    1. peluang untuk bebas adalah mengikut budibicara pendakwaraya, samada masih ingin teruskan pertuduhan 39A itu atau tidak kerana pada masa kejadian tuan adalah disifatkan sebagai seorang kanak-kanak.

      Padam
  31. Saya ingin bertanya mengenai pertuduhan tentang kes jenayah komersial. Jika report dibuat pada tahun 2016 setelah sekian lama sekarang penangkapan dibuat dan pada masa yang sama pembuat report juga telah menarik balik report. Apakah status tertuduh sekarang..adakah masih lg perlu berada didalam tahanan polis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya kes komersial tangkapan hanya dibuat apabila siasatan telah selesai dan ingin mendaftarkan pertuduhan di mahkamah atau apabila polis masih memerlukan keterangan saspek untuk dirakamkan. Pengadu menarik balik report tidak semestinya kes tidak boleh diteruskan siasatan dan pendakwaan.

      Padam
  32. salam...nk tye...sy ade bt report polis ats ugutan...sy knl dgn org y sy tuduh tu...skrg dia merayu mtk mf dgn sy...sy fikir nk tarik balik report...mcm mne prosedur dia..

    BalasPadam
  33. assalammualaikum,,
    sy nk tye,ade 1 kes ini,pecah amanah,akta 408,dan okt telah membayar jumlah yg seharusnye pd 29/7/19 dan tarikh tangkapan seblm byr 26/7/19, dan pada sipegadu telah tarik balik report pd 1/8/19,dan io telah berikan tarikh bicara pd 23/8/2020.setelah okt telah hadir dimahkamah dan tidak mengaku salah kerana kes telah ditarik awal seblm hadir ke mahkamah,sedangkan pada hri tersebut io mnghantar kan wakil yg tidak lengkap maklumat okt..dan hakim minta bicara semula pd ogos ni,adakah sy kena mengambil lawyer or berbicara secara terbuka di dalam mahkamah?
    tolong jawab.sebb sy buntuh.tq.

    BalasPadam
  34. Assalammualaikum.... Saya nak tanya sikit mengenai kes saya... Dulu tahun 2009 saya pernah kena tangkap kes urine dan saya kne reman selama 14 hari di lokap.... Selepas 14hari saya di bawa ke mahkamah tetapi tidak dibicarakan just sign kertas di perkarangan mahkamah dan polis cakap saya dibebaskan dan saya pon balik.... Adakah itu dicatit sebagai rekod jenayah lampau... Sebab pada tahun 2017 saya di tangkap polis kes urine 15(1)(a) dan saya di wajibkan naik mahkamah pada tarikh sekian2 dan tarikh tersebut da berlalu selama 3 tahun da... Jika saya nak selesaikan masalah saya nie sbb saya di ketegori wanted.... Adakah dalam mahkamah nti kes 2009 tu akan menjadi rekod lampau pertama saya.... Harap dapat menbantu saya da buntu skrg nie

    BalasPadam
  35. Hi Cik, saya nak tanya, adik saya sekarang di tuduh dalam kes rogol, sekarang dia dalam tahanan polis, pengaduh sekarang mahu tarik balik laporan polis, tetapi polis enggan melayan laporan tersebut, sama yang mangsa juga ingin tarik balik laporanya,ada kah polis wajar menahan adik saya atau patut ka saya ambil peguam cik,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sarankan lantik peguam. Pengadu atau mangsa ingin menarik balik report bukan dalam bidangkuasa pihak polis untuk tentukan perjalanan kes. Ia diputuskan oleh Pendakwaraya.

      Padam
  36. Asalammualikum tuan saya nk tnya Klau saya tarik kes adakah suami saya boleh keluar di penjara reman dengan cepat sbb saya tngah sarat mengndung dan anak saya yg sulung tngah sakit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Boleh emelkan maklumat lanjut kepada saya bicaraperundangan@gmail.com. Menjawab di ruangan ini tidak sesuai.

      Padam
  37. assalamualaikum tuan, saya nktanya saya sebagai mangsa rogol boleh ke nktarik report balik tetapi report tersebut dibuat oleh orangtua saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Tarik balik report boleh saja. Cuma ia terletak kepada Timbalan Pendakwaraya samada meneruskan kes atau menggugurkannya. Boleh tahu apa perkembangan kes ini?

      Padam
  38. Assalamualaikum cik..nk tanya pasal kertas pertuduhan tiada pada hari reman terakhir..kes 15/1 dan 12/3. Bebas dgn seorang penjamin namun perlu hadir selepas ujian kimia 15/1 diterima. Tiada maklumat dimaklumkan pasal kes 12/3 sama ada gugur atau sebaliknya. mohon pencerahan. terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Kena berhubung semula dengan IO kes untuk perkembangan kes. Tidak semestinya tiada pertuduhan maka kes gugur/tamat.

      Padam
  39. Salam tuan. Jika kes itu KUS @ NFA bagaimana? Apa selanjutnya? Ada kena buat surat juga ke @ akuan sumpah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam. Kes diklasifikasi KUS @ NFA maka tidak perlu buat apa-apa lagi. Kes dianggap telah ditutup.

      Padam
  40. Salam tuan, nak tnya rekod NFA ni memang xboleh buang ke, sbb nak kerajaan xboleh ..

    BalasPadam
  41. Salam tuan, nak tnya rekod NFA ni memang xboleh buang ke, sbb nak kerajaan xboleh ..

    BalasPadam
  42. Salam tuan.. Berapa lamakah proses kertas enkuiri polis (KEP). dan (KEP) ini akan dirujuk kepada siapa setelah lengkap proses siasatan oleh IO. apakah proses seterusnya jika TIADA bukti keatas kertas siasatan tersebut. Dan apakah proses jika terdapat sesuatu bukti selepas proses kertas siasatan tersebut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Saya tiada pengalaman mengenai KEP, tuan. Maka, saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab soalan ini. Insya Allah saya akan cuba bertanya kepada pegawai polis sendiri.

      Padam
  43. Halaman ilmu tentang perundangan

    BalasPadam
  44. Salam dan Selamat sejahtera... Disini, saya ingin menanyakan berkaitan kes pecah amanah... Laporan polis telah dibuat pada hujung tahun 2018 atas kes pecah amanah menyalahgunakan duit syarikat untuk kegunaan sendiri.pada hujung tahun 2020,telah membuat full settlement dan syarikat telah pun menarik balik report... Tetapi 2hari setelah penarikan polis report dibuat, IO telah menghubungi meminta supaya orang yang disyaki berjumpa dengan ya... Saya hendak tanya bila kes dh ditarik, maksudnya kita dh bebas dri sebarang kes atau IO masih blh trskan siasatan lagi...tiada sebarang tangkapan dibuat sehingga sekarang.. Mohon pencerahan... Keliru... Terima kasih banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Pengadu menarik balik kes bukanlah bermaksud kes digugurkan secara automatik. IO perlu lengkapkan siasatannya sebelum menghantar kertas siasatan kepada TPR. Bagi persoalan di atas, ya IO masih boleh teruskan siasatan walaupun kes telah ditarik balik kerana IO tiada kuasa untuk hentikan siasatan. Hanya TPR saja boleh arahkan kes itu ditutup atau diteruskan pendakwaan.

      Padam
  45. Assalamualaikum tuan ...sy ada seorg kawan kes komersial...yg buat kerja tiga org .org pertama kerja disyarikat dia yg memberi kad credit myk kepada org kedua.org kedua bg org yg ketiga.org ketiga kerja dipum myk dia yg swap kluar kn rm.dan bg orgkedua. Org kedua memberi org yg pertama.semua bg by hand.skrg kawan sy dia serah diri dan buat pengakuan bersalah pada io yg kendali kes ini.dia direman selama 7hari.lepas 7hari dia dibebaskn. Dan org pertama pulak kena reman dan dah dibebebas kn Semua jaminan polis.semua bukti tidak ada hanya pengakuan dan sudah ditandatangani sahaja.kes ni dah 2tahun sampai skrg tidak dipanggil oleh pihak berkuasa..ada kah kes ni okt boleh dituduh dan dibicarakan di mahkamah...?harap tuan boleh jwp solaan sy

    BalasPadam
  46. assalamualaikum.. saya mohamad Razali.. saya dalam stress kerana bakal di hadapkan ke makamah kerana di tuduh menghalang penjawat awam dan memiliki senjata tajam...kejadian berlaku di pagi hari jam 8pg lbih..sewaktu sy dan isteri berniaga penguatkuasa mbpp datang untuk merampas barang niagaan saya.. sewaktu tu sy hanya berpikir hanya itu ja sy ada..dgn keaadan masalah kewangan..jadi sy jadi hilang pertimbangan dan mengeluarkan pedang lalu menghalang dan mengugut penguatkuasa supaya jgn berani rampas barang niaga saya dan saya akan tutup secepatnya..saya amat menyesal dgn tindakkan saya itu dan mengenangkan apa lah nasib dua isteri dan anak2 seramai 6 orang yg memerlukan saya untuk menyara mereka..tolonglah bantu bg nasihat sikit apa yg perlu saya lakukan.. boleh ka sy buat rayuan..sblum sy belum pernah di tangkap Dan buat kesalahan

    BalasPadam
  47. Salam Tuan Peguam.. Saya nak tanya sedikit mengenai Tuduhan Kes Jenayah Komersial yang mana okt tersebut telah dituduh dimahkamah sedangkan IP kes dari IO masih tidak lengkap kerana IO tidak menangkap atau membuat siasatan ke atas suspek utama. Surat Representasi pun telah dihantar oleh Peguam bagi pihak OKT malah surat REP tersebut ditolak sebanyak 2x. Soalan saya tuan, adakah OKT tersebut akan disabit bersalah? Walaupun tanpa bukti2 kukuh?

    BalasPadam
  48. Salam.berapa lama polis boleh simpan handphone yg dijadikan barang kes sedangkan report sdh diklasifikasikan NFA.terima kasih

    BalasPadam
  49. Asslamualaikum tuan, saye ingin bertanya adik saye terlibat dalam kemalangan. Dalam kereta tu ade ayah, adik perempuan, dan adik lelaki saye, mase kemalangan tu adik lelaki saye memandu. Dan menyebabkan adik perempuan saye meninggal. Kes ni dah 6tahun yg lalu. Jadi sekarang ni pihak polis call ayah saye utk buat representasi. Sedangkan ayah saye tkde buat report ape2 terhadap adik saye. Dan memandu lain yg kemalangan tu pun tkde buat report ape2. Ape yg patut saye buat skrg ni?

    BalasPadam
  50. Assalamualaikum tuan... kes saya diNFA disebabkan Io kes menipu statement menyatakan saya telah menarik report kes pukol tersebut.. sedangkan dia tahu bekas ibu mertua saya yg membuat report palsu berkenaan kerana pada masa itu dia masih anggota polis dan dia dengan sengaja menggunakan identiti saya membuat 1 report tarik palsu sehari selepas report pukol dibuat.. dan bekas mertua yg menggunakan identiti saya merupakan sahabat kepada beliau dan pernah bertugas bersama² beliau ... kes telah dibawa ke JIPS IPD berkenaan dan terbukti bahawa io saya menipu dan bekas mertua saya juga mengaku dia menggunakan no ic serta butiran diri saya membuat report polis palsu itu dan io kes saya dikenakan tindakan undang² oleh JIPS PDRM... tetapi saya sudah menghantar 1 surat rasmi kepada Pejabat Dpp kawasan saya.. sudah 3 bulan sehingga kini tiada maklum balas dan telephone tidak diangkat.. saya tahu kawasan saya masih dibawah fasa 1... jadi boleh ka saya dapatkan email rasmi DPP kawasan saya... saya berharap pihak tuan dapat membantu saya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN