SENANGKAH BELAJAR UNDANG-UNDANG?
Assalamualaikum dan Salam Jumaat,
Ada orang bertanya dengan saya, "susahkah belajar undang-undang?"
Secara jujur, saya tiada jawapan spesifik untuk soalan itu. Mungkin sebab saya diajar untuk mengolah, membahas dan menganalisis sesuatu isu itu sebelum sampai kepada jawapan, sebab itulah saya kata saya tiada jawapan yang spesifik.
Bagi saya sepatutnya soalan itu diubah kepada "senangkah belajar undang-undang?". Sebab dari segi psikologi, nampak positif sikit.
Sebenarnya, dalam hidup kita, setiap hari kita berdepan dengan isu atau masalah undang-undang. Pada setiap hari kita berdepan dengan undang-undang kontrak, jenayah, malah tort dan komersial juga.
Contoh, kita beli barang di kedai runcit. Itu juga melibatkan undang-undang. Anda 'offer' untuk beli barang, penjual menyatakan 'acceptance' ke atas offer anda dengan menawarkan barang yang dijualnya dan sebagai balasan atau 'consideration', anda membayar harga yang ditawarkan oleh penjual. Setelah bayaran dibuat, barang pun bertukar tangan. Maka, selesailah sudah urusan anda, dalam masa yang sama tanpa anda sedar, tertunailah juga suatu kontrak antara anda dengan penjual tersebut (baru semalam cakap pasal ini dengan adik saya, sudah pagi ini dijadikan contoh). 😆
Andai kata setelah menerima barang itu tetapi didapati ianya rosak atau tidak memenuhi kehendak anda atau ia tidak menepati harga yang ditetapkan, bolehkah anda mendapatkan ganti rugi? Bolehkah anda membatalkan kontrak itu dan menuntut bayaran balik? Bolehkah, kalau penjual tidak mahu melayan anda, anda ambil tindakan undang-undang?
Nah, semua ini adalah isu dan masalah undang-undang.
Nampak memang susah. Tetapi kalau kita belajar, kita rajin membaca, rajin mengkaji, semua itu akan nampak senang. Bukanlah semudah berkata 'senang', tetapi anda akan nampak jalan kepada penyelesaian masalah anda itu.
Belajar undang-undang sama saja macam belajar ilmu-ilmu yang lain, macam matematik, kejuruteraan, architecture.
Pada masa awal-awal mengambil ijazah sarjana dulu, memang saya juga mengakui amat-amat-amat susah. Malah kata orang Malaya sampai tahap menjengkelkan. Pernah juga ada ketikanya rasa give-up.
Kenapa? Sebab ia adalah ilmu baru.
Bila ilmu baru, memanglah rasa susah sebab kita tidak tahu apakah itu undang-undang, apa objektif kita belajar undang-undang, apa matlamat yang mahu dicapai dan sebagainya. Semua ada persoalan.
Tetapi, satu motivasi yang saya rasa sangat berguna, iaitu anggap saja diri kita seumpama budak kecil yang baru belajar, dan bukan pula budak K-Pop yang baru rasa mau up!
Dulu masa kita kecil, agak-agak baca ABC sampai Z tu senang ka susah?
SUSAH!
Sebab kita tidak tahu kenapa kita perlu baca ABC, kita tidak faham apa itu ABC, kita tidak jelas apa matlamat kita baca ABC, apa objektifnya, macamana kaedah yang betul untuk membaca dan menghafalnya.
Nah, kita pun diajar untuk nyanyikan lagu ABC untuk mudah menghafalnya, kan?
Itulah yang dinamakan metodologi.
Dalam bab undang-undang, mempelajarinya juga ada metodologi, ada kaedahnya. Dengan kaedah yang betul, yang susah akan menjadi senang. Kenapa? Kita sudah tahu caranya, dan sebelum itu tentunya kita sudah tahu apa matlamatnya.
Sebab itulah kalau ada yang kata belajar undang-undang itu susah, ya memang susah, tetapi kalau anda bukanlah seorang pelajar jurusan undang-undang, hanya cuba fahami kaedah asasnya dulu. Ambil contoh beli barang di atas. Itulah undang-undang yang dinamakan kontrak.
Apabila terjadi isu, anda tahu kedudukan anda, anda tahu apa selanjutnya boleh dan tidak boleh dilakukan. Anda tahu apa remedi yang tersedia untuk anda. By the way, apa itu remedi? Remedi itu ialah balasan yang tersedia untuk anda oleh undang-undang sebagai seorang yang teraniaya akibat kemungkiran yang dilakukan oleh orang lain. Dalam kemungkiran kontrak, remedi yang anda boleh dapat ialah seperti contohnya seperti ganti rugi, performance of contract dan banyak lagi.
Belajar undang-undang bukan hanya untuk menjadi peguam. Bukan hanya untuk menjadi seorang hakim.
Memang betul untuk menjadi peguam dan hakim anda perlu memiliki kelulusan terutamanya sebagai asas perlu memiliki ijazah sarjana muda undang-undang. Tetapi tidak semestinya anda memiliki ijazah ini anda perlu menjadi seorang peguam atau hakim. Anda boleh menjadi seorang pensyarah juga, seorang businessman, seorang pegawai polis, malah boleh menjadi Menteri juga.
Namun, bila adanya ijazah ini, anda berada dalam posisi advantage daripada orang lain kerana anda sudah tahu asas undang-undang, maka senanglah menjalani kehidupan yang baik. Bukanlah pula menjalani kehidupan sebagai seorang penipu.
Memang betul ada juga segelintir bijak pandai undang-undang ini yang menjadi penipu dan penyangak, tetapi itu isu lain. Itu isu integriti diri sendiri. Ia berbeza.
Belajar undang-undang ini bukan hanya setakat memperolehi ijazah. Ia lebih daripada itu. Belajar semasa di universiti hanyalah asas saja. Ia setakat anda tahu apa asas kontrak, apa itu kemungkiran kontrak, apa itu kontrak yang voidable atau yang void ab initio, apa itu prosedur jenayah.
Semuanya melibatkan persoalan apa.
Tetapi apabila anda berdepan dengan masyarakat, terutamanya di alam pekerjaan, anda akan dapati sebenarnya konsep perundangan ini amatlah luas dari segi pengamatan dan pengamalannya. Kadang-kadang sampai akan membuatkan anda terfikir, kenapa apa yang aku alami ini tidak pernah pun diajar semasa di universiti.
Contohnya bagaimana menguruskan sebuah firma guaman? Bagaimana mencari client?
Semua itu tidak diajar semasa mengambil ijazah. Anda perlu belajar sendiri. Anda perlu explore sendiri. Anda perlu rasa juga perjalanannya, sama ada gagal atau berjaya.
Maknanya, belajar undang-undang tidak ada senang atau susahnya. Apa yang perlu adalah keazaman, mahu atau tidak, iltizam yang tinggi iaitu anda memang mahu menempuhinya dan kekuatan untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang ini. Dalam masa yang sama, perlu juga sokongan dan dokongan luaran, seperti sokongan keluarga dan ibadah kepada-Nya, ini juga penting dalam mempelajari apa jua ilmu, termasuklah bidang perundangan.
Sama saja jawapan ini kalau ditanya dengan budak Medic... "susahkah belajar medic?" Last-last, diorang jadi doktor juga.
Akhirnya, tiada benda yang susah apabila kita mahu ia senang, dan benda senang akan menjadi susah apabila kita mahu atau berasa ia susah. Bab undang-undang ini, kalau kita amati sedalamnya, adalah lebih kepada ilmu logik atau kata orang Arab 'mantiq' saja.
Anda tahu asasnya, anda tahu prinsipnya, anda tahu objektifnya, maka anda sudah boleh mengaplikasikannya. Itulah undang-undang.
Cukup sekadar itu celoteh di pagi yang mulia ini. 😁
Wassalam.
Cita2 sy dulu peguam. Habis spm.ramai menetang ke ipt jurusan u dang2 kerana sy tidaklah cerdik dalam inggeris. Sy apy kerja jd kerani di firma guaman. Membantu kes liti dan juga convey. Sekarang sy kerja di gomen. Masih lg mint belaja dlm perundangan.tpi sy masih fobia dengan bahasa inggeris. Sy sangat2 perlukan sokongan orang sekeliling.
BalasPadamMasih belum terlewat untuk sambung belajar dan ambil jurusan undang-undang di universiti tempatan, apatah lagi kini bekerja sebagai kakitangan awam, lebih banyak peluang dibuka melalui tajaan biasiswa, cuti belajar bergaji penuh dan sebagainya. Fobia dengan bahasa inggeris boleh diatasi dengan banyakkan membaca suratkhabar english, menonton tv atau youtube mengenai pembelajaran bahasa inggeris dan sebagainya. Sokongan orang sekeliling sebenarnya hanya secondary, yang penting adalah kemahuan diri sendiri, jika berusaha pasti akan berjaya. Satu lagi tips belajar bahasa inggeris adalah jika minat dengan muzik, bolehlah dengar lagu-lagu inggeris dan terjemahkan dalam bahasa melayu, ia juga salah satu cara untuk cepat belajar. Selamat maju jaya.
PadamSy sekarang bkerja di firma guaman, litigation dan conveyancing.. Dah hampir 5 tahun.. Sy berminat utk sambung PJJ dlm undang2.. Colleagues dan family sgt support.. Sy try Google utk cari ipta yg terima pelajar PJJ law.. Tp tak jumpa.. Boleh suggest kan sy cara utk apply PJJ law nie?? Tq.. ��
BalasPadamTahniah kerana mempunyai minat dalam bidang perundangan. Niat dan inisiatif yang sangat baik dan wajar diteruskan. Untuk PJJ saya juga kurang pasti UA yang tawarkan pengajian undang-undang, pun begitu saya cadangkan cik berhubung dengan pihak UM atau UiTM. Dua universiti ini adalah yang terbaik bagi pengajian undang-undang.
PadamBoleh saya dapatkanemail encik ?, sy sekarang menghadapi dilema sama ada utk sambung degree ke syariah dan undang2 atau syariah sahaja dan juga beberapa kemusykilan lain harap saya dapat consult dgn encik lebih lgi . Harap encik dapat membantu . terima kasih.
BalasPadamAtau boleh saja isikan borang maklumbalas yang terdapat dalam blog ini pada menu di atas.
PadamBoleh emelkan terus ke bicaraperundangan@gmail.com. Terima kasih kerana melayari blog bakalpeguam.
BalasPadamAssalamualaikum anak saya sedang mengikuti program undang-undang di salah satu ipta dalam semester 3.
BalasPadamMinat anak saya sebenarnya pada bidang psikologi. Boleh tuan bagi pandangan pada saya.
Saya lepasan diploma syariah dan undang-undang. Saya nak sangat sambung ijazah undang-undang. Tapi disebabkan masalah kewangan keluarga tak dapat sambung pengajian. Saya sedang mencari kerja kerani di pejabat guaman samada swasta atau kerajaan, supaya saya dapat kumpul duit dan sambung cita-cita saya. Boleh encik cadangkan tempat?
BalasPadamdik.awak duk mana?mntk biasiswa yayasan negri ..cek sana slalu ade bantuan ni..lg satu klau dh bekerja bole je guna akaun 2 epf utk bljr.smoga brjaya..cuba awak crik di majalah.com..sana sllau org post nak crik staff
PadamSy berminat dan bercita cita mnjdi seorang lawyer skrg sy bru abis dip setiausaha blh kah sy smbung deg undang² dan ape kelayakan nya yaa utk smbung deg dalam bidang trsebut sy tkut xmelepasi syarat
BalasPadamlepasan diploma apa pun tidak kisah tidak silap saya tapi band muet mesti 4 ke atas
PadamI'm a student from college vocational, I'm interested in taking degree in law but i'm not sure if there is any university that accept certification in diploma vokasional malaysia ?
BalasPadamtak silap i vokasional boleh
PadamSaya sebagai student yang masih ambil STPM tapi saya was was. Masih ada harapan saya nak ambil jurusan undang-undang.
BalasPadamAda harapan lagi.. stpm ambil subjek apa dulu
Padambole je dik stpm bole kan aply upu..tkde mslh..pstikn result spm ok ..smoga brjaya ya dik..pd adik2 yg ambik law .tahniah ..sbb bidg ni bgus jer..bole msuk keje mana mana pun...law ni dlm industry oil gas pun nak pakai..sbb nak wat kontrak semua kan.....btw..akak cuma nak share ..klau ade adik2 nak msuk bidg law and land valuer property la......sis bg info.. satu lg..sis jaga program utk PAKK pendidikan under upsi dn regent college..anythg nak tye or nak mohon bole direct 011-16930576..wsp ler
PadamSaya bukanlah pelajar yang ambil jurusan undang2 tapi kos saya hampir setiap sem ada 2-3 subjek berkaitan undang2. Perkara ini membebankan saya kerana saya tidak memahami terms yang ada dalam bahasa undang2 dan penguasaan b.inggeris yang sederhana membataskan saya untuk skor subjek ini. Ada cara lain utk saya memahami lagi bahasa undang2?
BalasPadamSelamat pagi, ingin bertanya, saya bekas pelajar psikologi semasa degree dan ingin mengambil jurusan undang-undang untuk master nanti, adakah saya layak untuk mengambil jurusan undang-undang walaupun tak ada basic? :)
BalasPadamSelamat pagi. Maaf lambat balas dan maaf juga saya tidak pasti pula berkenaan hal ini. Boleh dapatkan maklumat daripada pihak universiti yang tawarkan jurusan undang-undang berkenaan ya.
PadamBoleh saya tahu,sekarang saya berada di aliran sains.Tapi saya mahu ambil bidang undang ii.Lepas spm,saya perlu ambil stpm ataupun diploma ataupun matrikulasi??Ataupun saya kena ambil ijazah sarjana muda??Saya konfius antara 4 ini,selepas tu,boleh ke sambung degree??Macam mana dia punye turutan selepas spm??
BalasPadamTahniah kerana berminat untuk mengambil jurusan undang-undang walaupun semasa sekolah menengah mengambil jurusan sains. Sebenarnya, selepas SPM, bolehlah memohon ke matrikulasi atau program asasi undang-undang melalui UPU Online. Selepas menghabiskan tempoh matrikulasi atau asasi tersebut, maka barulah bermula pengajian ijazah sarjana muda undang-undang selama 4 tahun. Jikalau tidak berjaya mengikuti matrikulasi atau asasi, boleh juga sambung STPM dan selepas itu memohon untuk terus mengikuti program ijazah sarjana muda undang-undang. Selepas tamat ijazah sarjana muda, graduan akan menjalani latihan dalam kamar (chambering). Sehabis chambering maka jadilah seorang peguam.
PadamSaya pon macam dia😅.jurusan sains tapi lepas habis spm ni saya semangat nak belajar ambil undang2.Alhamdulillah saya dapat tawaran masuk f6 aliran sains sosial.tq ya sebab bagi info .semangat saya baca.doakan saya semoga satu hari nanti saya bergelar seorang peguam.terima kasih sekali sebab share ilmu yang sangat berguna .moga admin dimudahkan rezeki.aamenn.
PadamSya lepasan diploma human resource di sbuah ipts..sya teringin nak ambil bidang undang2..boleh beri cadangan ?? Saya tak tahu nak rujuk pd siapa.terima kasih
BalasPadamBoleh kemukakan permohonan kepada UA atau IPTS yang menawarkan ijazah sarjana muda undang-undang. Sudah layak tu.
Padamassalamualaikum . sy msih sek men dalam aliran sns . tpi sy lemah dalam addmath n sns tulen . saya dlm perkiraan nk tukar aliran . better ambil aliran sns or sas utk jd seorang lawyer ? sy minat dgn jurusan undang-undang . mohon pencerahan 🙏🏻
BalasPadamWaalaikumussalam. Tiada masalah jika lemah dalam addmath dan sains tulen kerana ia bukan syarat utama untuk mengambil jurusan undang-undang. Boleh saja teruskan aliran sains dan score dalam subjek teras dengan sebaik mungkin, insya Allah boleh mohon untuk jurusan undang-undang kelak.
PadamAssalammualaikum saya nk tanya bolehkah pelajar aliran sains di sekolah menengah ingin mengambil bidang undang ii di ipta atau ua
BalasPadamWaalaikumussalam. Boleh. Tiada masalah. Asalkan mempunyai minat dalam bidang perundangan.
PadamSaya pelajar dari aliran arab.. 2 tahun lagi amik spm..saya lemah dalam matematik..boleh ke lepas spsm saya ambil bidang undang undang..
BalasPadamBoleh sangat. Aliran apapun yang penting adik score Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah serta subjek lain, insya Allah boleh jadi peguam. Matematik tidak score pun tidak apa.
PadamKalau nak ambil bidang undang undang. Mata pelajaran apa yang di ambil kira?
BalasPadamBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah.
PadamSaya seorang pelajar sekolah menengah...saya lemah dalam subjek addmath and sains.. Tapi cita cita saya nk jadi lawyer...saya sampai sekarang buntu sama ada perlu teruskan cita cita saya atau tidak...
BalasPadamSaya masih lagi sekolah menengah dan saya perlu membuat pilihan untk menentukan kelas untuk form4... Saya lemah dalam subjek sains dan math jadi kelas apakah yg perlu menjadi pilihan saya supaya saya dapat jadi peguam... Cita cita saya untk menjadi peguam... Kalu saya ambik kelas seni tambah subjek b. Arab dan sunnah bolehkah saya masih mmpunyai harapan untuk menjadi peguam...mohon penjelasan
BalasPadamSaya juga dari kelas aliran agama. Dah lebih 15 tahun bergelar pegawai undang-undang dan 7 tahun didaftarai sebagai peguam. Kelas seni juga tiada masalah untuk menjadi peguam.
PadamBoleh ajar saya undang undang?
BalasPadamInsya Allah boleh.
PadamAssalamualaikum saya masih student spm and berminat dengan kos undang2 tapi saya lemah dalam math,boleh saya tahu subject apa yg perlu saya fokus untuk ambil kos undang undang?mohon penjelasan
BalasPadamAssalamualaikum saya masih student spm and berminat dengan kos undang2 tapi saya lemah dalam math,boleh saya tahu subject apa yg perlu saya fokus untuk ambil kos undang undang?mohon penjelasan
BalasPadamWaalaikumussalam. Sama la dengan saya juga lemah math. Namun ia bukan halangan, asalkan adik boleh score terutama bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dengan baik. Semoga berjaya.
PadamSaya merupakan pelajar tahun akhir jurusan undang2 LL.B di UITM, suka saya ingin berkongsi yang belajar undang2 ini boleh kata susah juga (sedikit senang jika kita tahu metodologi dan mempunyai sifat ingin tahu dan kritikal thinking)..nak diterima masuk pun dah susah syaratnya kena sekurangnya lepas MUET (ujian bahasa English Band 4 minimum) dan seterusnya melepasi ujian temuduga di Fakulti sebelum diterima masuk selain result SPM/STPM/Diploma yang cemerlang.
BalasPadamBila belajar undang2, amalan membaca itu perlu dah jadi mcm darah daging, kerana byk benda dan aplikasi kita akan dapat dari membaca. Sehari saya perlu membaca sekurangnya 1 chapter buku (termasuk surat khabar, novel, jurnal,blog2, artikel) dan akta serta caselaw yang mana ambil masa dalam 2-3 jam...perlu cakna dengan isu2 semasa dalam dan luar negara sbb itu menguatkan skill aplikasi perundangan kita (sekurangnya kita akan terfikir, ohhh ini undang2 sepatutnya atau untuk isu ini, apa undang2 nya)
Undang2 ini melibatkan kefahaman dan tafsiran, jadi sebagai orang dalam bidang ini, percangahan pendapat tu biasa sbb lain org lain tafsiran dan kefahamannya..sbb itu Hakim menjadi orang terakhir yang akan menentukan tafsiran mana yang lebih sesuai (bukan tepat)
Kena juga bersedia untuk melabur beli buku2 undang2 yang "mahal" harganya....tapi insyaallah berbaloi di masa hadapan. Bagi yg kurang mampu, boleh pinjam atau rujuk di perpustakaan namun perlu sedikit kerja keras sbb kebanyakan buku di perpustakaan dah out dated dan mungkin terdapat pindaan baru yang perlu kita kemaskini sendiri
Saya tidak nafikan, saya pernah stress (dan mmg stress pun sbb banyak benda kena buat dan perlu konsentrasi) dan semacam hampir give-up kerana kerumitan dan susahnya belajar undang2 ni, namun alhamdullilah dah tahun akhir juga...yang penting minat dan semangat dan apa yang membuat saya kuat bile kita lihat pandangan masyarakat kepada kita bile dia org tahu kita seorang pelajar undang2 yang mana mereka lebih hormat dan yakin pada kita.
Apa yang penting, bagi mereka yang nak sambung belajar dalam perundangan, sediakan mental anda dengan amalan kritikal thinking, pemerhatian dan sentiasa ada sifat ingin tahu serta sentiasa kaitkan amalan kehidupan seharian kita serta apa isu2 disekeliling kita dengan ape yang kita dah belajar supaya sedikit sebanyak memudahkan kita faham aplikasi yang telah dipelajari dan mudah lah nak lulus exam...and don't forget, always read and read...
Terima kasih atas perkongsian tuan. Pengalaman yang baik. Insya Allah Mungkin saya boleh jadikan posting agar dapat dibaca oleh pembaca yang lain.
PadamSalam, terima kasih atas perkongsian. Saya pelajar tahun 2 LLB, masih lagi mencari cara belajar yang sesuai. Pointer saya tidaklah bagus mana dan saya tidak aktif banyak progrom atau pertandingan di fakulti. Jadi saya mula terfikir, dan risau nasib bila keluar bersaing untuk diterima sebagai peguam di mana mana firma nanti.
Padam1. Saya nak tanya, the best average pointer one should get to have a higher chance to be employed.
2. Saya tertanya juga kualiti yang diutamakan majikan untuk mencari peguam. Adakah keputusan akademik atau tahap aktif sahaja menjadi priority?
Terima kasih ye.
sya skrg smbung f6..subjek yg sya ambil perniagaan,ekonomi,ss,pam,muet...blehkah jdi lawyer? hehe
BalasPadamBoleh sangat. Saya doakan yang terbaik.
PadamNak tanya, sy jurusan agama Ijazah sarjana muda. Sekarang kerja sebagai kerani dan jaga akaun untuk sebuah firma. Sy ada uruskan file2 untuk dokumentasi Convey di sebuah firma ini dalam masa sama jaga akaun syarikat firma ini juga. Saya nak tanya, if sy sambung Master dalam Undang-Undang, boleh ke sy buka Firma sendiri atas perlesenan dari sy sendiri ? Lama-lama kerja sini jadi makin jatuh cinta tentang selok belok dokumentasi dan berminat jdi sebagai peguam terutama dalam Advocates & Solicitors ni. Mohon penjelesan Tuan Yang Arif.
BalasPadamMaaf, tuan. Untuk membuka firma sendiri, tuan perlu didaftarai dan dimasukkan dalam Roll of Advocates terlebih dahulu sebagai lesennya. Syarat utama ialah perlu mempunyai ijazah sarjana muda undang-undang yang mengambil masa 4 tahun untuk dihabiskan. Memandangkan tuan memiliki ijazah sarjana muda bidang agama, mungkin boleh saya cadangkan jikalau tuan mengambil diploma in syariah legal practice bagi membolehkan tuan membuka firma guaman syariah.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamBidang ape lgi yg ada,jika saya ambil kos perundangan?.selain drpd hakim dn peguam.
BalasPadamSaya blm hbis spm,slps spm saya perlu ke mana untk capai cita ii saya?.
Selain hakim dan peguam, bidang lain seperti berniaga, menjadi penasihat undang-undang syarikat, bekerja dalam sektor kerajaan seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik antara bidang yang tersedia untuk lepasan undang-undang. Selepas SPM, bolehlah mohon asasi atau matrikulasi undang-undang. Lepasan diploma juga boleh mohon ijazah undang-undang.
PadamSaya seorang pelajar ditugaskan pihak sekolah untuk menemuramah (bertanyakan beberapa soalan secara atas talian menggunakan aplikasi seperti WhatsApp Dan sebagainya) seorang peguambela mengenai kerjaya sebagai seorang peguam. Sebanyak 13 orang peguambela telah saya email Dan mesej namun tiada seseorang pun Yang sudi membantu. Kebanyakan mesej saya hanya sekadar dilihat tanpa dibalas.
BalasPadamBoleh emelkan kepada saya di alamat bicaraperundangan@gmail.com
PadamSaya masih tingkatan 4. Saya ambil aliran ekonomi. Bolehkah kalau saya ambil jurusan undang-undang waktu universiti nanti
BalasPadamAdik boleh sambung pengajian dalam bidang undang-undang di universiti nanti. Insya Allah.
PadamSy berminat nk pelajari undang2. Utk ilmu diri dan keluarga. Dan sy tiada kekuatan utk belajar secara lebih mendalam mungkin cukup sekadar membaca. Saudara n saudari disini boleh ka bagi cadangan utk sy memilih buku yg sesuai utk sy baca dan pelajari serba ringkas? Ada cadangan jenis buku apa? Tkasih 🙏
BalasPadamAda beberapa buku saya boleh sarankan. Insya Allah saya akan buat posting khusus mengenai soalan ini.
PadamAssalamualaikum,hi. Saya student diploma syariah Islamiyyah. Nak tanya boleh ke degree nanti saya ambil jurusan undang2? And boleh ke kalau saya rasa nak ambil civil law instead of syariah law? (Just tanya aje). Dan lagi satu, perlu ke waktu diploma ni aktif dekat kelab debat? Sebab yeahh law kan banyak berdebat. Memang perlu ke masuk kelab debat? Tq for u answer. ��
BalasPadamWaalaikumussalam. Boleh ambil jurusan undang-undang sivil. Untuk kelab debat, saya tidak pernah mengikuti mana-mana kelab debat pun sepanjang belajar dulu. Alhamdulillah, sekarang boleh berdebat juga.
PadamBismillah. . .
BalasPadamAssalammualaikum.. Maaf kerna mengganggu, InsyaAllah, saya ingin mengajukan satu(2) soalan.
1. Bolehkah pihak polis membuat serbuan ke rumah yang berpenghuni terutamanya yang berpagar tanpa sebarang NOTIS(surat) dari mana-mana pihak atasan/pembesar??
2. Bolehkah pihak Kerajaan Persekutuan/Kerajaan Negeri memecah masuk kedalam rumah yang Tidak Berpenghuni(CONTOH: Penghuni keluar sebentar/bekerja) di kawasan rumah yang berpagar.
Tujuan saya bertanya untuk memastikan diri saya/orang tersayang/umum tidak diperbodohkan lagi oleh pihak Polis. Saya harap tuan dapat menjawab dengan jujur & terperinci. InsyaAllah, yang baik datang dari Allah swt. dan sebaliknya itu dari diri saya yang hina ini.
Sekian, terima kasih.
Salam. . .
Waalaikumussalam.
Padam1. Boleh bagi perkara seksyen 16 atau 18 KPJ. Bagi maksud lain, perlu ada waran geledah.
2. Tidak boleh, melainkan dengan waran daripada Mahkamah sahaja.
assalam kak, minta maaf tanya, betul ke kalau nak jadi peguam kena dapat sekurang2 nya A- dalam peperiksaan SPM?
BalasPadamWaalaikumussalam. Tidak semestinya. B atau C pun boleh jadi peguam dengan syarat tamat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang.
Padamassalamualaikum,saya student spm dimana tahun lepas sepatutnya ambil exam ..saya minat dalam jurusan undang undang tetapi math saya tidak cukup baik dan kebanyakkan IPTA untuk jurusan undang undang adalah asasi diploma.manakala dimploma undang undang hanya ada di unisza tetapi unisza kalau nak masuk kena ada bahasa arab.saya hanya pelajar aliran sastra .Boleh bagi pendapat ? TQ
BalasPadamKalau saya ambil course diploma undang undang di Unisza, mmg nnti kena belajar arab jugak ke
BalasPadamKalau nak diploma undang undang syariah, kena belajar arab jugak ke
BalasPadamMaaf, sy nk tanya kalau lepasn spm laluan mana yg patut tuju untk menjadi peguam syarie.
BalasPadam( kalau sy berminat nk smbng belajar dkt luar negara blh ker?) dn bagaimana atau patut sy masuk u dkt dlm negara dulu.
Mohon penjelasan.tq
Saya pelajar stpm dengan subjek EKO, PAM, PP, BM DAN MUET adakah boleh memohon ijazah perundangan tetapi semasa spm bi saya tidak kredit hanya setakat lulus dan jika di tingkatan 6 saya mendapat pointer 3.70 adakah layak
BalasPadamnak tanya, saya macam minat undang undang syariah. nanti lepas spm nak sambung mana ye? pastu undang undang syariah ni kene pandai bahasa eng jugak ke? sebb org kata kena pandai bahasa arab? 😢
BalasPadamAssalamualaikum haii
BalasPadamBoleh tak ceritakan journey semasa ambil course undang ii ni.
Waalaikumussalam. Perjalanan itu panjang dan kisah saya mungkin berbeza dengan orang lain. Lagipun saya belajar dalam era sebelum ada smartphone (2000-2004). Insya Allah ada masa nanti saya tuliskan.
PadamDari dulu cita cita saya adalah untuk menjadi seorang peguam. Saya mengambil spm pada tahun 2014 dan stpm 2016. Saya kini merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda pengurusan maklumat dan masih berminat untuk mengejar cita cita saya. Bagaimanakah cara untuk saya belajar undang undang? Bolehkah saya mengambil master dalam law atau bagaimana?
BalasPadamKalau ambil master in law saja tidak mencukupkan syarat untuk menjadi seorang peguam. Syarat menjadi peguam mesti ada ijazah sarjana muda undang-undang terlebih dahulu. Tetapi jika sekadar ingin belajar mengenai undang-undang, tiada salahnya untuk ambil master undang-undang.
PadamAsslammualaikom klu sya ambk stpm sub muet,bm, sej, pam, syariah boleh ke smbung jrusan undang ii
BalasPadamWaalaikumussalam. Insya Allah boleh.
PadamAssalamualaikum...saya pelajar lpasan spm 2020..saya nak tanya di mana tempat institusi/universiti/kampus yg menawarkan diploma undang²???
BalasPadamWaalaikumussalam. Saya tidak pasti universiti mana yang ada menawarkan diploma undang-undang. Cuma nasihat saya, sekiranya layak, lebih baik teruskan pengajian peringkat ijazah sarjana muda undang-undang. Kelak boleh jadi peguam. Insya Allah.
PadamAssalamualaikum, saya kini sedang bekerja dia sebagai kerani di sebuah hospital. Dalam masa yang sama, saya sekarang sedang belajar (separuh masa) untuk ijazah sarjana muda sains pentadbiran di sebuah ipta. Jadi, dengan pengalaman kerja dan ijazah yang saya ada sekarang, boleh ke saya sambung pengajian saya nanti dalam undang-undang? Cita cita saya dari kecil nak jadi seorang peguam.
BalasPadamWaalaikumussalam. Jawapan ringkas saya boleh. Selepas selesai ijazah sekarang, cik boleh ambil ijazah sarjana muda undang-undang pula. Dengan itu, cik boleh meneruskan karier sebagai seorang peguam, insya Allah.
PadamAssalamualaikum nk tanye saye dari jurusan ekonomi malah saye baru berumur 16 tahun tetapi jikalau saya berminat ingin mempelajari jurusan perundangan kelak adakah saya diterima Dimamana ii universiti perundangan
BalasPadamsaya dari sek agama skrng bru form3 lpastu naik ting 4 ada sma form5 ada spm naik form6 ada stam...boleh ka klau saya amik stam lpastu saya minx ukm sbb sya target ukm ja skrng nih...saya tk mint bi ada tips tk...sbb sya baca klau nk amik undang ii kna pndai sub bi
BalasPadamassalamualaikum , sy pelajar lepasan matrikulasi modul 1 pure sc student mengambil subjek biologi,chemistry,physics dan maths . muet sy band 4 spm bm,eng dan sejarah semuanya A cuma pointer sy dkt matrikulasi mencapai sebanyak 3.00 sahaja bole ka sy ambek law ?
BalasPadamSalam..saya nak tanye kalau english saya c adekah saya berpelunag menyambung belajar lawyer...sbb BM ngan sej saya A saya harap saya dpt huhu
BalasPadamsaya nak tanya kalau belajar law mmg kena power english ke?
BalasPadamSlm nk tanya, kalau ambil diploma perakauanan/pengajian perniagaan or any dip yg ikut requirement UA yg serve law school for deg, but dip tu from politeknik primer bukan uni, boleh ke?
BalasPadamAssalam,saya lepasan spm.saya ditawarkan diploma law enforcement admission di university college saito. Pada pendapat encik course ini? Adakah coursenya susah bagi saya yg kurang berbahasa inggeris?Adakah peluang kerja dalam course ini mudah?
BalasPadamDan saya dapat tawaran juga pendidikan awal kanak di kolej uniti di kota bahru. Adakah course ini bagus dan peluang kerja yang mudah?
W'salam,
PadamSemua bidang pengajian bagi saya adalah amat bagus. Apa saja peluang yang ada dalam ruang, masa dan sumber yang ada kita perlu ambil, dengan syarat kita mesti minat dengan pengajian itu disamping untuk memikirkan hala tuju masa depan nanti. Tentang prospek kerjaya bidang-bidang ini, saya tidak dapat komen lebih kerana saya tiada peluang mengikuti subjek kedua-dua bidang disebutkan, apatah lagi dengan musim pandemik sekarang. Mungkin terma kerjayanya telah berubah sekarang.
Saya minat sangat dengan perkara yang baru dan mencabar diri saya ingin menjadi seorang penguam dalam jurusan undang-undang jenayah tpi mak ayah saya takut sbb saya perempuan takut jadi apa2 pada diri saya tetapi ini minat saya.saya perlu usaha dan kuat.sekarang saya baru ja hbis dalam diploma syariah islamiah dan saya ingin sambung dalam jurusan ijazah undang2 jenayah universiti yg mana bagus boleh candangankan pada saya yang saya mampu tpi sekarang susah sikit apa pun mungkin saya akan kerja sambilan kerana keluarga saya x mampu nk tanggung semua pembayaran belajar saya.tapi saya berharap agar saya dpt mencapai impian saya jadi seorang penguam jenayah yg berjaya Ameen.
BalasPadamTahniah kerana telah menghabiskan diploma syariah. Boleh cuba mohon UiTM untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda. Insya Allah, moga dipermudahkan semua urusan dan cita-cita akan tercapai.
PadamAssalamualaikum
BalasPadamTumpang bertanya
Saya lepasan spm nk proceed f6, apa subjek f6 spesifik yg kena ambil utk pursue degree law nnt? Atau sebaiknya ambil asasi law terus?
Assalamualaikum..klau ambil degree syariah ada belajar bahasa arab ka?
BalasPadamWaalaikumussalam, salah satu kewajipan mengambil degree syariah ialah menguasai Bahasa Arab dengan baik.
Padamsalam,saya nak tnya kalau saya masuk matrik jurusan perakaunan, nnti sy boleh ke sambung ijazah undang2???
BalasPadamAssalamualaikum..sye nk tanya jika spm English tidak mendapat A-...adakah Masih berpeluang untuk mengambil law?
BalasPadamWaalaikumussalam, peluang masih terbuka, insya Allah. Saya dulu pun English dapat C sahaja.
PadamHisham tek poh tiek,afiefudin(salahuddin saidin) shafie Abdullah,amir Arshad...ni lah Aku Rasa lower terbaik setakat ni...kes rayuan Aku 39b ADB Dan 302kk settle walaupon high court kalah...
BalasPadamSempat jugak lah bertapa 4 tahun bilik akhir...
Hisham tek poh tiek,afiefudin(salahuddin saidin) shafie Abdullah,amir Arshad...ni lah Aku Rasa lower terbaik setakat ni...kes rayuan Aku 39b ADB Dan 302kk settle walaupon high court kalah...
BalasPadamSempat jugak lah bertapa 4 tahun bilik akhir...
Salam, tumpang tnya ya
BalasPadamSaya lepasan spm 2020, saya bercadang utk ambil degree law nanti, sebaiknya saya terus ambil stpm atau asasi/diploma law ? Dn kalau saya smbung stpm, subjek apa yg boleh melayakkan saya smbg degree law?
Salam, ada dua soalan yang saya mahu ajukan. Pertama, adakah Ijazah Pengajian Perundangan (UiTM) sama dengan Ijazah Perundangan (UiTM)? Kedua, bolehkah melakukan chambering di Jabatan Perundangan Negeri Sabah?. Terima Kasih.
BalasPadamWsalam.
Padam1. Tidak sama. Setahu saya sekarang UiTM tidak lagi menawarkan diploma/bachelor in legal studies ini sekarang. Yang ditawarkan ialah LLB sahaja. Maaf jika saya silap.
2. Ya boleh. Jabatan ini dikenali sebagai Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah. Boleh lawati laman web mereka di sini untuk maklumat lanjut: https://sagc.sabah.gov.my/?q=en
Boleh saya tahu,sekarang saya berada di aliran sastera dan saya mahu ambil bidang undang.Lepas spm, saya perlu buat apa?? Saya confuse. Boleh tanya macam mana dia punya turutan selepas spm??
BalasPadamSelepas SPM, boleh ambil asasi undang-undang di universiti yang menawarkannya sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda undang-undang, atau alternatifnya, boleh juga sambung peringkat kolej tingkatan 6 dan kemudian memohon untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana muda undang-undang selepas tamat STPM.
PadamAssalamuaalaikum, saya nk bertanya dalam perundangan ada berapa jenis jurusan kesemuanya?
BalasPadambekas politeknik ade peluang x nk ambk law? sbb saya lepasan diploma enjeneering.
BalasPadamberapa tahun habis dalam bidang undang2 slps habis diploma enjeneering?
BalasPadamAssalamualaikum tuan,
BalasPadamBila dah makin berusia ni tiba-tiba semangat menyambung pelajaran datang selepas bergelut bertahun-tahun dalam industri. Ada terlihat UiTM menawarkan pengajian peringkat sarjana undang-undang dengan yuran yang agak berpatutan TETAPI memerlukan kriteria agak tinggi. Mengetahui hakikat untuk bergelar peguambela/peguamcara memerlukan calon mempunyai sarjana muda undang-undang yang diiktiraf (LPQB). Oleh itu, rancangan saya untuk menyambung pengajian peringkat sarjana undang-undang adalah sebagai menambah pengetahuan dan kemahiran dalam aspek perundangan selain memegang sarjana muda dalam bidang pengurusan pembinaan (kejuruteraan Awam). Persoalannya, adakah saya layak dan cukup kompeten sebagai penasihat perundangan di syarikat tempat saya bekerja selepas saya menamatkan pengajian tersebut? kedua, adakah jika saya membuat perkhidmatan konsultan perundangan (bukan firma guaman) adalah satu kesalahan? - skop, cuma memberi khidmat, nasihat, mencadangkan dan mendraft surat perjanjian/terma/syarat. Contohnya seperti 'conveyancing'. Adakah ia salah di sisi undang-undang? Terima kasih.