Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2020

JAKSA PENDAMAI DAN DAFTAR LEWAT SIJIL LAHIR

Imej
Assalamualaikum, Sumber gambar di SINI Dengan mengambil kira senario sosio budaya Negeri Sabah, terutamanya masalah dokumentasi warga negara dan warga asing melalui Sijil Lahir Daftar Lewat yang membelenggu bukan sahaja masyarakat Negeri ini, malah sistem Kehakiman di Negeri Sabah yang menanggung banyak kes-kes tertunggak, maka bakalpeguam suka mencadangkan seperti berikut: Institusi Jaksa Pendamai (JP) diperkasakan bagi maksud mengambil alih proses dan prosiding inkuiri Sijil Lahir Daftar Lewat. Diperkasakan di sini bermaksud hanya JP yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan pengalaman profesion kehakiman atau kepeguaman di Negeri Sabah tidak kurang dari 5 tahun sahaja yang boleh mendengar dan memutuskan kes Daftar Lewat Sijil Lahir. Kerajaan Negeri Sabah menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang khusus bagi pengurusan kes terutamanya pendaftaran melalui sistem on-line kepada warga Sabah yang mempunyai urusan Daftar Lewat. JP yang mendengar kes Daftar Lewat ini diber

PANDUAN SAMAN TUNTUTAN KECIL BHGN 1

Imej
Assalamualaikum, Anda mempunyai kawan yang berhutang tidak melebihi RM5,000 tetapi kawan anda buat 'dono' saja hutang itu? Anda pula tidak tahu bagaimana untuk menuntut kembali wang anda atau telah beberapa kali cuba menuntut tetapi kawan anda buat tidak tahu saja? Atau anda ditipu oleh kenalan anda wang tunai tidak melebihi RM5,000 dan anda ingin menuntut kembali wang itu? Anda sudah membuat laporan polis tapi anda masih tidak dibayar wang tersebut. Apa yang boleh anda lakukan? Kalau ambil peguam rasanya tidak berbaloi kerana upah peguam lagi mahal dari wang yang ingin dituntut. Jangan risau. Masih ada jalan penyelesaian yang sah dari segi undang-undang. Caranya mudah dan simple tetapi anda perlu bersabar dan mengikut proses dan prosedur yang telah ditetapkan. Anda sebenarnya boleh membuat tuntutan sendiri di Mahkamah Majistret di tempat anda. Tidak perlu mengupah peguam. Malah, orang yang anda akan saman itu juga tidak boleh mengupah peguam untuk membelanya di Mahkamah. Sebag

HUKUMAN DAN KEMANUSIAAN

Imej
Assalamualaikum, Harian Metro hari ini melaporkan berita di bawah: hmetro.com.my OKU menangis terlepas hukuman sebat, hanya dipenjara Abdul Rahemang Taiming am@hmetro.com.my 2-3 minutes LELAKI lelaki warga Indonesia yang mengaku bersalah atas kesalahan imigresen di Mahkamah Majistret Tawau, hari ini, menangis teresak-esak apabila terlepas daripada hukuman sebat dan dijatuhi hukuman penjara 14 hari. Tertuduh Musar Rasak, 47, yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan dituduh mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1969 kerana memasuki negara ini secara haram tanpa sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri sah. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali dan tidak lebih enam kali sebatan. Berdasarkan kertas pertuduhan, Musar didakwa melakukan kesalahan itu selepas ditahan pihak berkuasa di

SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN

Imej
Assalamualaikum, Hari ini bakalpeguam ingin berkongsi pengalaman mengendalikan kes berkenaan Saman Penghutang Penghakiman atau dalam Bahasa Kampung saya disebut "Judgment Debtor Summons" atau singkatannya JDS. JDS ini adalah salah satu dari pelbagai proses pelaksanaan penghakiman bagi kes sivil. Proses lain seperti Writ Sitaan dan Jual (WSS), Writ Pemilikan (WOP), distress dan lain-lain. Untuk sampai ke tahap JDS ini seseorang yang memenangi kes sivil di Mahkamah bolehlah membuat atau mengeluarkan saman JDS ini untuk mendapatkan balik jumlah wang yang perlu dibayar oleh pihak yang kalah. Tiada had amaun tuntutan bagi kes JDS ini. Jikalau anda menang kes tuntutan kecil di Mahkamah sekalipun bernilai RM1,000 anda boleh mengeluarkan JDS ini untuk dapatkan wang RM1,000 tersebut. Sebelum itu, untuk makluman JDS ini terdapat di dalam satu Akta yang dikenali sebagai Akta Penghutang 1957 (Debtors Act 1957) dan prosedur mengenainya boleh ditemui dalam Aturan 74 Kaedah-Kaedah Mahkamah

PERBICARAAN LIVE STREAMING

Imej
Assalamualaikum, Pada 15 Jun 2020 (minggu hadapan), satu lagi sejarah bakal tercipta untuk Badan Kehakiman negara dan negeri Sabah apabila Mahkamah Rayuan Malaysia akan bersidang secara live streaming dari Putrajaya ke Mahkamah Tawau. Ini adalah kali pertama prosiding perbicaraan rayuan sivil dijalankan secara live streaming melibatkan Mahkamah Sabah. Sebelum ini hanya melibatkan Mahkamah di Semenanjung sahaja. Panel Hakim akan berada di Putrajaya, manakala peguam-peguam pula akan berada di Mahkamah Tawau. Orang ramai berkesempatan untuk menonton live streaming ini mulai jam 9.00 pagi.  Sila layari www.kehakiman.gov.my. Dan sebagai peringatan, perbicaraan ini akan dijalankan dalam BAHASA INGGERIS. Wassalam.

SALAM JUMAAT PKPP

Imej
Assalamualaikum, Minggu ke-13 tanpa Solat Jumaat berjemaah di masjid. Sekadar berkongsi artikel dari FB Hamka Kereta Mayat. Moga bermanfaat. Selamat rentas Negeri.. Lepas ni kita Rentas Negeri Akhirat, ada tujuh perhentian, saya ringkaskan tujuh hentian itu.. Alkisahnya, Perjalanan kita masih jauh, ada lokasi yang buatkan Osman Affan r.a menantu Nabi menangis bila melintas. Iaitu Kubur, katanya, Kubur ni sama ada lembah Neraka atau Taman syurga.. Kemudian kita akan bangkit dari Kubur dan Rentas Telaga Nabi, waktu merentas, jika Nabi ajak minum air telaga Nabi, hilanglah dahaga buat selama-lamanya. Tapi jika ada Malaikat buat road Block, di halaunya kita kerana atas dunia kita tak termasuk orang yang hidupkan Sunnah Nabi.., maka menjadilah kita golongan yang Nabi tak mengaku Ummat. Nauzubillah. Dah kena halau kat Telaga Nabi, automatic kena kena pergi hentian ketiga iaitu padang masyar tempat yang penuh azab, ada kawan kita yang berenang dalam peluh, ada kawan kita kemaluann

KANAK-KANAK

Imej
Assalamualaikum, Blog ini menerima pertanyaan mengenai takrifan ' kanak-kanak ' mengikut undang-undang. Perihal kanak-kanak di Malaysia dikawalselia oleh Akta Kanak-Kanak 2001 ("Akta 611") yang berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2002. Sebelum itu, terdapat 3 Akta yang mengawal perihal kanak-kanak, iaitu Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973. Ketiga-tiga statut ini telah dimansuhkan dengan penguatkuasaan Akta 611. Sumber gambar di SINI Mengikut seksyen 2 Akta 611, ia menyatakan takrifan kanak-kanak sebagai: "(a) seseorang yang dibawah umur 18 tahun. (b) berhubung dengan prosiding jenayah, seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan (Akta 574)." Dengan definisi di atas, maka Akta 611 adalah terpakai kepada kepada semua kanak-kanak, selain daripada prosiding jenayah yang tertakluk kepada p

JENIS-JENIS DADAH BERBAHAYA

Imej
Assalamualaikum, Jom kita berkenalan dengan jenis-jenis dadah berbahaya di Malaysia. Ini dinyatakan dalam Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 ("ADB 1952"). Sebelum itu, " dadah berbahaya " atau " dangerous drugs " ditakrifkan dalam Seksyen 2 ADB 1952 seperti berikut: "dangerous drug" means any drug or substance which is for the time being comprised in the First Schedule. Lebih kurang maksudnya begini. Dadah berbahaya itu bermaksud apa jua dadah ataupun bahan yang mana pada masa itu terdapat dalam Jadual Pertama. Ini bermakna jikalau terdapat jenis dadah tetapi pada masa itu tidak terkandung atau tidak disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB 1952 bererti ia bukanlah bersifat dadah berbahaya mengikut undang-undang. Mungkin ia dadah berbahaya dari segi kesihatan saja. Jikalau memiliki atau menggunakan dadah tidak tersenarai tersebut bermakna tiada kesalahan jenayah dilakukan. Bagaimana pula jenis dadah ini diketahui

PERKAUMAN

Imej
Assalamualaikum, Sekarang ini isu perkauman menjadi isu hangat di Amerika Syarikat, negara yang gah bercakap besar soal demokrasi dan hak asasi manusia, akibat perbuatan kejam seorang anggota polis Minneapolis yang melakukan tangkapan ke atas George Floyd, 46 tahun hingga menyebabkan kematiannya. Untuk rekod, George Floyd adalah seorang warga Amerika berkulit hitam dan dikatakan resisting arrest atau melawan semasa tangkapan dibuat. Bertebaran video di seluruh rangkaian media sosial berkenaan tangkapan ini dan anda boleh menilai sendiri keadaannya. Isu ini bukan setakat hangat, malah telah mendatangkan kacau bilau di 40 bandar di Amerika hingga Presiden Donald Trump mengancam akan menggunakan kekuatan ketenteraan bagi mengembalikan keamanan. Beberapa negeri juga termasuk di Washington telah mengisytiharkan darurat kerana tunjuk perasaan yang tidak dapat dikawal. Semuanya berpunca dari satu isu, iaitu PERKAUMAN. Sumber gambar di SINI Dimana pun

PEMANDU MABUK

Imej
Assalamualaikum, Baru pagi tadi semasa memandu kereta terfikir untuk mencari dan merumuskan kes-kes melibatkan pemandu mabuk di Malaysia pada tahun 2020 ini. Nampaknya Bernama telah memudahkan urusan dengan mengeluarkan infografik di bawah. Sumber gambar di SINI Sememangnya sudah diwahyukan Ilahi dan bersandarkan hadith Rasulullah s.a.w bahawa arak itu memudaratkan dan 10 golongan berkaitan arak adalah membawa dosa yang sama seperti peminumnya. Siapakah 10 golongan ini? Bolehlah baca dengan lebih lanjut di SINI  dan di SINI . Apapun, kerajaan perlu mengawal kejadian melibatkan pemandu mabuk melalui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat. Pihak berkuasa tempatan juga perlu lebih cakna dan serius dalam melakukan due diligent sebelum mengeluarkan atau menyambung lesen premis yang menjual arak ini. Kalau kita hanya membiarkan penjual dan peminum arak untuk membuat pertimbangan sendiri maka kes-kes ini akan berterusa