PERBICARAAN LIVE STREAMING

Assalamualaikum,

Pada 15 Jun 2020 (minggu hadapan), satu lagi sejarah bakal tercipta untuk Badan Kehakiman negara dan negeri Sabah apabila Mahkamah Rayuan Malaysia akan bersidang secara live streaming dari Putrajaya ke Mahkamah Tawau.

Ini adalah kali pertama prosiding perbicaraan rayuan sivil dijalankan secara live streaming melibatkan Mahkamah Sabah. Sebelum ini hanya melibatkan Mahkamah di Semenanjung sahaja.

Panel Hakim akan berada di Putrajaya, manakala peguam-peguam pula akan berada di Mahkamah Tawau.

Orang ramai berkesempatan untuk menonton live streaming ini mulai jam 9.00 pagi. 

Sila layari www.kehakiman.gov.my.

Dan sebagai peringatan, perbicaraan ini akan dijalankan dalam BAHASA INGGERIS.

Wassalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PROSIDING GARNISI