Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2018

TIDAK SENSITIF?

Imej
Di kala Malaysia sedang berkabung dengan pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang meninggal dunia malam tadi akibat kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November 2018 yang lalu, akhbar ini menyiarkan cerita politik pula. The Star Online setakat jam 9.04 pagi pada 18 Disember 2018 Tiadakah rasa sensitif? Oh, mungkin cerita ini tidak membuat untung atau tidak melibatkan kaumnya. Betul, kejadian itu bukan rusuhan kaum tetapi Allahyarham adalah mangsa keganasan para pengganas (terrorists). Maka cerita Allahyarham bukan hanya sekadar cerita, bahkan suatu berita yang patut dikhabarkan dan diakhbarkan. Sedih. Al-Fatihah buat Allahyarham. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada dan solehin di sana. #justice4Adib