Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

KES LAMA BOLEHKAH DIBICARAKAN?

Imej
Assalamualaikum, Semalam blog ini menerima pertanyaan dari seorang pembaca seperti berikut: Salam, admin. Saya nak Tanya. Saya pernah berselisih faham(bergaduh) dengan kenalan saya    pada Tahun 2009 Dan baru kini saya dapat tahu selepas lebih Dari 10 tahun   Yang saya dituduh Di bawah akta seksyen 324. Memandangkan pekara ini telah berlaku lebih 10 Tahun, saya dah tak ingat   secara mendalam atas apa Yang telah berlaku Dan saya juga tidak membuat   sebarang laporan polis mengenai kejadian itu. Persoalan saya; 1-Adakah kes ini masih boleh Di bicarakan? 2-Adakah terdapat apa-apa langkah Yang boleh saya ambil untuk berdepan    dengan tuduhan ini? Sumber gambar di SINI. Jawapan bakalpeguam seperti dibawah: W'salam, Kesalahan di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan adalah kesalahan yang agak serius dan membawa hukuman penjara 10 tahun, denda atau sebat atau dengan mana-mana 2 daripada hukuman itu. Ini bermaksud mahkamah mesti memer

PERKHIDMATAN PEGUAM NEGARA

Imej
Tahniah diucapkan kepada YA Tan Sri Idrus Harun yang telah diperkenankan pelantikannya oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebagai Peguam Negara mulai 6 Mac 2020. Kita yakin beliau mampu menggalas tugas dan tanggungjawab ini kerana beliau juga tidaklah asing dalam perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan, apatah lagi beliau ialah mantan Peguamcara Negara selama lebih 8 tahun sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan seterusnya sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Sekali lagi tahniah YA dan selamat menjalankan tugas dan amanah.

KURSUS IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DAN PROSPEK KERJAYA

Imej
Assalamualaikum, Blog ini menerima emel daripada seorang pembaca yang bertanyakan mengenai kursus Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (ringkasnya “LLB”) dan perjalanan untuk menjadi seorang peguam. Sumber gambar di SINI Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Adik Fatin kerana bertanyakan soalan yang sangat baik untuk dikongsikan dalam posting khusus untuk manfaat pembaca yang lain. Emel tersebut berserta jawapan dan saranan saya ada juga disertakan, adalah seperti berikut: Assalamualaikum dan salam sejahtera. J: Waalaikumussalam wbt. Encik/cik/tuan/puan, Saya merupakan pelajar lepasan SPM 2019. Saya berminat untuk mengambil course ini di universiti. Walau bagaimanapun,ada beberapa perkara yang saya fikirkan dan menyebabkan saya berasa ragu dengan pilihan saya. J: Syabas dan tahniah kerana adik mempunyai minat dalam bidang perundangan walaupun mungkin terdapat sedikit keraguan. Didoakan moga adik memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM 2019

PROVOKASI MELAMPAU

Imej
Assalamualaikum, Pagi ini mendapat teks dari seorang kawan bertanyakan seperti berikut: "Semasa AGM sekolah anak, ada seorang lelaki yang bertanyakan soalan provokasi sehingga membuatkan beberapa orang menjadi marah kerana rasa difitnah dan dituduh melakukan jenayah, hingga berlaku jerit menjerit dan akhirnya berlaku pergelutan. Apakah ada kesalahan yang dilakukan oleh orang ini dengan bertanyakan soalan berbentuk provokasi?" Pendapat saya: Ya, sememangnya orang yang mengeluarkan kata-kata yang boleh membangkitkan keresahan atau kemarahan orang lain telah dianggap melakukan suatu jenayah. Ia termaktub di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang bertajuk "dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan." Samada kata-kata 'provokasi' itu berbentuk soalan atau penyataan, sekiranya ia telah mengaibkan mana-mana orang sekalipun hingga mendatangkan bangkitan-marah kepada mana-mana orang, dan dia tahu bahawa