Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

KISAH HAKIM INDONESIA

Imej
Assalamualaikum, Mengintai-intai emel lama, terjumpa emel bertarikh 20 Oktober 2014 yang memaparkan sebuah kisah menyentuh perasaan. Tajuk emelnya 'An Indonesian Judge' atau 'Hakim Indonesia.' Dari kisah ini, dapat disimpulkan bahawa selain implementasi undang-undang, Hakim yang bijak ini juga ternyata seorang yang berfikiran terbuka, berkaliber dan tidak jumud pemikirannya. Inilah ciri-ciri Hakim yang dinyatakan dalam Islam. Inilah ciri-ciri Hakim yang dimahukan oleh rakyat, walau apa jua agamanya. Bila Google nama Hakim ini, dikhabarkan kisah ini memang kisah benar. Nama penuh beliau ialah Mohammad Laica Marzuki, kini telah bersara dengan jawatan akhir sebagai Hakim Mahkamah Perlembagaan Indonesia. Moga ia bermanfaat dan dapat dijadikan iktibar kepada kita semua. "Being kind is more important than being right." Wassalam.  Subject: Fwd: FW: An Indonesian Judge (Read this) Subject: Fwd:An Indonesian Judge 

SOALAN TYPICAL BUAT PEGUAM Ep. 2

S: Mengapakah saya perlu peguam untuk mewakili saya di Mahkamah? J: Kerana di Mahkamah terdapat beberapa proses perundangan yang perlu dipatuhi oleh semua orang, tidak kira pangkat atau darjat atau keturunan, mesti mengikut proses undang-undang yang sama. Dan proses ini tidak semua orang tahu kecuali peguam. Dan walaupun orang itu tahu, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat peguam yang bertauliah atau berlesen menjalankan amalan guaman kerana mereka ini dilindungi oleh insurans terhadap sebarang kecuaian profesional. Sekiranya anda mendapatkan khidmat peguam yang tidak bertauliah, maka anda tidak akan mempunyai remedi dari segi undang-undang atas apa-apa kerugian atau kecuaian yang anda alami akibat daripada gagal mematuhi mana-mana proses Mahkamah. S: Boleh berikan contoh proses itu? J: Dalam kes sivil, contoh kes-kes saman, sekiranya anda menerima writ saman, anda perlu memasukkan atau memfailkan memorandum kehadiran kepada Mahkamah. Orang awam tidak tahu apa itu memor

APA ITU SABIT KESALAHAN?

Imej
Assalamualaikum, Kalau anda rajin mendengar berita tentang berita jenayah, mesti anda pernah dengar dialog ini: "Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan akan dihukum gantung sampai mati." Adakah anda tahu apa itu sabit kesalahan? Adakah ia sebuah sabit yang diletakkan di leher pesalah? 😄 Besarnya sabit ini Tentunya bukan. Sabit kesalahan dalam bahasa Inggerisnya ialah ' conviction ' atau apabila seseorang itu telah disabitkan kesalahan jenayah maka dia dikenali sebagai ' convict person ' atau ' convicted '. Ia membawa maksud telah terbukti melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh itu bersalah di dalam Mahkamah atas perlakuan jenayah seperti yang dipertuduhkan. Dengan kata lain, 'conviction' ini ialah satu perisytiharan Mahkamah ke atas seorang tertuduh bahawa dia telah didapati bersalah dan ternyata dia melakukan kesalahan itu tanpa sebarang keraguan. Maka, akibat dari

SALAH MAHKAMAH? MAHKAMAH SALAH?

Imej
Assalamualaikum, Ringkas saja. Taip semasa makan tengahari ni. Terlintas di fikiran bila bertemu dengan orang yang memarahi hatta memaki mahkamah apabila mendapati sebarang keputusan 'tidak adil, berat sebelah' dan sebagainya. Kononnya mahkamah tidak pandai dalam membuat keputusan. Hakcipta gambar ini terpelihara Tuan-tuan, Sebenarnya fungsi mahkamah adalah meneliti fakta dan undang-undang berkaitan isu yang ada di hadapan mahkamah itu lalu mentafsir undang-undang berkenaan dan membuat keputusan selaras dengan undang-undang juga. Contoh, mengedar dadah tertakluk kepada peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mahkamah adalah terikat dengan undang-undang itu. Jika seseorang ditangkap secara red-handed sekalipun tetapi apabila undang-undang sudah menetapkan pembuktian hendaklah melampaui keraguan munasabah dan semasa perbicaraan tertuduh berjaya membangkitkan keraguan, maka mahkamah wajiblah melepas dan membebaskannya. Adakah itu bermakna mahkama

KOLEKSI GAMBAR OLY 2018

Imej
Tarikh: 19 Januari 2018 Tempat: Miri, Sarawak Acara: Pembukaan Tahun Perundangan Mahkamah Sabah dan Sarawak 2018 Persediaan untuk sesi fotografi berkumpulan bersama para peguam Sabah dan Sarawak Bila keadaan sudah bertenang Senyum... senyum Perarakan pun bermula Trafik dalam keadaan terkawal. Terima kasih PDRM! Sementara itu di dalam Mahkamah Terbuka Ucapan YBhg. Tan Sri Peguam Negara Sesi fotografi Ketua Hakim Negara bersama Hakim-Hakim Mahkamah Atasan Lagi suasana semasa perarakan OLY kali ini mencipta sejarah dengan penyertaan paling ramai dari para pegawai kehakiman dan peguam Perasmian Bas Mahkamah Bergerak Miri Gimik Tarian Singa selepas perasmian Mahkamah Bergerak p/s: Maaf, susunan gambar bukan dalam chronological order. p/ss: Klik di SINI jika anda berminat untuk menonton acara ini melalui Youtube.

OPENING LEGAL YEAR 2018

Imej
Assalamualaikum, Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak sekali lagi meneruskan tradisi menyambut tahun baru dengan upacara Pembukaan Tahun Perundangan 2018 atau Opening of the Legal Year 2018 (OLY 2018) yang bertempat di daerah Miri, Sarawak pada 19 Januari 2018. Upacara ini diadakan pada setiap tahun dengan tuan rumah silih berganti di antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagai simbolik kepada seluruh warga kehakiman dan perundangan bagi meraikan tahun baharu. Upacara ini telah bermula sejak 17 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2001 yang bermula di Mahkamah Tinggi Sandakan, Sabah. Buku Opening Legal Year 2018. Insya Allah ada masa saya akan digitize dan upload buku ini kemudian Sambutan tahun ini juga amat bermakna kerana ia dihadiri oleh 'Top Four' Badan Kehakiman, iaitu Ketua Hakim Negara, YAA Tun Md Raus Sharif; Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin; Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Datuk Wira Ahmad Maarof; dan Hakim Besar Sabah dan Sarawa

FAKTA WARGANEGARA RINGKAS

Imej
Assalamualaikum, Post ini ringkas saja. Jom kita sembang isu warganegara. Seorang bapa pemegang status Penduduk Tetap (IC Merah). Berkahwin dengan seorang perempuan yang bukan warganegara (pakai pasport, IMM13 dan sebagainya). Anak diorang warganegara Malaysia atau bukan warganegara? Jawapannya: ikut status perkahwinan ibubapa semasa kelahiran anak itu. Kalau perkahwinannya sah dan ada sijil nikah yang sah, maka anak itu diiktiraf sebagai WARGANEGARA kerana mengikut status bapa yang memiliki taraf Penduduk Tetap, maknanya bermastautin secara tetap di Malaysia. Kalau perkahwinannya tidak sah atau kahwin kampung atau menggunakan imam tidak bertauliah dan tiada sijil nikah yang sah, maka anak itu diiktiraf sebagai BUKAN WARGANEGARA kerana mesti ikut status warganegara ibunya. Maka, janganlah ambil ringan isu kahwin kampung, kahwin lari, kahwin koboi dan sebagainya. Sebab anak kita yang jadi mangsa. InsyaAllah post ini akan dikemaskini untuk menyer

HATI-HATI DENGAN PENIPUAN MELIBATKAN MAHKAMAH

Imej
Assalamualaikum, Penipuan ada di mana-mana dan penipu akan cuba sedaya upaya untuk menguatkan penipuannya hatta menggunakan nama agama mahupun Mahkamah. Gambar di atas adalah salah satu contoh penipuan menggunakan nama Mahkamah. Sila maklum bahawa surat seperti di atas yang menyatakan perintah adalah PALSU . Ia adalah kerja seseorang yang sangat amatur 😏, namun tidak dinafikan ada juga yang menjadi mangsa. 💆 Sila hubungi Mahkamah yang berdekatan dengan anda sekiranya anda menerima apa-apa panggilan, mesej, e-mel, surat atau apa juga dokumen yang menyatakan dari Mahkamah untuk pengesahan lanjut. Penafian Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia bertarikh 3 November 2017 telah dikeluarkan dan boleh baca melalui screen shot di bawah ini atau klik di SINI . Harap penipuan dapat dibanteras dan tiada lagi mangsa yang terpedaya.

BANKRAP DAN KEBANKRAPAN

Imej
Sumber gambar di SINI Saya pernah menulis... hmm.. sorry, bukan tulisan saya tetapi menyiarkan semula artikel dari sebuah akhbar mengenai keistimewaan menjadi seorang bankrap. Artikel itu boleh dibaca di SINI . Mulai Oktober 2017, undang-undang kebankrapan di Malaysia telah digubal dan saya hanya akan memberikan secara ringkas point penting daripada penggubalan tersebut. Pertama, berkenaan dengan had minimum untuk seseorang itu diisytiharkan sebagai seorang bankrap. Jikalau sebelum ini ia pada kadar RM30,000 dan ke atas, pada masa ini ia telah dinaikkan kepada RM50,000 dan seterusnya. Ini bermakna jika anda berhutang dengan mana-mana pihak (terutamanya pihak bank) pada kadar RM49,999 sekalipun, pihak atau bank tersebut tidak boleh memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan anda sebagai seorang bankrap kerana ia masih di bawah had minimum yang diperuntukkan oleh undang-undang. Kedua, hanya ada satu perintah saja iaitu perintah kebankrapan (bankruptcy or

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Sumber gambar di SINI Walaupun hari ini sudah 4 Januari, masih belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2018. Apa pula azam tahun ini? Azam saya untuk cuba mencapai semua azam tahun-tahun terdahulu pada tahun ini. 😂 Lama saya tidak update entry baru. Maklumlah, sibuk dengan kerjaya dan keluarga tercinta. Insya-Allah salah satu azam juga adalah untuk berkongsi sebanyak mungkin isu-isu perundangan dalam negara kita, khususnya di negeri Sabah. Sekarang masih memikirkan topik apa lagi yang ingin dikongsi seterusnya.. tunggulah. 🤗