HATI-HATI DENGAN PENIPUAN MELIBATKAN MAHKAMAH
Assalamualaikum,
Penipuan ada di mana-mana dan penipu akan cuba sedaya upaya untuk menguatkan penipuannya hatta menggunakan nama agama mahupun Mahkamah.
Gambar di atas adalah salah satu contoh penipuan menggunakan nama Mahkamah.
Sila maklum bahawa surat seperti di atas yang menyatakan perintah adalah PALSU.
Ia adalah kerja seseorang yang sangat amatur 😏, namun tidak dinafikan ada juga yang menjadi mangsa. 💆
Sila hubungi Mahkamah yang berdekatan dengan anda sekiranya anda menerima apa-apa panggilan, mesej, e-mel, surat atau apa juga dokumen yang menyatakan dari Mahkamah untuk pengesahan lanjut.
Penafian Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia bertarikh 3 November 2017 telah dikeluarkan dan boleh baca melalui screen shot di bawah ini atau klik di SINI.
Harap penipuan dapat dibanteras dan tiada lagi mangsa yang terpedaya.
Ulasan
Catat Ulasan