Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

News: Mobile Court in Sabah

Home  -  News  -  Sabah Mobile court resolves 95 per cent of late birth  registration Posted on  June 26, 2012, Tuesday SIPITANG: The mobile court concept, introduced in Sabah and Sarawak, has been able to resolve 95 per cent of cases involving late registration of births in rural and interior areas of Sabah, since its setup in 2007. Kota Kinabalu High Court deputy registrar Amir Shah Amir Hassan said almost 200 cases were lodged with the mobile court during its visits to several locations in the Sipitang district. Amir Shah said cases handled by the mobile court were not confined to only endorsement of birth certificates, but also to hear criminal cases for mention, registration of civil cases and as commissioner of oath. “Actually, we extend the functions of the court outside the office to the rural folk,” he told reporters at the two-say Mobile Court programme at Kampung Long Pasia, about 123km from here. Kampung Long Pasia, with a population of about 500 Lundayeh people, is located

Keistimewaan Diisytiharkan Sebagai Bankrap?

Hah, orang bankrap ada keistimewaan? Biar betul??? Nah, baca ni: BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang – sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang. Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri. JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap. Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghak

Venus Transit

Imej
Venus transit atau transit planet Zuhrah dapat disaksikan oleh penduduk dunia hatta di negeri Sabah ini pada 6 Jun 2012 bermula seawal matahari pagi terbit. Ia fenomena ciptaan Allah s.w.t yang sangat berguna buat manusia untuk mengkaji dan menghayati kebesaran-Nya. Kali terakhir transit yang boleh dilihat daripada Bumi ini berlaku pada 8 Jun 2004 dan selepas ini, umat manusia akan hanya dapat menyaksikan lagi kejadian ini pada tahun 2117. Ya, diulang, pada tahun 2117 iaitu hampir 105 tahun kemudian! Sedikit info berkenaan planet Zuhrah bersumberkan dari Wikipedia Zuhrah  atau 'Venus' atau 'Kejora' adalah  planet  kedua terdekat kepada  Matahari , mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga, tetapi jika dirujuk pada nama bahasa inggeris, planet ini dinamakan bersempena  Venus , Tuhan cinta  Rom . Ia merupakan objek semulajadi yang paling te

Daulat Tuanku!

Imej
Kita tahu dan sedar, sebagai rakyat Malaysia, negara kita mengamalkan sistem pentadbiran negara beraja dan berperlembagaan. Perkataan kerajaan itu saja pun sudah menunjukkan wujudnya raja dalam sistem pemerintahan kita. Ini kerana kita masih membudayakan amalan sejarah raja-raja yang telah wujud sejak berkurun lamanya. Pada zaman ini, sistem pemerintahan beraja amat kritikal. Bukan kerana sistem itu bermasalah, tapi kerana rakyat bersikap chauvinis yang memulakan masalah. Inilah sikap orang yang tidak tahu asal-usul, bercita-cita untuk menjadi pemerintah tanpa memikirkan perasaan orang lain atau memahami budaya dan sejarah tempatan. Ia umpama kita bertandang menjadi tamu di sebuah rumah. Adakah kita akan terus masuk dengan berkasut tanpa mengetuk pintu dan memberi salam serta terus ambil makanan dan minuman tanpa minta kebenaran? Apakah perasaan tuan rumah bila diperlakukan sedemikian? Kalau ditukar keadaannya, yang tamu menjadi tuan rumah pula, adakah dia juga sanggup diperlakukan sed