Daulat Tuanku!
Kita tahu dan sedar, sebagai rakyat Malaysia, negara kita mengamalkan sistem pentadbiran negara beraja dan berperlembagaan. Perkataan kerajaan itu saja pun sudah menunjukkan wujudnya raja dalam sistem pemerintahan kita. Ini kerana kita masih membudayakan amalan sejarah raja-raja yang telah wujud sejak berkurun lamanya.
Pada zaman ini, sistem pemerintahan beraja amat kritikal. Bukan kerana sistem itu bermasalah, tapi kerana rakyat bersikap chauvinis yang memulakan masalah. Inilah sikap orang yang tidak tahu asal-usul, bercita-cita untuk menjadi pemerintah tanpa memikirkan perasaan orang lain atau memahami budaya dan sejarah tempatan.
Ia umpama kita bertandang menjadi tamu di sebuah rumah. Adakah kita akan terus masuk dengan berkasut tanpa mengetuk pintu dan memberi salam serta terus ambil makanan dan minuman tanpa minta kebenaran? Apakah perasaan tuan rumah bila diperlakukan sedemikian? Kalau ditukar keadaannya, yang tamu menjadi tuan rumah pula, adakah dia juga sanggup diperlakukan sedemikian? Sudahlah masuk tanpa diundang, diberi hak untuk masuk tapi buat taik pula dalam rumah orang. Tidak cukup sebegitu, dahlah rampas makanan tuan rumah, boleh pula kritik tuan rumah itu tak betul ini tak betul. Boleh ka buat begitu?
Inilah dasar orang pendatang. Hanya datang untuk senangkan perutnya tanpa memikirkan perasaan orang lain, tuan dalam negara ini. Hakikatnya kita tidak dapat lagi menuding jari kepada sesiapa kerana kesalahan adalah terbeban kepada semua orang, tidak hanya kepada kerajaan sahaja kerana membenarkan pendatang ini hidup senang dalam negara kita.
Apa yang penting ialah apakah yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk puak pendatang ini menghormati adab tatasusila terhadap budaya dan sistem beraja ini. Kalau di negara mereka sendiri tiada sistem beraja itu terpulang kepada mereka dan mereka ini dipersilakan dengan tiada segala hormatnya untuk balik ke negara asal mereka dan buatlah apa saja pun mereka suka dan tidak perlu lagi hormat kepada raja kita bila di sana sekalipun tidak mengapa. Tapi apabila sudah berada di negara ini, malah memegang taraf WARGANEGARA ini, sewajibnya mereka ini menghormati apa juga sistem yang telah ada, bukan dengan mengubahnya menjadi tiada. Ini biadab dan kurang ajar namanya!
Semalam aku melihat dalam kaca tv Sambutan Jubli Intan Pemerintahan Ratu Elizabeth II yang ke 60 tahun. Dianggarkan hampir 1.5 JUTA orang membanjiri Trafalgar Square hanya untuk melihat Queen Elizabeth II dan keluarganya melambai-lambai tangan dari Balkoni Istana Buckingham. Mengapa sampai 1.5 JUTA orang datang? Adakah mereka dibayar oleh kerajaan untuk datang semata-mata melihat Queen Elizabeth dan keluarga melambai-lambai??
TIDAK! Sebab mereka menghormati dan menyayangi keluarga diraja British yang telah wujud sejak berkurun lamanya. Mereka adalah pemerintah. Walau apa jua kontroversi yang ditimbulkan oleh keluarga diraja British, namun mereka tetap disanjung tinggi sebagai pemerintah. Kenapa? Sebab keluarga diraja inilah simbol negara, lambang kedaulatan negara dan rakyat British yang masih dihormati hatta dalam negara-negara Komanwel sekali walhal negara-negara Komanwel ini sepatutnya membenci Ratu Elizabeth kerana keluarganya pernah menjajah negara-negara berkenaan.
Persoalannya: mampukah kita jadi seperti mereka ini (gambar-gambar di bawah)? Menghormati raja dan pemerintah tanpa mengira kepercayaan, fahaman politik, bangsa atau warna kulit, mampukah kita?
Tepuk dada tanya diri masing-masing.
Sungguhpun aku bukan dari kalangan orang Melayu, namun aku tetap sayang dan sanjung kepada Raja-raja Melayu dan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai payung mahkota, simbol kedaulatan negara dan lambang penyatuan umat dan bangsa dalam negara. Perdana Menteri dan ahli politik boleh datang dan pergi, namun raja-raja kita akan kekal di tempat mereka berada.
DAULAT TUANKU!
Sungguhpun aku bukan dari kalangan orang Melayu, namun aku tetap sayang dan sanjung kepada Raja-raja Melayu dan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong sebagai payung mahkota, simbol kedaulatan negara dan lambang penyatuan umat dan bangsa dalam negara. Perdana Menteri dan ahli politik boleh datang dan pergi, namun raja-raja kita akan kekal di tempat mereka berada.
DAULAT TUANKU!
Gambar-gambar bersumber dari Dailymail
Kenapa kita tidak boleh jadi begini? Hormat pada Raja dan berhimpun secara aman dan penuh keceriaan? |
Dianggarkan 1.5 JUTA orang membanjiri tempat ini. Wow! |
Melding of cultures: Yasmin Majid wears a Union flag headscarf in honour of the Queen as she waits in the crowd outside St Paul's today with her children Adnan and Misbah (Sumber Dailymail). Samada dia Melayu atau bukan, tapi dia seorang Muslim yang menghormati pemerintahan diraja British.Update: Cerita tentang Puan Yasmin Majid ini boleh didapati di sini |
Ulasan
Catat Ulasan