Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2021

SYAITAN BERTOPENG MANUSIA

Imej
Assalamualaikum, Membaca berita online pagi ini rasa amat marah dan menyedihkan. Link berita asal di SINI .   Bayangkan seorang bapa (walaupun bapa tiri) yang diamanahkan oleh Allah untuk menjaga dan membimbing isteri dan anak tiri tetapi sanggup mengkhianati amanah itu dengan mengambil kesempatan pula merogol anak yang tidak berdosa. Seawal umur 12 tahun anak ini telah diragut dan disentap kehormatan diri dan masa depannya oleh manusia durjana ini. Sebanyak 105 kali sejak 2 tahun lalu! Subhanallah. Purata seminggu sekali dirogolnya budak ini. Dan akhirnya Mahkamah telah mensabitkannya bersalah di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan atas pengakuan bersalahnya sendiri bagi semua 105 pertuduhan itu kerana melakukan sumbang mahram dan dijatuhkan hukuman penjara minimum 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan dengan sebatan. Dan Mahkamah perintahkan hukuman itu berjalan secara berasingan, iaitu one after another. Dengan kata lain, tertuduh ini akan meringkuk di dalam penjara sepanjang hayatnya,

BUKU YANG SESUAI UNTUK BELAJAR UNDANG-UNDANG

Imej
Assalamualaikum, Baru-baru ini ada dikalangan pembaca budiman yang meninggalkan komen di bawah: "Sy berminat nk pelajari undang2. Utk ilmu diri dan keluarga. Dan sy tiada kekuatan utk belajar secara lebih mendalam mungkin cukup sekadar membaca. Saudara n saudari disini boleh ka bagi cadangan utk sy memilih buku yg sesuai utk sy baca dan pelajari serba ringkas? Ada cadangan jenis buku apa? Tkasih 🙏" Pertama sekali, tahniah kerana saudara/i berminat untuk mempelajari ilmu perundangan. Bidang yang amat mencabar dan penuh dengan liku. Sebenarnya ada banyak buku yang boleh dijadikan bahan bacaan untuk mempelajari selok belok ilmu perundangan. Saya sendiri ada beberapa koleksi buku seperti "To Be Or Not To Be A Lawyer", "The Practice of Law (Singapore)" dan lain-lain. Buku-buku ini ditulis dengan santai dan berdasarkan pengalaman sebenar penulis-penulis dari saat belajar undang-undang sehinggalah berkerjaya sebagai peguam, pegawai undang-undang dan sebagain

JANGANLAH TERUS TERTIPU

Imej
Assalamualaikum, Membaca berita di bawah tidak disangka masih ada lagi orang tertipu sebegini. Berita penuh boleh dibaca di SINI Suka bakalpeguam nasihatkan pembaca yang budiman agar sentiasa berhati-hati dengan penipuan sebegini.  Perbuatan ini bukan sahaja mendatangkan kerugian, malah ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem perundangan dan kehakiman negara kita. Pegawai undang-undang Jabatan Peguam Negara yang memegang jawatan Timbalan Pendakwaraya (TPR) yang jujur dan amanah tidak sesekali akan melakukan perbuatan sebegini. Malangnya, perbuatan ini dilakukan oleh orang yang menyamar sebagai seorang TPR. Selayaknya orang yang melakukan kesalahan ini dijatuhkan hukuman yang sangat berat sekiranya disabitkan oleh Mahkamah kelak. Kepada orang awam yang didatangi oleh orang sebegini kononnya boleh membantu mana-mana OKT dalam kes mereka, bolehlah menyemak atau memohon pengesahan terus kepada Jabatan Peguam Negara melalui laman web mereka di SINI . Atau, sebaiknya terus saja