Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2020

KUARANTIN COVID-19

Imej
Assalamualaikum, Kepada pembaca blog bakalpeguam ini saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas komen-komen dan emel yang dihantar kepada saya memandangkan saya kini diletakkan dalam kuarantin wajib akibat penularan wabak COVID-19 mulai hari ini.   Insya Allah dalam masa kelapangan yang ada saya akan cuba membalas komen dan emel yang dihantar dan kelewatan amatlah dikesali. Sekali lagi bakalpeguam nasihatkan sekiranya anda mempunyai masalah perundangan, silalah dapatkan nasihat peguam yang bertauliah.  Konsultasi saja tidaklah mahal sangat. Apa yang bakalpeguam kongsikan adalah berasaskan perundangan dan amalan guaman sedia ada dan sekadar perkongsian ilmu serta BUKANLAH satu nasihat perundangan yang patut dijadikan sandaran untuk penyelesaian masalah tuan/puan. Akhir sekali, stay safe everyone! Wassalam.

BUAT PERJANJIAN GUNALAH KHIDMAT PEGUAM

Imej
Assalamualaikum, Ini bukan posting bakalpeguam tetapi diambil dari laman FB untuk bacaan dan perkongsian. Ini penting. Baca dan fahamkan. Moga bermanfaat. Link ke posting asal di bawah. ______________________________________________ Sedikit pesanan khidmat masyarakat:- Jika anda perlukan apa-apa jenis perjanjian/kontrak, mohon dapatkan khidmat rakan-rakan peguam untuk sediakan dokumen tersebut untuk anda.  Dalam pengalaman saya, perjanjian-perjanjian yang disediakan oleh mereka yang tidak arif tentang undang-undang korporat dan komersial, baik perjanjian sewa rumah, perjanjian perniagaan, perjanjian sponsorship dan lain-lain, selalunya tidak dapat menunjukkan niat sebenar atau intention pihak-pihak kepada perjanjian itu.  Selain itu, kadang-kadang, pihak yang menyediakan perjanjian itu sendiri juga tidak faham akan klausa-klausa yang mereka masukkan yang akhirnya memakan diri sendiri oleh kerana mereka ‘cut & paste’ daripada internet. Walaupun kebanyakan perjanjian keli

CERITA PENCEN

Imej
Assalamualaikum, Post dibawah ialah post dari FB rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen). Posting-posting dalam laman FB ini sangat bermanfaat bagi penjawat-penjawat awam bertaraf tetap dan berpencen. Banyak isu yang dibincang dengan ayat yang santai dan mudah difahami. Link di bawah. Selamat membaca. ____________________________________________ Layak Bersara, Tak Semestinya Layak Dah Terima Pencen Bulanan Mulai Tarikh Bersara. Ramai yang suka tanya dua soalan 'fofular' ini. Sama ada, 1. Apakah syarat asas melayakkan seseorang itu bersara dan bergelar pesara? (Terima Kad Pesara) Atau 2. Apakah syarat asas yang apabila bersara, terus 'layak terima' pencen bulanan? Ok macam ni. Syarat layak bersara pilihan adalah 'sekurang-kurangnya telah berkhidmat 10' tahun. 10 tahun mulai dari tarikh lantikan tetap / sementara hingga tarikh sehari sebelum bersara. Apa yang layak diterima masa tu ialah Ganjaran Perkhidmatan dan CGR (kalau ada kumpul lah) Dan... Pa

PEGUAM ITU IBLIS?

Imej
Assalamualaikum, Sedih juga lah rasanya bila menerima kecaman sebegini walaupun ia bukanlah ditujukan kepada bakalpeguam. Dapat gambar ini daripada laman sosial. Peguam dikatanya iblis. Jadi untuk Hakim dan Majistret yang putuskan untuk melepas dan membebaskan para pembunuh, perogol, pencuri itu pula patut mendapat gelaran apa? Anugerah Tuhan? Moga orang ini insaf dan sedar bahawa kerjaya peguam bukanlah sama atau setaraf dengan iblis. Ia bukan kerjaya melindungi orang jahat, pun. Jauh sekali. Harap jikalau anda yang berfikiran sempit sebegini mempunyai masalah perundangan silalah berjumpa dengan bomoh untuk selesaikan masalah anda kelak. Wassalam.