BUAT PERJANJIAN GUNALAH KHIDMAT PEGUAM

Assalamualaikum,

Ini bukan posting bakalpeguam tetapi diambil dari laman FB untuk bacaan dan perkongsian.

Ini penting. Baca dan fahamkan. Moga bermanfaat.

Link ke posting asal di bawah.

______________________________________________

Sedikit pesanan khidmat masyarakat:-

Jika anda perlukan apa-apa jenis perjanjian/kontrak, mohon dapatkan khidmat rakan-rakan peguam untuk sediakan dokumen tersebut untuk anda. 

Dalam pengalaman saya, perjanjian-perjanjian yang disediakan oleh mereka yang tidak arif tentang undang-undang korporat dan komersial, baik perjanjian sewa rumah, perjanjian perniagaan, perjanjian sponsorship dan lain-lain, selalunya tidak dapat menunjukkan niat sebenar atau intention pihak-pihak kepada perjanjian itu. 

Selain itu, kadang-kadang, pihak yang menyediakan perjanjian itu sendiri juga tidak faham akan klausa-klausa yang mereka masukkan yang akhirnya memakan diri sendiri oleh kerana mereka ‘cut & paste’ daripada internet.

Walaupun kebanyakan perjanjian kelihatan sama atau ‘ikut template’ - tetapi ramai yang tidak sedar bahawa selain klausa, bahasa dan penggunaan perkataan juga perlu disesuaikan mengikut niat pihak-pihak kepada perjanjian tersebut.

Jadi pesanan saya, jangan ambil mudah soal ini kerana bila perjanjian ditandatangani, maka pihak-pihak terikat terhadap perjanjian tersebut. Amat malang jika kita terikat dengan perjanjian yang disediakan oleh kita sendiri yang akhirnya memakan diri.

Dapatkan lah khidmat peguam. Jika tiada bajet untuk dapatkan khidmat peguam untuk sediakan perjanjian tersebut, sekurang-kurangnya minta lah mereka untuk review perjanjian yang anda sediakan. Tak ada lah mahal sangat pun berbanding kesan yang mungkin menimpa anda.

Sekian.

Sumber DI SINI
Sumber gambar atas tu DI SINI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN