Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

POLISI KERAJAAN

1. YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri pada hari Khamis, 13 November 2014 menyatakan dengan jelas bahawa adalah menjadi polisi kerajaan untuk tidak berunding dengan pengganas berhubung pembayaran wang tebusan bagi melepaskan mangsa culik. 2. Kenyataan ini dikeluarkan sebagai respons kepada rayuan keluarga mangsa culik di Kunak, Chan Sai Chuin yang telah dibuat sebanyak 2 kali di bangunan Parlimen. 3. Beritanya baca di sini , sini dan sini . Kerajaan nampak kejam, bukan? 4. Juak-juak politikus pembangkang menyatakan bahawa kerajaan tidak berperikemanusiaan. Malah, ada juga suara sumbang mereka menyatakan kerajaan boleh menghabiskan berbilion ringgit untuk perkara tidak berfaedah namun tidak mampu untuk membantu membayar sebanyak RM6 juta kepada 2 orang mangsa culik. Ini kenyataan yang sangat dangkal. 5. Kenapa? Sebab sekiranya kerajaan bersetuju untuk membantu, implikasinya amat besar. Pertama, kita menggalakkan aktiviti penculikan dan keganasan terus dilakukan. Y