POLISI KERAJAAN
1. YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri pada hari Khamis, 13 November 2014 menyatakan dengan jelas bahawa adalah menjadi polisi kerajaan untuk tidak berunding dengan pengganas berhubung pembayaran wang tebusan bagi melepaskan mangsa culik.
2. Kenyataan ini dikeluarkan sebagai respons kepada rayuan keluarga mangsa culik di Kunak, Chan Sai Chuin yang telah dibuat sebanyak 2 kali di bangunan Parlimen.
4. Juak-juak politikus pembangkang menyatakan bahawa kerajaan tidak berperikemanusiaan. Malah, ada juga suara sumbang mereka menyatakan kerajaan boleh menghabiskan berbilion ringgit untuk perkara tidak berfaedah namun tidak mampu untuk membantu membayar sebanyak RM6 juta kepada 2 orang mangsa culik. Ini kenyataan yang sangat dangkal.
5. Kenapa? Sebab sekiranya kerajaan bersetuju untuk membantu, implikasinya amat besar. Pertama, kita menggalakkan aktiviti penculikan dan keganasan terus dilakukan. Yelah, kan kerajaan akan bayar juga kalau dibagi ugutan. Jadi, ia akan merancakkan lagi aktiviti ini untuk terus dijalankan oleh pengganas samada di dalam mahupun dari luar negara.
6. Kedua, kita nampaknya bersekongkol dan bersetuju dengan aktiviti mereka, yang mana ia akan menjadi bahan kritikan dan cemuhan masyarakat antarabangsa kerana kita mengkayakan lagi para pengganas ini. Bukankah sepatutnya kita membanteras mereka daripada terus membiakkan lagi penyakit-penyakit otak udang ini.
7. Ketiga, ia akan menjadi ikutan kepada bakal-bakal pelaku jenayah. Ini termasuklah mereka yang kaki penipu dengan cuba melakonkan adegan penculikan sehingga memaksa kerajaan untuk mengeluarkan wang cukai rakyat untuk dibayar kepada penculik-penculik, samada ia kejadian sebenar atau yang direka-reka. Kalau tidak bayar, nanti keluarga mangsa culik pula akan menyatakan "eh, dulu boleh pula bayar, sekarang kami juga keluarga mangsa culik tidak layak pula dibantu oleh kerajaan."
8. Dan keempat, pembayaran atau bantuan membayar ini sebenarnya sangat tidak adil kepada pembayar cukai. Kita bayar duit cukai bukan untuk membantu aktiviti keganasan, tapi untuk pembangunan negara. Maaf kalau aku cakap begini: belum tentu mangsa dan keluarga mangsa culik ini telah membayar duit cukai yang sepatutnya diorang bayar kepada kerajaan, tapi sekarang ada hati untuk minta ihsan menggunakan wang rakyat itu bagi kepentingan diri mereka pula sendiri.
9. Syabas kepada Menteri dan kerajaan. Teruskan rundingan pembebasan mangsa culik ini tanpa melibatkan lebih banyak wang cukai rakyat dibazirkan atau pembayaran wang tebusan walau satu sen pun kepada pengganas-pengganas ini.
10. Buat keluarga, bersabar dan tawakkal kepada-Nya. Sebab dari-Nya kita datang dan kepada-Nya juga kita semua akan pulang.
Ulasan
Catat Ulasan