Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Lagi Tentang Daftar Lewat Sijil Lahir: Soal Jawab (Bhgn. 1)

1. Anda atau anak anda lahir di Sabah? Cuba semak balik sijil lahir anda atau anak samada tertera perkataan "Daftar Lewat Kelahiran" atau "Daftar Lewat" atau "Late Registration" di muka hadapan (samada di sebelah atas atau bawah sijil lahir berkenaan). 2. Sekiranya ada, dan anda masih belum membuat kad pengenalan, anda akan dibelenggu masalah untuk mendapatkan pengesahan dari Majistret Kelas Pertama terlebih dahulu sebelum sebarang permohonan kad pengenalan dapat diproses oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara. 3. Kenapa perlu pengesahan? Kerana sijil lahir anda atau anak anda telah didaftarkan di luar tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang Negeri Sabah iaitu dalam tempoh 42 hari selepas kelahiran itu berlaku. Butir-butir kelahiran yang terdapat dalam sijil lahir itu seperti nama, nama bapa, nama ibu, tarikh kelahiran, tempat kelahiran, bangsa dan sebagainya perlu disahkan bahawa ia adalah tepat dan betul serta dimiliki oleh pembawa sijil lahir itu.

Deposisi Akta Imigresen dan Merakamkan Keterangan Akta Anti Pemerdagangan Orang

1. Okay, just a quick reminder. 2. Bagi mangsa yang terlibat dalam kes-kes di bawah Akta Imigresen 1959/63 atau Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007, terdapat 2 keadaan yang berbeza bagi mahkamah untuk mengambil deposisi atau merekodkan keterangannya. 3. Bagi kes di bawah Akta Imigresen, ia digelar "deposisi" yang mana keterangan mangsa direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, dan tanpa kehadiran peguam mahupun tertuduh sendiri. Ini bermakna, deposisi berkenaan diambil tanpa pemeriksaan balas mangsa atau kredibiliti keterangan mangsa tidak dicabar. Dan akhirnya, apabila tiba perbicaraan penuh, deposisi berkenaan boleh dikemukakan kepada mahkamah dan ia seharusnya diambil sebagai keterangan prima facie daripada mangsa berkenaan. 4. Seksyen 40A Akta Imigresen menyatakan bahawa: (1) Notwithstanding anything contained in this Act and any written law to the contrary, where in any proceeding for any offence under this Act a testimony of any person in

Daftar Lewat Sijil Lahir Di Negeri Sabah

1. Semua orang tahu bahawa telah ditubuhkan satu Suruhanjaya khas bagi menyiasat dan mencari penyelesaian mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah. 2. Masalah pendatang asing tanpa izin ini ibarat semut yang susah untuk dimusnahkan. Ia berkait rapat dengan sejarah, geografi serta sosio ekonomi masyarakat setempat dan negara-negara berjiran. Perkara ini sudah terlalu lama dibiarkan hatta kuasa politik sekalipun amat sukar untuk membendung masalah ini. 3. Salah satu perkara unik yang ada dalam undang-undang negeri Sabah ialah daftar lewat sijil lahir yang terkandung di bawah Ordinan Kelahiran dan Kematian 1951 (Chap. 123). Ordinan ini adalah undang-undang zaman British yang saya kira sudah terlalu lapuk dan tidak relevan lagi. 4. Ini kerana ia memberikan satu beban yang amat berat untuk ditanggung oleh Mahkamah terutamanya seorang Majistret yang bertugas di Sabah. 5. Bagi kes-kes kelahiran yang lewat didaftarkan, iaitu melebihi 42 hari selepas kelahiran seseorang, sebelum pihak Jabat

Mahkamah Koroner

1. Sekarang ini timbul balik isu penubuhan Mahkamah Koroner secara tetap di Malaysia. 2. Ini berikutan terjadinya lagi isu kematian tahanan dalam lokap pihak polis. 3. Sebenarnya isu ini isu lapuk. Penubuhan Mahkamah Koroner secara tetap sudah lama dilaungkan namun kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan proaktif. 4. Kerajaan hanya mengharapkan Majistret yang sememangnya sudah dibebani dengan tugas-tugas hakiki yang lebih berat dan mencabar ketika ini. 5. Apatah lagi dengan pindaan bidangkuasa Majistret baru-baru ini yang menaikkan had tuntutan kes-kes sivil kepada RM250,000, kalau tidak silap. 6. Mengikut Kanun Prosedur Jenayah, apabila berlaku kematian seseorang tahanan, samada di dalam lokap, atau penjara, atau ketika tahanan itu berada atau menerima rawatan di hospital, secara serta merta atau dalam tempoh munasabah, kematian itu mestilah dilaporkan kepada seorang Majistret Kelas Pertama yang terdekat. 7. Dan selepas menerima laporan tersebut, Majistret berkenaan mesti melihat ma

Legal term: Sub judice

I received an sms from my learned friend as follows: "Salam tuan. Minta tlg cuz i know ur good in this. What is the legal term for an issue which is on trial tp had yet to be decided by the court? Unprecendeted bukan kan. Apa ya." I can’t really recall what is the term because she has mentioned the word unprecedented. Few minutes later she sms me again: "Hehe sy dpt suda. Sub judice tuan. Hehehe" Wow.. I never thought that sub judice is a matter which is on trial but yet to be decided by the court. I can only recall the word in reference to a contempt of court. I immediately look up in wikipedia what is sub judice all about. In law, sub judice, Latin for “under judgment”, means that a particular case or matter is under trial or being considered by a judge or court. The term may be used synonymously with “the present case” or “the case at bar” by some lawyers. In England and Wales,[citation needed]Ireland,[1]New Zealand,[2][3][4]Australia,[citation needed]India[cita