Lagi Tentang Daftar Lewat Sijil Lahir: Soal Jawab (Bhgn. 1)
1. Anda atau anak anda lahir di Sabah? Cuba semak balik sijil lahir anda atau anak samada tertera perkataan "Daftar Lewat Kelahiran" atau "Daftar Lewat" atau "Late Registration" di muka hadapan (samada di sebelah atas atau bawah sijil lahir berkenaan).
2. Sekiranya ada, dan anda masih belum membuat kad pengenalan, anda akan dibelenggu masalah untuk mendapatkan pengesahan dari Majistret Kelas Pertama terlebih dahulu sebelum sebarang permohonan kad pengenalan dapat diproses oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.
3. Kenapa perlu pengesahan? Kerana sijil lahir anda atau anak anda telah didaftarkan di luar tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang Negeri Sabah iaitu dalam tempoh 42 hari selepas kelahiran itu berlaku. Butir-butir kelahiran yang terdapat dalam sijil lahir itu seperti nama, nama bapa, nama ibu, tarikh kelahiran, tempat kelahiran, bangsa dan sebagainya perlu disahkan bahawa ia adalah tepat dan betul serta dimiliki oleh pembawa sijil lahir itu. Anda telah diberi peluang untuk mendaftarkan kelahiran itu dalam tempoh 42 hari, jadi kalau didaftarkan di luar tempoh itu, ada kebarangkalian bahawa maklumat yang dinyatakan tidak tepat atau mungkin juga diragui dan sebagainya. Sebab itu perlu disahkan.
4. Apakah bentuk pengesahan itu? Ia sebenarnya adalah satu endosmen atau meterai mahkamah bahawa sijil lahir daftar lewat itu telah diiktiraf mengandungi butir-butir yang betul terhadap maklumat kelahiran yang dinyatakan dan ia sebagai suatu dokumen atau keterangan prima facie bagi membolehkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara untuk meneruskan proses seterusnya, samada untuk proses membuat kad pengenalan, atau kewarganegaraan dan sebagainya. Proses untuk endosmen atau pengesahan ini adalah melalui satu inkuiri atau perbicaraan di mahkamah, seperti perbicaraan kes-kes lain yang memerlukan anda membawa bukti dan saksi.
5. Adakah proses endosmen ini terpakai untuk semua negeri di Malaysia? Jawapannya tidak. Ia hanya diperuntukkan di Negeri Sabah sahaja melalui Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Chapter 123. Ini adalah undang-undang zaman British lagi pada tahun 1951, hampir 12 tahun sebelum Sabah mencapai kemerdekaannya dan menyertai gagasan Malaysia.
6. Kenapa undang-undang ini tidak dimansuhkan? Kenapa kita ada undang-undang berlainan dengan Semenanjung dan Sarawak? Yang ini anda kena tanya dengan Dewan Undangan Negeri yang membuat undang-undang negeri.
7. Mungkin ia ada kaitan dengan sejarah dan faktor geografi Sabah yang terletak terlalu dekat dengan Filipina dan Indonesia yang menyebabkan populasi negeri ini telah bercampur aduk dengan pendatang asing tanpa izin. Sebab itu kita perlu pengesahan muktamad daripada mahkamah bagi mengelakkan pembaziran manusia-manusia yang tidak dikehendaki di negeri ini, serta bagi mereka yang cuba untuk mendapatkan kewarganegaraan melalui 'jalan belakang' secara haram dan tidak sah.
8. Jadi sekarang sijil lahir ini ada cop "DAFTAR LEWAT". Apa saya perlu buat sekarang? Pertama sekali anda kena hadir ke mahkamah untuk mendaftarkan kes daftar lewat sijil lahir berkenaan. Di mana kelahiran itu berlaku, di mahkamah daerah itulah anda kena daftarkan kes anda. Sebagai contoh, kelahiran berlaku di Semporna, dan anda sekarang menetap di Kota Kinabalu. Nasib anda tidak baik kerana anda mesti juga mendaftarkan kes anda di Semporna.
9. Wai na, sekarang kan zaman internet, kenapa mau pergi daftar jauh dari tempat saya tinggal sekarang? Kerana mahkamah perlukan pengesahan Jabatan Pendaftaran daerah berkenaan serta saksi-saksi anda yang mungkin masih berada di daerah itu yang tahu akan butir-butir kelahiran tersebut.
10. Sampai di mahkamah apa perlu dibuat? Sila pergi ke kaunter pendaftaran (atau dipanggil 'Registri') Mahkamah Rendah atau Mahkamah Majistret dan jumpa dengan kakitangan bertugas. Sila bersopan dan ramahlah dengan mereka, mereka pun manusia juga, kan! Beritahu mereka anda hendak mendaftarkan sijil lahir daftar lewat. Anda akan diberikan satu borang pendaftaran yang simple untuk diisi dan kemudian anda akan diberikan satu slip pengesahan pendaftaran berserta nombor kes anda. Sila simpan dan kalau boleh sila hafal nombor kes ini sebagai rujukan di masa akan datang. Sila bayar RM3 sebagai wang proses bagi setiap sijil lahir didaftarkan. Duit ini adalah hak milik kerajaan, bukan milik kakitangan atau mahkamah.
9. Kedua, anda kena tunggu sehingga mahkamah panggil anda melalui telefon atau melalui notis di alamat yang anda berikan. Jadi, sila berikan alamat yang tepat dan seberapa banyak nombor telefon yang boleh dihubungi. Kalau boleh, berikan nombor telefon talian tetap sebagai persediaan sekiranya anda bertukar nombor telefon kelak.
10. Kenapa saya harus menunggu? Kerana mahkamah perlu dapatkan pengesahan pihak Jabatan Pendaftaran dahulu, samada betul atau tidak mereka ada mengeluarkan sijil lahir berkenaan.
11. Berapa lama harus saya tunggu? Haaa, ini soalan bonus. Setakat ini rekod menyatakan anda perlu tunggu sehingga 2 hingga 3 tahun!
12. HAAA! 2 hingga 3 tahun?? Kenapa begitu lama? Sebab mahkamah pun ada banyak lagi kes lain, bro. Selain dari kes daftar lewat yang kini berjumlah lebih 20,000 di Sabah, Majistret yang hanya 1-2 orang itu saja mempunyai banyak kes jenayah dan sivil yang lain pada waktu bekerja. Mereka juga mempunyai kes-kes bicara yang perlu disegerakan.
13. Wei, mana boleh begini, hak kami macamana pula? Dalam hal ini anda yang perlu bertolak ansur dan bersabar kerana INI MASALAH ANDA SENDIRI. Siapa suruh daftar lewat melebihi 42 HARI? 42 hari itu kan lama, sebulan lebih tau! Sudahlah anda hanya membayar RM3 sahaja. Silalah bersabar kerana kita akan dengar siapa yang daftar dahulu, first come first serve basis.
14. Masa bicara apa perlu dibawa? Semasa inkuiri ditetapkan, anda perlu hadir ke mahkamah dengan membawa suami atau isteri (sebaiknya anda berdua kena hadir, ini kan urusan anak anda juga), anak atau penama dalam sijil lahir itu sendiri, 2 orang saksi (yang bukan ahli keluarga anda) yang tahu akan kelahiran itu, contohnya jiran atau bidan, dan dokumen sokongan lain seperti kad klinik, surat bersalin, dan sebagainya. Jangan lupa berpakaian kemas dan kalau boleh, sila mandi dan berwangi-wangian sebelum hadir ke mahkamah.
15. Kenapa saksi tidak boleh ahli keluarga, diorang yang tahu pasal kelahiran ini? Sebab kalau panggil saksi ahli keluarga, cerita yang anda bagi kepada mahkamah akan tetap sama dengan saksi anda. Bukankah sepatutnya saksi itu adil untuk membantu mahkamah? Saksi juga mesti bercakap benar sebab sebelum anda beri keterangan depan Majistret, anda mesti bersumpah sepertimana anda bersumpah dalam mahkamah terbuka. Jika anda berbohong, anda boleh dipenjarakan!
16. Jadi siapa saya boleh jadikan saksi? Jiran-jiran kalau kelahiran itu berlaku di rumah. Kalau anda melahirkan di hospital sekalipun, pasti jiran-jiran anda tahu akan kelahiran anak anda itu, kan? Sebaiknya bidan yang menyambut kelahiran itu dipanggil juga.
OK, akan bersambung ke bahagian 2. Insya Allah.
tumpang tanya, untuk saksi itu memang minimum 2 orang ke atau seorang pun sudah boleh? dan dlm list memerlukan surat akuan saksi, bgaimana contoh surat tersebut?
BalasPadamAssalamaualaikum
BalasPadamsaya sudah buat endorsement utk anak pertama saya namun permhonan saya ditolak..
saya xtaw knapa ditolak dan mreka suruh saya ke mahkamah tinggi KK utk buat rayuan..
tuan ada pglmn mgenai kes sbegini?
Kalo tuan xkbrtn
Wasap 0168142753
Fb Alsabah Hattaie Alaishika
syukran
Assalamualikum,
Padamsya pun bgitu juga...dsuruh ke mahkamah tinggi kk utk biat rayuan...hingga umur sya 22 tahun msih mnunggu...
Saya sudah mmbesar di semenanjung urusan sya pun bgini rayuan prtama 2014 trlepas pggilan ok buat rayuan kdua lg pda thun 2016..tiap kali call ktanya belum buka fail bila sudah trlepas, fail sudah dibuang..knapa perlu sesuka hati mmbuang org yg trlepas pggilan ni ya...kenapa tidak simpan dulu sehingga org punya urusan tu muncul kmbali...sekrg ni sya kna blik ke sabah lg untuk mmbuat rayuan smula..apa diorang ingt kita ni trbang tdk memakai duit ke..kalau trbang brkali2 untuk urusan update tdk apa jgk ini buat urusan yg sama lepastu mnunggu lgi brtahun2 lama nya..sampai bila masalah kerakyatan sabah ni mau selesai ya kalau bgini
BalasPadamBoleh puan bagi update masalah puan ini?
PadamAssalamualaikum
PadamSaya sudah dapat panggilan mahkamah bahawa permohonan saya lulus dan di suruh p jpn sudah , saya tinggal di kunak selepas bercerai, sebelum bercerai saya tinggal di lahad datu bersama ex laki saya anak saya lahir juga di lahad datu,bila lulus endusmen ni di suruh p jpn ld dan saya minta di jpn kunak sebap ank sudah bnyak cuti sekolah sejak urusan p mhkamah dan jpn ld . jadi saya mw tanya bha klau sudah di suruh p jpn tu buat my kad kah sdh tu ya?
BalasPadamHaii sis boleh saya tahu brapa lama sis kena tunggu panggilan sis .. Mohon balas
Padamsaya liza dari kota marudu memohon kad pegenalan untuk adik saya yg berumur 13 tahun setahun yg lalu sdah memohon dan sdah di pgil oleh mhkmah kota marudu n tidak diluluskan sbb daftar lewat mlbihi 42 hari dri tarikh lahir.n mhkmah meminta merayu ke mhkmah tinggi kota kinabalu.dan saya sdah menghantr surat rayuan ke mhkmaah sampai skrang masih menunggu.msalhnya skrh nanti nk duduk exam pt 3 guna ic.mintalh pihak berkenaan ambil prhatian msalh ini.
BalasPadamHai Liza,. Boleh saya tahu berapa lama kmu menunggu keputusan dari mahkamah & sekarang adik kamu sdh dapat ic?
Padamsaya liza mcamana saya nk berurusan sehingga keharini mhkmah tinggi tolak ada tak cara lain untuk berurusan sijil lahir daftar lewat belum dpt ic lg.jika ada cara lain tolong tel saya di no 0143296244
PadamAssalamualaikum admin...pada 29/9/20 adalah kali kedua saya menghadiri kes endosmen daftar lewat anak saya...masaalahnya saya sda dua kali mendapatkan saksi dan semuanya di tolak oleh mahkamah...katanya tidak menepati apa yang dorang mahu. Saya buntu kerana bukan senang mahu cari saksi dan juga anak pun mahu lanjutkan pengajian ke ipt. Bila mahkamah mahukan saksi tapi saksi bukan keluarga, manakala anak pula lahir di Hospital kerajaan dan mempunyai tandatangan serta cop pengesahan dari pihak hospital. Kenapa tidak boleh guna pengesahan itu sahaja kerana boleh menyusahkan urusan orang yg jauh pendalaman ulang alik ke Mahkamah Daerah.
BalasPadamWaalaikumussalam. Berkenaan keputusan untuk menolak permohonan itu adalah budibicara Majistret yang mendengar kes. Boleh merayu lagi ke Mahkamah Tinggi. Untuk taraf kewarganegaraan pula hendaklah dimajukan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.
Padammaaf saya hanya menggatakan bahawa orang asing dari pilipin atau pun indon. bagai mana kah kita menggurus kan. sebagai penduduk tetap di malaysia. ini cerita untuk masa depan anak
BalasPadamdan sekarang bagaimana kita boleh menbantu orang macam itu. contohnya c suami atau c istri yang orang asing. dan kita orang malaysia. tolong bagi coment.
Permohonan samada mendapatkan taraf warganegara atau pemastautin tetap hendaklah dibuat melalui Jabatan Pendaftaran Negara, dengan syarat orang asing tersebut mempunyai dokumen sokongan yang sah dan lengkap mengikut peraturan yang ditetapkan.
Padamsalam walaikom
BalasPadamkenapa semua susah di urus kalau sudah bukti ada sudah.
Waalaikumussalam, boleh tuan jelaskan apa maksud susah diurus dan apa bukti yang sudah ada?
PadamAssalamualaikum....dan Salam Sejahtera...
BalasPadamSaya Amri bin Amid dari Kunak Sabah.
Setelah membaca dan menyemak semua penjelasan tentang Daftar Lewat Sijil Kelahiran,saya lh manusia yang tak bernasib baik untuk memiliki Sijil Lahir😔ini kerana saya mempunyai seorang Bapak yang tak pernaj memikirkan masa depan saya sebagai anaknya.memiliki status Kewarganegaraan Malaysia,dari suku Bangsa Irranun...malang bagiku bila terlahir dari seorang ibu yg berbangsa Indonesia yaitu isteri dari Bapak saya...
Ceritanya bermula sejak tahun 1982😔sungguh menyedihkan Kerna sampai sekarang saya tidak memiliki sebarang Dokumen tuk jadi identiti saya d Malaysia.Di fahamkan ternyata saya d lahirkan d dalam kebun.tanpa Bidan dan hanya bersaksikan Arwah Nenek saya.pada masa yg sama ternyata Bapak dan Ibu saya kawin tanpa mengurus surat Kawin...secara tak langsung saya lahir tanpa surat Klinik kerna Ibu saya tak pernah berklinik.Dan akhirnya saya tak memiliki Sijil Kelahiran.
Terlalu lama untuk saya fahami semuanya.ingin berkahwin,memiliki anak seperti mana hendaknya org lain.tp tak sanggup melihat bakal anak akan menerima nasib yg sama dengan diri saya...
Baru-baru ini pergi JPN KK Sabah dengan membawa bapak saya dan jgak makcik saya,untuk memohon serta merujuk ttg sijil kelahiran Daftar Lewat saya yg sdah bertahun-tahun lamanya.tp apa ada bila kebenaran tidak d perakui hanya kerana saya tidak memiliki surat klinik.
Dengan penjelasan dan pengakuan saya d atas,adakah saya berpeluang memiliki surat klinik? Bapak saya cuba yakinkan pegawai masa tu dengan ujian Test DNA.tp tak jgak bole menyakinkan pegawai yg bertugas.Dengan ujian DNA tidak cukup membuktikan keterangan kami beranak😭
Hanya mampu bersabar,tabah dan pasrah menerima kenyataan tersebut..
Sudi lh kiranya Tuan-Tuan tolong saya...kerana saya sudah tidak tahu apa yg harus saya lakukan untuk yakinkn Tuan dengan semua pengakuan jujur n ikhlas dari saya.Sumpah demi Allah apa yg saya luahkan semuanya benar.
Dan sekiranya apa yg saya luahkan adalah palsu,saya sedia d penjarakan...
Tolong saya,demi bakal anak-anak saya...🙏🙏🙏
Semoga Allah membuka hati nurani Tuan-Tuan untuk fikir dan pertimbangkan rayuan saya...
Sekiranya saya ada tersalah bahasa,tolong MAAFkan saya.
Maklumbalas tuan-tuan sangat saya hargai...
No.tel: 0107681535
0133391455
Yg ikhlas,..Amri
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
😇😇😇
Waalaikumussalam. Pertama sekali saya bersimpati dengan keadaan tuan. Memang proses ini yang menjadi dilema dan membelenggu ramai rakyat di negeri Sabah.
PadamUrusan dengan pihak JPN memang sangat rumit. Kalau ditanya dengan pengamal undang-undang, sebenarnya masih terdapat satu lagi jalan terakhir iaitu melalui tindakan mahkamah. Namun, proses ini juga amat teknikal, iaitu mesti selesaikan urusan dengan pihak JPN terlebih dahulu barulah tindakan boleh difailkan; dan tindakan ini juga memerlukan kos yang sangat tinggi kerana ia melibatkan Mahkamah Tinggi.
Sebab ini jugalah ramai yang mengambil jalan singkat dengan memalsukan dokumen/akuan bersumpah semata-mata ingin mendapatkan sekeping dokumen pengenalan diri dengan cara yang salah. Jangan sesekali lakukan perkara sebegini kerana akhirnya orang-orang yang menipu sebegini juga yang akan rugi. Nasihat saya, tuan berjumpalah dengan peguam dan dapatkan nasihat mereka. Di daerah Kunak terdapat satu firma guaman di sana. Wassalam.
Assalamualaikum saya mahu bertanya
BalasPadamSaya sudah buat siji ank sya.. pendaftaran lewat sijil kelahiran.. Skrang Lum siap lagi
BalasPadamBoleh saya tahu.. kenapa belum siap lagi..? Apa masalahnya.. ? Boleh terangkan lebih lanjut..?
PadamNpe masa pkp ne saya daftar anak saya sijil lahir di sebab pkp dengan temu janji yg saya DPT lewat sy DPT sijil lahir anak pun daftar lewat kelahiran. Ada tu mashla
BalasPadamKena urus semula dengan pihak JPN kerana jikalau daftar lewat pasti akan mendatangkan masalah pada masa hadapan.
PadamAssalamualaikum tuan saya mau tnya, untuk sijil lahir yang taraf bukan wrganegara bole kah buat laporan kehilangan walau pun dlam butir2 dlam sijil lahir tu tidak lengkap, sperti tiada nama bapak / Hanya nama ibu tpi dokumen tidak berkenan. mungkin si ibu Hanya bersalin di hospital. Mohon pencerahan tuan. Pnting sangat tahu perkara ni kesian sahabat sya.
BalasPadamTerimah kasih untuk respond nya nt ☺️
Waalaikumussalam. Boleh. Asalkan butiran pemohon ada. Maaf atas kelewatan balas komen ini. Adakah isu ini sudah selesai?
PadamBagaimana cara buat surat untuk test dna bagi yg daftar lewat?
BalasPadamTidak perlu buat surat. Lampirkan saja keputusan ujian DNA dengan permohonan daftar lewat.
PadamSalam tuan...klu anak lahir d semenanjung malaysia tapi Daftar Lewat perlu buat endosmen mahkamah kh jg klu mak bapa dia orang Sabah?
BalasPadamWsalam. Lahir di semenanjung tidak perlu endosmen di Sabah.
PadamAda sepa2 yg bole tlg urus daftar sijil lahir lewat di mahkamah kk? Pls pm me
BalasPadamKalau ada yang PM tuan bermakna orang itu cuba menipu kerana perkhidmatan sebegini tidak wujud. Boleh jumpa mana-mana peguam jika ingin bantuan.
PadamSalam .. ada sepa2 yg bole tlg urus daftar sijil lahir daftar lewat d mahkamah kk?
BalasPadamWsalam. Mahkamah Sabah tidak membenarkan mana-mana orang lain/runner yang menguruskan sijil lahir daftar lewat selain daripada empunya milik sijil lahir tersebut.
PadamAsalamualaikum... Saya Jessie dari KK.
BalasPadamboleh bantu saya, bagaimana buat surat kdp pihak JPN utk memohon mempercepatkan temuduga bagi daftar lewat anak..surat contoh sahaja.
Surat Rasmi...tq
Waalaikumussalam. Maaf, kami tidak sediakan perkhidmatan sebegini secara atas talian. Harap urusan puan dipermudahkan.
PadamSalam kalau kes saya pula ni lain saya daftar lewat tetapi saya sudah dapat sijil lahir dengan no ic sekali dan sudah mengambil spm d tahun 2019. Akan tetapi di belakang surat beranak saya tu dia ada tulis endosmen ini bukan untuk melayakkan warganegara ?? Syeksyen 30(3)& syeksyen (2), saya dan ibu saya pigi kk untuk chek apa lagi maslaah tetapi pihak atasan menyuruh kami untuk buat surat rayuan tanpa endsoment jadi kami buat selepas itu kami dsuru tunggu untuk 6@7 bulan d tahun 2019 dan skrg masuk 2 tahun say menunggu tidak ada lagi panggilan untuk kelulusan pedahal mamak bapak adek beradek semua pemegang kad ic warganegara cuma syaa yang dftr lewat bole sesiapa bagitau apa lagi masalahnya tu? dan bapa saya pigi chek d jpn kk kemarin dorang pihak jpn tu ckp saya punya surat beranak tiada dalam sistem ?? admin bole bagitau apa masalah bole call saya 0178135649. Saya berharap untuk dapat kad ic ni untuk kerja bantu’ keluarga yg susah ni sekarang lagi pkp susah cari duit hm harap’ ada pihak atasan yg baik hati , sbb kami pigi jpn kk tu pun guna bass kami jauh dari kk , bukan setakat susah cari kerja , sambung belajar pun 2 tahun sudah tergendala sia sia sijil spm ku kesian harap kerja pun ndatau bila baru dpt pegang ic sekian luahan hati si miskin
BalasPadamSalam kalau kes saya pula ni lain saya daftar lewat tetapi saya sudah dapat sijil lahir dengan no ic sekali dan sudah mengambil spm d tahun 2019. Akan tetapi di belakang surat beranak saya tu dia ada tulis endosmen ini bukan untuk melayakkan warganegara ?? Syeksyen 30(3)& syeksyen (2), saya dan ibu saya pigi kk untuk chek apa lagi maslaah tetapi pihak atasan menyuruh kami untuk buat surat rayuan tanpa endsoment jadi kami buat selepas itu kami dsuru tunggu untuk 6@7 bulan d tahun 2019 dan skrg masuk 2 tahun say menunggu tidak ada lagi panggilan untuk kelulusan pedahal mamak bapak adek beradek semua pemegang kad ic warganegara cuma syaa yang dftr lewat bole sesiapa bagitau apa lagi masalahnya tu? dan bapa saya pigi chek d jpn kk kemarin dorang pihak jpn tu ckp saya punya surat beranak tiada dalam sistem ?? admin bole bagitau apa masalah bole call saya 0178135649. Saya berharap untuk dapat kad ic ni untuk kerja bantu’ keluarga yg susah ni sekarang lagi pkp susah cari duit hm harap’ ada pihak atasan yg baik hati , sbb kami pigi jpn kk tu pun guna bass kami jauh dari kk , bukan setakat susah cari kerja , sambung belajar pun 2 tahun sudah tergendala sia sia sijil spm ku kesian harap kerja pun ndatau bila baru dpt pegang ic sekian luahan hati si miskin
BalasPadamMaaf, ini di luar bidang saya. Perkara ini perlu dirujuk terus kepada pihak JPN. Boleh kemukakan aduan melalui online dan juga kepada pihak Biro Pengaduan Awam masalah ini. Link di bawah:
BalasPadamhttps://jpn.spab.gov.my/eApps/system/index.do
http://www.pcb.gov.my/bm
Assalamualaikum dan selamat pagi...sya mau tnya ank sya umur 4tahun ....msa buat surat lahir umur 3bulan dn surat lahir sdah keluar.....pegawai UTC ada ckp dgn sya ..dia ckp puan bole mntk cop daftar lewat d mahkamah untk memohon mykid...jadi klau sya nak mohon cop tahun ni bole kah????sya ada mntk tolong dgn ipar sya tlong tnya kan cop daftar lewat pegawai tu ckp knpa tidak mntk cop dgn mahkamah bergerak....bole mintak cop terus kah dgn mahkamah bergerak bkan perlu daftar d mahkamah untk memohon cop tu????sya pon jadi bingung sbb org ckp mahkamah bergerak tu yg ada senarai nama saja.....tidak apa kha klau sya mau memohon cop daftar lewat tu tahun ni???dan mcm mna proses nya???
BalasPadamSaya terkilan kenapa pengurusan sistem kad pengenalan di sabah ne sangat tidak efektif...kenapa merumitkan orang awam kena datang berapa kali pergi jpn??buang masa..sepatutnya org sudah datang mendaftarkan anak teruslah buatkan sijil lahir apa yg rumit sgt tinggal daftarkan jak..ne kena buat surat akuan bagai bagi yg x da sijil kawin..kenapa nak bagi orang pusing sana sini berurusan..kalo ibu bapa yg dtg xda pengenalan daftarkan jaklah anak yg di lahirkan tu yg ptg lahir d hospital ...ne susahkan orang..lepas tu bila org mengamuk sampai skrg cakap bukan seorg jak yg urus ic...sepatutnya nilai sendiri dulu mcm na pengurusan d sabah ne ..bagi canggih ckit..dana berjuta juta tapi perkhidmatan ke laut...dah tgk mak bapa budak warganegara spatutnya x yah pening2 buatkan jak terus bdk tu sijil lahir n my kad..mak bapa xda pengenalan letak jak bukan warganegara..ne tak nak kena taip surat nak sain kat pesuruh jaya sumpah semua nak kena bayar..ibu tunggal ,bapa tunggal semua kena buat surat..bazir masa dan tenaga akhirnya duit semua masuk poket yg ada jawatan..orang awam susah cakap banyak alasan diorg x faham mcm na org kampung berhabis tuk urus identiti anak..sepatutnya pihak atasan yg mempunyai.kuasa spatutnya suarakan benda ne x pyh bagi org susah..kalo dlm pedalamn tupun korang bole bagi urus ic knpa org yg pergi jpn bagi pulang hampa kecewa...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam tuan..sy ada masalah sijil lahir daftar lewat sudah pown di endosmen ..tempoh pmohonan ic lama ka ? Mmndang kan sy sudah berumur 22tahun ..ada harapan ka dalam pengurusan ni ? Sy buntuh
BalasPadamAssalamualaikum.. Saya dari pitas pernah mengurus surat beranak daftar lewatdi tahun 2013 tapi dah 8 tahun belum ada lagi keputusan surat lahir daftar lewat yang saya urus untuk anak saya
BalasPadamKini anak saya sudah berumur 15 tahun dan 13 tahun
Salam , sy nak tnya . Jika anak lahir di sabah dan dftar lewat , tapi tinggal di semenanjung , buat ic d semenanjung , adakah perlu endosmen juga ?
BalasPadamAnak lahir di Ampang selangor. Dan daftar di JPN mentakab pahang hujung tahun 2020. Sudah di hantar ke kuantan. sudah hampir setahun belum siap lg. Lama nye
BalasPadamslm tuan , sya nak tnya . kwn sya sdh daftar kad pengenalan lewat or menentukan kewarganegaraan nya dari tahun 2018 , sehingga kini dia masih menunggu panggilan dari JPN , masih belum dapat lagi. Menunggu panggilan dari JPN ada limit tahun untuk menunggu ?
BalasPadamAssalamualaikum..Tuan,sya mohon pencerahan dari pihak tuan..2018 sya ada buat surat rayuan endosment di mahkamah tinggi kk.. Alhamdulillah bulan ni surat rayuan tu sudah ada di pejabat mahkamah tinggi Tawau.. kami tinggal d Klang Selangor jadi suami saja yg balik tawau ambil nanti.. biasanya keputusan nya Sukacita kah atau sebaliknya,dan lepastu kami patut buat apa sekiranya keputusan Sukacita..kami terus boleh buatkan ic anak kami kah atau ada lagi peraturan lain..Tuan,boleh kah kami buatkan ic anak kami di pejabat pendaftaran Klang Selangor..pihak mahkamah bagitau lepas pkp di sabah baru kami boleh ambil keputusan tu.. mohon pencerahan dari pihak Tuan..Sabah Tanah airku..
BalasPadamKnpa perlu tangguhkan urusan endorsment.. sepatutnya kerajaan sabah memudahkan urusan tuk bdk2 yg ibu bapanya warganegara...tidak perlu menyulitkan rakyat...sbb tu sabah banyak warga asing sbb warganegara pun buat ic lambat d proceed. Kalo sdh tau majisterit tu dua org jak knpa nak kena hadap warga sabah yg berpuluh ribu ne nak urus...jpn dah kuarkan sijil lahir mere kalah yg sepatutnya yg btanggungjawab ttg isu kerakyatan ne bukannya mahkamah
BalasPadam