Daftar Lewat Sijil Lahir Di Negeri Sabah
1. Semua orang tahu bahawa telah ditubuhkan satu Suruhanjaya khas bagi menyiasat dan mencari penyelesaian mengenai pendatang asing tanpa izin di Sabah.
2. Masalah pendatang asing tanpa izin ini ibarat semut yang susah untuk dimusnahkan. Ia berkait rapat dengan sejarah, geografi serta sosio ekonomi masyarakat setempat dan negara-negara berjiran. Perkara ini sudah terlalu lama dibiarkan hatta kuasa politik sekalipun amat sukar untuk membendung masalah ini.
3. Salah satu perkara unik yang ada dalam undang-undang negeri Sabah ialah daftar lewat sijil lahir yang terkandung di bawah Ordinan Kelahiran dan Kematian 1951 (Chap. 123). Ordinan ini adalah undang-undang zaman British yang saya kira sudah terlalu lapuk dan tidak relevan lagi.
4. Ini kerana ia memberikan satu beban yang amat berat untuk ditanggung oleh Mahkamah terutamanya seorang Majistret yang bertugas di Sabah.
5. Bagi kes-kes kelahiran yang lewat didaftarkan, iaitu melebihi 42 hari selepas kelahiran seseorang, sebelum pihak Jabatan Pendaftaran Negara menerima pakai sijil lahir seseorang itu bagi proses membuat kad pengenalan, sijil lahir itu hendaklah diendoskan oleh seorang Majistret selepas suatu inkuiri dijalankan. Yang penting, bila ada cop "DAFTAR LEWAT" atas sesebuah sijil lahir itu, maka ia perlu diendoskan oleh Majistret.
6. Apa dia endosmen itu? Ia adalah satu cop rasmi yang dicopkan dan ditandatangani serta diseal oleh Majistret yang mendengar inkuiri sijil berkenaan.
7. Bagaimana pula dengan inkuiri itu, apa proses dan prosedurnya? Senang kata, inkuiri itu adalah perbicaraan mahkamah. Sama seperti perbicaraan kes lain, cuma dalam hal inkuiri ini pihak yang memohon akan jadi 'applicant' yang selalunya ibu atau bapa atau penjaga penama sijil lahir itu dan bagi membuktikan kesnya, dia seharusnya membawa 2 orang saksi bebas iaitu bukan dikalangan ahli keluarga untuk hadir ke mahkamah memberikan keterangan secara bersumpah.
8. Pengalaman mengatakan bahawa selalunya mereka yang datang ke mahkamah akan memberikan keterangan bohong atau direka-reka atau telah dibincangkan di luar. Malah, tidak kurang juga saksi bidan terjun yang dikutip dari pasar-pasar untuk datang memberikan kesaksian bagi pihak pemohon. Bagi kes sebegini, memang dan selayaknya ditolak mentah-mentah.
9. Berapa lama waktu menunggu dari mendaftar kes hingga diselesaikan? Yang ini wallahu a'lam. Kebiasaan waktu menunggu adalah 2-3 tahun! Ya, 2-3 tahun.
10. Kenapa sebegitu lama? Kerana di mahkamah terdapat beribu-ribu permohonan telah difailkan sejak tahun 2009. Bayangkan sebegitu banyak permohonan, tetapi Majistret yang mendengarnya atau yang ada kuasa untuk menyelesaikan kes ini hanya seorang (bagi daerah kecil) atau paling ramai pun 3 orang (di bandar besar). Jadi, bagaimana untuk menghabiskan beribu-ribu kes itu kalau yang mendengarnya hanya seorang sedangkan Majistret juga mempunyai tugas hakiki yang lain setiap hari.
11. Maka kita buat pendengaran pada hari Sabtu. Ya, mahkamah (sesetengah daerah) akan mendengar kes pada hari Sabtu dan kita sanggup korbankan masa untuk bersama keluarga demi menyelesaikan kes sebegini. Itu pun setakat mana saja kemampuan kita sebab satu kes itu sekurang-kurangnya kita akan dengar keterangan IBU, BAPA, PENAMA SENDIRI, SAKSI PERTAMA dan SAKSI KEDUA... Bayangkan kena dengar sekurang-kurangnya 4-5 orang memberikan keterangan. Mahu muntah juga dibuatnya kalau dalam sehari ada lebih dari 10 kes.
12. Jadi, orang awam di Sabah yang mempunyai masalah daftar lewat sijil lahir ini tidak sepatutnya menyalahkan mahkamah atas kelewatan mendengar dan menyelesaikan kes mereka. Yang patut disalahkan adalah diri mereka sendiri kerana lewat mendaftar sungguhpun telah diberi tempoh lebih 40 hari untuk berbuat demikian.
13. "Macamana tidak lewat, kau tau la bah kami ini orang miskin, duduk jauh di pedalaman, dulu kami tiada duit". Itu antara alasan kenapa daftar lewat ini berlaku yang mana bagi saya ia bukanlah alasan yang baik atau kukuh.
14. Alasan yang sebenarnya ialah samada mereka ini malas atau sengaja tidak mendaftar sehinggalah anak mereka mahu dibuatkan kad pengenalan pada umur 12 tahun. Masa itu barulah mereka ini sedar bahawa pentingnya mempunyai endosmen pada sijil lahir yang daftar lewat.
15. Tidak kurang juga mereka yang cuba menjadikan daftar lewat ini sebagai jalan pintu belakang bagi mendapatkan hak kewarganegaraan di Sabah. Banyak sekali kes sebegini. Yang lebih mengeruhkan keadaan ialah apabila kuasa politik dan ahli politik campur tangan dalam hal sebegini. Tanyalah para YB atau bekas para YB kalau mereka ada menyokong permohonan mereka yang mempunyai sijil lahir daftar lewat untuk mendapatkan endosmen di mahkamah. Jika mereka kata tiada, mereka adalah Yang Berbohong dan pendusta.
16. Suka saya sertakan di sini penghakiman Mahkamah Tinggi dalam satu kes semakan keputusan Majistret yang dibuat oleh seorang pemohon yang telah ditolak permohonannya di Tawau. Kata hakim:
"My problem sitting as High Court Judge in revising cases concerning birth certificates decided by the lower courts is to see the records of proceedings including the judgment. If the Magistrate is of the opinion that there is not proof as to the date of birth, place and the nationality of the parents then there is little that I can do. The applicant himself is at fault. According to this certificate he was born on 8th October 1973 and his birth was registered on 21/2/2011. They has been an due delay which the applicant himself did not explain. The court has to be very careful in endorsing any late registration birth certificates for fear that non citizens may by backdoor into become Malaysian citizen. The law requires that any birth must be registered within a certain period. I acknowledge that there are difficulties in registering births or death at the kampung for example Serudong Laut. That is why the court will endorse these late registration if the applicant can come up with sufficent proof as stated above. In the circumstances as the applicant has failed to provide proof of his birth and nationality of his parents (despite fact that the names and ic no. and nationality) I regret that I have to turn down his application. His best remedy now rest with the local politicians for him to apply for Malaysian citizenship. But in so far as his birth certificate concern he cannot get an endorsement from this court."
17. Sehingga undang-undang ini diubah melalui kuasa politik atau dewan undangan negeri dengan kadar segera, atau mungkin juga akan ada cadangan dari pihak Suruhanjaya Pendatang Asing Tanpa Izin kelak, maka mungkin perkara ini dapat diselesaikan. Sehingga itu, apa yang kita ada sekarang ia akan terus begitu dan begitu dan kepada para pemohon, good luck dan harap anda semua sabar menunggu.
Terima kasih utk info yg baik saudara...perlu penjelasan, adakah Labuan juga ermasuk dlm ordinan ini?
BalasPadamMcm mna pula kalau tidak menpunyai saksi
BalasPadamKalau tiada saksi maka kes akan menjadi sulit. Mahkamah perlukan keterangan samada lisan (melalui saksi) atau dokumen. Jikalau tiada saksi lisan, tuan bolehlah kemukakan dokumen yang relevan.
PadamMacam mana pula yang sudah membuat surat rayuan bila akan d panggil kena tunggu berapa lama
PadamMcm mana pula kalau sudah mmbuat surat rayuan bila akan d panggil
PadamMcm mana pula kalau sudah mmbuat surat rayuan bila akan d panggil
PadamMacam mana pula yg sudah membuat surat rayuan bila akn d panggil lagi
Padamberapa jumlah denda yang perlu dibayar sekiranya rayuan untuk mengendorse sijil lahir lewat kelahiran di mahkamah telah berjaya?
BalasPadamKena tunggu berapa lama lagi anak Sya yg bernama Mohd Sahrul bin marudin
BalasPadamsabar ja kau, kalau ada rezeki allah tetap bagi
BalasPadam