Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

KISAH TUKANG GANTUNG DI PENJARA

Imej
Terjumpa artikel sangat menarik ini di SINI . Dan disalin semula seperti di bawah untuk kita jadikan pengajaran dan tauladan bersama. Menyingkap Kisah Tukang Gantung Di Jabatan Penjara Malaysia… December 24, 2013 hukuman gantung , Penjara 2   0   0     “Hukuman Gantung”. Mendengarnya sudah cukup menggerunkan. Bagaimana pula kalau bertugas sebagai tukang gantung? Bagi Samuel (bukan nama sebenar), sepanjang “tugas khas”nya sebagai tukang gantung hampir 20 tahun, beliau terlibat atau menjalankan sendiri penggantungan 103 orang banduan, lelaki dan wanita termasuk kes-kes berprofil tinggi di Penjara Pudu, Penjara Kajang dan Penjara Taiping. Tugasnya terkini ialah warganegara Nigeria, kira-kira tiga tahun lepas akibat kesalahan dadah. “ Bukan mudah nak mengambil nyawa orang”, ujar pegawai penjara berpangkat Timbalan Penguasa yang berusia 48 tahun itu dan telah berkhidmat selama 30 tahun dengan Jabatan Penjara Malaysia. Sepanjang kira-kira dua jam perbualan, Samuel banyak berkongsi pengalaman

PERATURAN LAMAN WEB PEGUAMBELA SABAH

Imej
Adalah menjadi amalan undang-undang mantap bahawa tiada mana-mana peguam boleh mengiklankan dirinya atau firma guamannya dalam apa jua cara, termasuk menjadi 'ulat' untuk mendapatkan pelanggan. Namun, tahukah kita bahawa mulai 1hb Jun 2013, pengamal-pengamal undang-undang di Sabah boleh memuatnaik laman web di internet? Aku pun baru tahu ni. Ia setelah Peraturan-Peraturan (Laman Web) Peguambela 2013 / Advocates (Website) Rules 2013 dibuat melalui perintah Hakim Besar Sabah & Sarawak.  Untuk teks penuh klik di SINI . Memandangkan ia adalah undang-undang atau peraturan yang masih baru, ia memerlukan bacaan lanjut untuk difahami sungguhpun peraturan ini hanya mengandungi 13 perkara. Apa yang penting ialah mewujudkan satu laman web bagi seorang peguam atau sesebuah firma guaman di Sabah, pada masa ini, dan tertakluk kepada terma dan syarat seperti dikehendaki, adalah dibenarkan. p/s: Merry Christmas kepada semua penganut agama Kristian yang meraikan perayaan ini, terutama kepa

KENAPA YURAN GUAMAN MAHAL?

Imej
Terbaca artikel ini di SINI  yang bertarikh 9 Oktober 2012 dan hati tertarik untuk berkongsi kandungannya. Soalan: Saya membeli rumah berharga RM87,000 dengan pinjaman RM79,000. Bakinya saya bayar tunai kepada peguam yang mewakili pemilik rumah. Selepas 70 peratus urusan pembelian selesai, saya amat terkejut apabila menerima invois guaman berharga RM5,100 yang saya rasakan amat tinggi untuk rumah kos rendah. Apakah nasihat Datuk? Sebenarnya apa yang masyarakat tidak tahu, kerjaya peguam adalah satu kerjaya profesional dan dilindungi dan dikawal oleh undang-undang, statutori yang ketat. Sebagai contoh Akta Profesion Undang-undang 1976, Perintah Saraan Peguam Cara 2005, Akta Setem 1949 dan juga Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Antara faktor penentu menetapkan kadar yuran biasanya adalah berdasarkan berapa banyak kerja yang telah dibuat, faktor risiko sesebuah tugasan, kesukaran kerja dan berapa lama masa yang diambil. Kebiasaannya peguam akan meminta bayaran pendahuluan sebel

PEGAWAI SAINS KIMIA BOLEH BERI KETERANGAN DI MAHKAMAH

Imej
Klik Gambar untuk Melawat Sumber Berita Ini adalah berita yang baik bagi semua orang, lebih-lebih lagi kepada orang-orang yang dituduh di mahkamah-mahkamah jenayah kerana disyaki memasukkan dadah ke dalam badan sendiri atau lebih juga dikenali sebagai 'positif air kencing'. Di Sabah, khasnya di Kota Kinabalu, melalui pengalaman sendiri, lebih 80% kes melibatkan penyalahgunaan dadah, samada kerana memiliki atau kerana mengambil dadah. Dan di sini, dadah yang paling popular adalah bersifat sintetik iaitu syabu atau nama popularnya 'ice' manakala nama saintifiknya amphetamine atau methamphetamine. Ia adalah satu kesalahan di bawah seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan, bolehlah dikenakan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun (sila ambil maklum bahawa peruntukan ini tidak menyediakan hukuman 'kedua-duanya sekali', bermakna mahkamah perlu memilih samada ingin memberikan hukuman denda atau penjara sahaja. Namun, jika gag

DIVIDEN DAN BONUS ASB TAHUN 2013

Imej
Ini berita yang baru diterima (namun, pada saat anda membacanya, ia telah menjadi berita lapuk). Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera atau lebih popular dikenali sebagai ASB, bagi tahun kewangan berakhir 2013, ialah pada kadar 7.7 sen setiap unit. Manakala bonus pula diumumkan pada kadar 1.0 sen bagi setiap unit. Rujuk berita itu di SINI Jadi kepada semua pemegang unit amanah dalam ASB, tentunya sedang berkira-kira atau mencongak berapakah dividen yang diperolehi bagi tahun ini. Aku juga tidak terkecuali. Untuk kemudahan semua, terdapat kalkulator pengiraan dividen dan bonus ini dalam internet. Dan salah satu yang terbaik adalah di SINI Baiknya, ia adalah percuma. Jadi, sila mulakan kiraan anda. Senang dan mudah digunakan. Tepat? Kita tunggu dan lihat lepas update buku nanti.

KAD PENGENALAN PALSU: HUKUMAN BERBEZA

Imej
Terbaca dalam Kosmo Online hari ini: Denda RM5,000 sahaja? Setimpal dengan kesalahan tak? Bukankah kad pengenalan palsu menjadi kegusaran orang awam masa kini? Pagi tadi, aku juga berkesempatan mendengar kes orang menggunakan kad pengenalan palsu dan ini natijahnya: Penjara 9 bulan mulai tarikh tangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman (sebab dia memang warga asing). Namun, dalam kesalahan jenayah, adakah kita perlu asingkan atau memberi layanan berlainan antara seorang warganegara dan bukan warganegara? Adakah warganegara mendapat taraf istimewa dari segi hukuman berbanding bukan warganegara? Undang-undang mana yang kata sedemikian? Bagi kes di Putrajaya, diharap pihak pendakwaan memfailkan satu rayuan terhadap hukuman kerana ia tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Sudah semestinya mamat cha ya nun alif itu mampu untuk membayar denda sebanyak itu.  Sepatutnya masukkan dia ke dalam penjara kerana tiada sebab yang munasabah mengapa dia cuba memperdaya

PENDAPATAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN

Imej
Entri yang masih berkaitan dengan entri lepas berkaitan Pesuruhjaya Kehakiman. Disebabkan aku ada masa free sebab kes tangguh kerana OKT gagal hadir dengan beralasankan tidak sihat tanpa menunjukkan medical certificate (MC) dan dengan itu waran tangkap telah dikeluarkan (panjangnya intro bai) maka aku pun merajinkan diri untuk update sebentar bagi menunjukkan kepada anda berapakah pendapatan seseorang yang bekerja sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Sebelum itu pak, mau tanya ini, apa itu Pesuruhjaya Kehakiman a.k.a JC? Ya ampun, sorrrry, rupanya kita belum berkenalan lagi dengan JC ini ya. Okay, ringkas cerita, JC ini ialah seorang Hakim Mahkamah Tinggi (baca: sivil dan bukan syariah) yang belum disahkan jawatan lagi, tetapi beliau mempunyai atau diberi kuasa seorang Hakim Mahkamah Tinggi termasuk menjatuhkan hukuman mati (kau ada?). Fasal 122AB (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dengan jelas akan perlantikan dan bidang kuasa seseorang JC ini. Baca seperti di bawah: "(1) For

TAZKIRAH: RENUNGAN

Hari ini kita ketawa, esok lusa kita pasti menangis... Kematian adalah sesuatu yang amat menyedihkan kepada yang masih hidup. Itu pasti. Selamat Hari Jumaat!

KES RASUAH: RAYUAN SARJAN POLIS DITOLAK

Laporan The Borneo Post Online bertarikh 5 Disember 2013. Klik di SINI KOTA KINABALU: The High Court here affirmed the conviction and sentence of a police sergeant cum an assistant investigating officer against three convictions for bribery. Justice Ravinthran Paramaguru who dismissed an appeal by Hashim Mahzin, 56, held that there was no reason to interfere with the lower court’s decision. In upholding the decision, Paramaguru ruled that the sentence was adequate taking into account that the appellant is a policeman, who had abused his position. However, Paramaguru granted Hashim a stay of execution pending his appeal to the Court of Appeal and maintained his earlier bail, pending disposal of the case. On Jan 9 this year, the Corruption Court here sentenced the appellant to a total of 30 months’ jail and RM30,000 fine, in default, nine months’ imprisonment for three corruption charges committed four years ago. He was found guilty of the charges framed under Section Section 16 (a) (B)