KAD PENGENALAN PALSU: HUKUMAN BERBEZA

Terbaca dalam Kosmo Online hari ini:


Denda RM5,000 sahaja? Setimpal dengan kesalahan tak? Bukankah kad pengenalan palsu menjadi kegusaran orang awam masa kini?

Pagi tadi, aku juga berkesempatan mendengar kes orang menggunakan kad pengenalan palsu dan ini natijahnya:


Penjara 9 bulan mulai tarikh tangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman (sebab dia memang warga asing).

Namun, dalam kesalahan jenayah, adakah kita perlu asingkan atau memberi layanan berlainan antara seorang warganegara dan bukan warganegara? Adakah warganegara mendapat taraf istimewa dari segi hukuman berbanding bukan warganegara? Undang-undang mana yang kata sedemikian?

Bagi kes di Putrajaya, diharap pihak pendakwaan memfailkan satu rayuan terhadap hukuman kerana ia tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Sudah semestinya mamat cha ya nun alif itu mampu untuk membayar denda sebanyak itu. 

Sepatutnya masukkan dia ke dalam penjara kerana tiada sebab yang munasabah mengapa dia cuba memperdayakan pihak JPN dengan mengemukakan kad pengenalan orang lain semasa ingin menjadi saksi perkahwinan warga asing! Hanya institusi penjara dapat memberi keinsafan kepada lelaki ini. Percayalah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN