PENDAPATAN SEBAGAI PESURUHJAYA KEHAKIMAN
Entri yang masih berkaitan dengan entri lepas berkaitan Pesuruhjaya Kehakiman.
Disebabkan aku ada masa free sebab kes tangguh kerana OKT gagal hadir dengan beralasankan tidak sihat tanpa menunjukkan medical certificate (MC) dan dengan itu waran tangkap telah dikeluarkan (panjangnya intro bai) maka aku pun merajinkan diri untuk update sebentar bagi menunjukkan kepada anda berapakah pendapatan seseorang yang bekerja sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.
Sebelum itu pak, mau tanya ini, apa itu Pesuruhjaya Kehakiman a.k.a JC?
Ya ampun, sorrrry, rupanya kita belum berkenalan lagi dengan JC ini ya. Okay, ringkas cerita, JC ini ialah seorang Hakim Mahkamah Tinggi (baca: sivil dan bukan syariah) yang belum disahkan jawatan lagi, tetapi beliau mempunyai atau diberi kuasa seorang Hakim Mahkamah Tinggi termasuk menjatuhkan hukuman mati (kau ada?).
Fasal 122AB (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dengan jelas akan perlantikan dan bidang kuasa seseorang JC ini. Baca seperti di bawah:
"(1) For the despatch of business of the High Court in Malaya and the High Court in Sabah and Sarawak, the Yang di-Pertuan Agong acting on the advice of the Prime Minister, after consulting the Chief Justice of the Federal Court, may by order appoint to be judicial commissioner for such period or such purpose as may be specified in the order any person qualified for appointment as a judge of a High Court; and the person so appointed shall have power to perform such functions of a judge of the High Court as appear to him to require to be performed; and anything done by him when acting in accordance with his appointment shall have the same validity and effect as if done by a judge of that Court, and in respect thereof he shall have the same powers and enjoy the same immunities as if he had been a judge of that Court."
Disebabkan JC ini ialah seorang Hakim Mahkamah Tinggi to be, maka peruntukan gaji dan elaun serta kemudahan dan pencennya disajikan khas di bawah satu akta yang dinamakan Akta Saraan Hakim 1971 (sila rujuk Jadual Kelima yang khusus membicarakan topik kita hari ini ya).
Dan oleh kerana kebanyakan kita malas untuk membaca statut undang-undang ini, berikut diringkaskan gaji dan kemudahan yang diterima oleh seseorang yang berjaya dilantik menjawat jawatan JC dalam Badan Kehakiman ini.
- Gaji basic: RM16,200.21 sebulan.
- Elaun Keraian atau Hiburan: RM4,500 sebulan (gaji aku sebulan... okay, ni aku tipu).
- Elaun Khas Kehakiman: RM5,000 sebulan.
- Rumah khas kerajaan atau sekiranya tidak disediakan, subsidi sewa rumah RM2,500 sebulan (ni boleh dapat banglo fully furnish kalau tinggal di Tawau). Kalau duduk rumah khas kerajaan yang disediakan, dapatlah 50% subsidi rumah atau RM1,250 setiap bulan.
- Peruntukan RM1,500 sebulan untuk melantik bibik (seramai yang boleh tak kisah, janji domestic help).
- Peruntukan RM3,000 setahun (ni setahun sekali raya datang lagi tau) untuk penjagaan rumah dan kebun... eh, silap, halaman rumah.
- Elaun Wilayah sebanyak 10% dari gaji bulanan sekiranya berkhidmat di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak atau warga Sabah, Sarawak dan Labuan yang bertugas di Semenanjung Malaysia dan sebaliknya. Maknanya, warga Sabah dan Sarawak yang beruntung di sini. 10% bersamaan RM1,620.02 sebulan.
- Ada lagi Elaun Wilayah untuk pekerja JC yang dibayar terus kepada JC berkenaan (jika mengupah pekerja) yang dikira berdasarkan gaji asas pekerja itu sendiri. Yang ini aku malas nak cerita sebab leceh. Skip.
- Elaun Gangguan jika dipindahkan semula ke wilayah asal iaitu bersamaan gaji sebulan substantif atau senang kata gaji pokok la ni.
- Elaun, fasiliti dan bayaran kerana berpindah rumah juga diberikan berdasarkan scale penjawat awam yang berkuatkuasa.
- Elaun khas yang diberikan berdasarkan ad hoc basis yang ditetapkan oleh kerajaan (yang ini tidak pasti samada pernah diberikan atau tidak atau bagaimana caranya aku tidak tahu, jangan tanya perenggan ini).
- Kereta rasmi (masa sekarang masih menggunapakai Perdana Executive V6. Ura-ura kata ada model gantian berasaskan Honda, tapi itu masih sekadar khabar angin sekarang). Dan kereta rasmi ini datang sekali dengan seorang pemandu peribadi, dengan maintenance dan segala aksesori adalah percuma atau ditanggung oleh kerajaan, termasuk kad 'touch n go' dan smartag juga dibekalkan secara percuma. Juga ia perlu dipasang dengan crest atau lambang hakim seperti yang diluluskan oleh Ketua Hakim Negara. Petrol juga percuma ya (yang aku tahu kad prabayar yang dipegang oleh driver JC boleh digunakan sehingga RM3,000 sebulan. Yang ini aku tidak boleh sahkan. Tapi petrol percuma itu memang betul).
- Gaji dan elaun berkaitan pemandu peribadi adalah dibayar oleh kerajaan melalui JC sendiri mengikut scale penjawat awam kerajaan.
- Elaun Harian dan Lojing bagi urusan tugas rasmi adalah mengikut kadar JUSA A dalam sektor awam ya.
- Subsidi bagi pakaian rasmi (termasuk kot dan jubah hakim) sebanyak RM1,200 sekali dalam 2 tahun. Untuk pakaian ceremony contohnya untuk terima pingat dan darjah kebesaran, ia adalah layak dituntut atas kadar yang diluluskan Perbendaharaan. Isteri yang sah juga layak menuntut subsidi ini okay.
- Kemudahan perubatan adalah sama seperti yang dinikmati oleh Pengurusan Tertinggi sektor awam.
- Cuti rehat 35 hari setahun, boleh bawa ke hadapan atau gantian cuti rehat untuk terima wang tunai semasa pencen nanti.
- Akhir sekali, yang paling penting, JC juga layak mendapat kemudahan air, elektrik dan talian telefon tetap secara percuma. Bil-bil berkaitan serah saja pada pihak kerajaan, akan dilangsaikan sepenuhnya. Untuk talian telefon bimbit, bil tidak melebihi RM500 sebulan akan dibayar oleh kerajaan. Lebih dari itu, bakinya bayar sendiri ya.
- Oh, dan satu lagi, seorang JC boleh dibayar semula bagi pembelian telefon bimbit berdasarkan kadar yang diluluskan oleh kerajaan.
Tidak seperti Hakim Mahkamah Tinggi, JC tidak layak untuk mendapat paid passage untuk bercuti ke luar negara ke destinasi pilihan sendiri (dengan syarat ia tidak melebihi kadar tambang first class KL-London-KL) setiap 5 tahun sekali. Mungkin sebab kebiasaannya seseorang JC ini dalam 2-3 tahun lepas lantikan akan disahkan jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi la.
Okay so all and all, berapa jumlah sebulan cash yang diterima oleh seseorang JC mengikut kiraan di atas? Sila ambil kalkulator.
Jumlah kasar yang aku kira (sila ambil perhatian bahawa aku tidak pandai matematik ya) ialah dalam RM31,320.23 (tuu dia, lebih dari gaji PM!) bagi JC yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak dan tinggal di rumah sewa sendiri. Tu tidak termasuk elaun pelbagai termasuk baju rasmi ya.
Amacam, berpinar mata tengok gaji dia yang mencecah RM378,842.76 setahun (lepas campur RM3,000 untuk penjagaan kebun tadi). Ni boleh beli rumah banglo cash sebijik.
Jangan berpinar dulu mata tu. Ini baru gaji JC, pangkat terendah dalam Badan Kehakiman. Bayangkan pula gaji Ketua Hakim Negara, orang nombor 1, yang gaji basic saja pun dah RM25,000 sebulan! Kalau tambah tolak darab bahagi kuasa dua, silap-silap boleh mencecah setengah juta ringgit Malaysia juga dalam setahun (sila nganga mulut dengan sopan).
Yang lagi best, air, elektrik, telefon, kereta, petrol semuanya free. Apa lagi anda mahu? Haha...
Tapi sila jangan lupa ya, gaji dan kemudahan ini semua adalah bersesuaian (omputih kata commensurate) dengan bebanan tugas dan tanggungjawab mereka dalam menegakkan keadilan.
Bukan senang menghukum orang, apatah lagi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati. Boleh sakit jantung kita dibuatnya.
Okay, dah, cukup dengan berangan gaji besar itu, sila sambung kerja balik!
wowww
BalasPadam