Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

MENGAPA TAKUT DENGAN PEGUAM?

Imej
Assalamualaikum pembaca yang budiman, Saya ingin tahu sekiranya anda menghadapi masalah berkaitan undang-undang, mengapa anda membuat search dulu di internet atau laman facebook berbanding berjumpa terus dengan peguam? Sumber gambar di SINI . Saya tidak mempromosikan baju ini ya. Apa sebab anda takut atau enggan menemui seorang peguam bagi menguruskan masalah perundangan anda? Kongsikan dalam ruangan komen. Terima kasih.

SALAM AIDIL ADHA 1440H

Imej
Assalamualaikum, Sumber gambar di SINI Blog bakalpeguam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 1440H kepada semua pembaca yang budiman. Semoga Aidil Adha tahun ini membawa seribu keampunan dan keberkatan dalam kehidupan kita disamping terus berkorban demi agama, bangsa dan negara tercinta.  Dan sama-sama kita doakan semoga semua Dhuyufurrahman yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah dipermudahkan urusan dan diganjari dengan Haji yang mabrur, disamping kita juga berdoa agar dipermudahkan urusan untuk menjadi tetamu-Nya pada musim Haji akan datang. Amiin ya Rabbal 'alamin. Wassalam.

PENIPUAN DALAM BERURUSAN MELIBATKAN PEJABAT KERAJAAN

Imej
Assalamualaikum, Saya pernah menulis tentang penipuan melibatkan scammer di SINI yang dilaporkan di dalam akhbar tempatan. Malah, scammer ini juga sangat berani apabila menyamar sebagai pegawai polis hingga sebagai pegawai mahkamah seperti yang saya tulis di SINI . Dan terkini saya mendapat berita bahawa terdapat juga 'Little Napoleon' dalam jabatan atau agensi kerajaan yang bertindak menipu orang awam dengan cara berjanji akan menguruskan urusan mereka dengan kadar segera dengan bayaran sejumlah wang tertentu. Ini RASUAH. Tetapi ramai juga yang termakan janji palsu Little Napoleon ini kerana mereka mungkin terdesak untuk mendapatkan atau mempercepatkan urusan mereka. Saya berikan contoh maklumat yang diterima. Sebuah Pihak Berkuasa Tempatan daerah di Sabah. Daerah mana biarlah dirahsiakan kerana saya bukan pengadu, tetapi orang yang mendapat maklumat sahaja. Maklumat ini tidak boleh dipakai di Mahkamah sebab ia adalah keterangan cakap dengar (hea