Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2019

PEMAIN INDUSTRI DALAM SISTEM KEADILAN JENAYAH

Imej
Dalam sistem keadilan jenayah Malaysia, orang-orang inilah yang memainkan peranan penting dalam memastikan undang-undang jenayah ditegakkan seadil-adilnya. Industry player ini adalah seperti berikut: 1. Orang Yang Disyaki (OYDS) Sumber gambar di SINI Orang ini ialah mereka yang diadukan oleh seseorang pengadu bahawa telah disyaki melakukan sesuatu jenayah (suspek). Maka, polis akan menangkap orang ini dan akan menahannya di lokap untuk siasatan. Sekiranya siasatan tidak dapat selesai dalam tempoh 24 jam, OYDS ini perlu dibawa ke hadapan Majistret untuk mendapat perintah tahanan reman bagi melengkapkan siasatan. Selesai saja siasatan, samada OYDS akan dituduh di Mahkamah atau dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan Timbalan Pendakwaraya. 2. Pengadu/Saksi Sumber gambar di SINI Pengadu ialah orang yang mengadu terhadap kejadian jenayah. Tidak semestinya pengadu ini ialah mangsa jenayah, walaupun sepatutnya mangsa jenayah yang menjadi pengadu. Sebagai contoh, ke

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Assalamualaikum, Rasanya bakalpeguam telah membuat posting sebegini, namun disebabkan banyak komen dan emel yang diterima (terima kasih atas sokongan pembaca kepada blog ini), yang rata-ratanya meminta khidmat guaman selain panduan dan nasihat. Maka sekali lagi bakalpeguam perlu tegaskan bahawa untuk mencapai jalan penyelesaian yang terbaik bagi apa jua isu para pembaca budiman, bakalpeguam nasihatkan dan sarankan untuk berjumpa dan berdepan sendiri dengan peguam yang bertauliah. Blog ini hanya memberikan informasi dan panduan sahaja. Posting-posting atau jawapan bakalpeguam dalam komen atau emel tidak boleh dijadikan asas atau hujahan undang-undang. Soal kos guaman adalah terpulang kepada budibicara dan kesepakatan peguam dan klien. Bakalpeguam tidak dapat tentukan kos / fi / harga yang perlu dibayar kepada seseorang peguam. Dan bakalpeguam juga tidak akan recommend mana-mana individu peguam kerana ia adalah perbuatan yang tidak beretika. Harap maklum dan was