PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT
Assalamualaikum,
Rasanya bakalpeguam telah membuat posting sebegini, namun disebabkan banyak komen dan emel yang diterima (terima kasih atas sokongan pembaca kepada blog ini), yang rata-ratanya meminta khidmat guaman selain panduan dan nasihat.
Maka sekali lagi bakalpeguam perlu tegaskan bahawa untuk mencapai jalan penyelesaian yang terbaik bagi apa jua isu para pembaca budiman, bakalpeguam nasihatkan dan sarankan untuk berjumpa dan berdepan sendiri dengan peguam yang bertauliah.
Blog ini hanya memberikan informasi dan panduan sahaja. Posting-posting atau jawapan bakalpeguam dalam komen atau emel tidak boleh dijadikan asas atau hujahan undang-undang.
Soal kos guaman adalah terpulang kepada budibicara dan kesepakatan peguam dan klien. Bakalpeguam tidak dapat tentukan kos / fi / harga yang perlu dibayar kepada seseorang peguam.
Dan bakalpeguam juga tidak akan recommend mana-mana individu peguam kerana ia adalah perbuatan yang tidak beretika.
Harap maklum dan wassalam.
Selamat membaca.
Ulasan
Catat Ulasan