Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

Imej
Assalamualaikum, Kecuali kepada golongan penjawat awam dan profesional, tiada dalam mana-mana undang-undang bertulis yang menyatakan bahawa orang awam yang hadir ke Mahkamah hendaklah berpakaian formal atas apa jua urusan. Tetapi, telah menjadi peraturan Mahkamah bahawa orang yang hadir berurusan di mana-mana Mahkamah hendaklah berpakaian kemas dan sopan. Jikalau anda gagal untuk mematuhinya, kemungkinan perkhidmatan yang anda kehendaki tidak akan diberikan sehingga anda mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Adil, kan? Sumber gambar di SINI Jadi, sekiranya anda tahu bahawa pada hari itu anda mempunyai urusan di Mahkamah, lebih-lebih lagi jikalau anda terlibat dengan sesuatu kes dalam Mahkamah Terbuka (samada sebagai saksi, tertuduh, plaintif atau defendan) maka anda wajib memakai pakaian yang kemas, sopan dan bersesuaian. Mahkamah bukan pasar. Jadi jangan berpakaian seperti hendak ke pasar. Pakailah baju kemeja berkolar bagi lelaki. Kalau baju