Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

GAGAL ENDOSMEN DAFTAR LEWAT SIJIL LAHIR

Imej
Assalamualaikum, Ada orang mengeluh mengapa endosmen daftar lewat sijil lahir anaknya yang kononnya lahir di hospital kerajaan dan ada 'surat klinik' tapi ditolak oleh Mahkamah. Atau dengan kata lain 'gagal endosmen'. Sumber gambar di SINI Makcik, Hanya kerana anak makcik lahir di hospital kerajaan bukan bererti sijil lahir itu layak diluluskan endosmennya. Ada bermacam faktor diambil kira oleh Mahkamah sebelum sesuatu sijil lahir daftar lewat itu boleh diendoskan. Sebenarnya endosmen itu adalah bagi menentusahkan maklumat-maklumat yang terkandung di dalam sijil lahir daftar lewat itu adalah tepat dan betul. Ini bagi mengelakkan salah guna oleh orang yang tidak bertanggungjawab terutama untuk mengelakkan orang 'menjual' sijil lahir kepada orang lain. Mesti pakcik makcik pernah dengar kan orang jual sijil lahir. Jadi, sebelum seseorang itu boleh berbuat apa-apa dengan sijil lahir daftar lewat itu, terutamanya bagi memohon MyKad, fakta

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

Imej
Assalamualaikum, Daripada komen dan emel yang diterima daripada para pembaca, nampaknya masih ramai yang keliru antara wang jaminan dengan bayaran denda. Sumber gambar di SINI Saya cuba jelaskan dalam perkataan yang paling ringkas seperti berikut: JAMINAN MAHKAMAH Dibayar di Mahkamah oleh penjamin. Sebagai cagaran untuk bebaskan OKT dari ditahan di penjara sementara menunggu kes selesai. Bayaran dibuat sekali sahaja di kaunter Mahkamah atau melalui kaedah sijil simpanan tetap (fixed deposit) di bank. Wang jaminan akan dikembalikan selepas kes selesai kepada pemiliknya (selalunya penama penjamin pertama). Tanggungjawab penjamin adalah memastikan OKT hadir ke Mahkamah pada setiap tarikh sebutan/perbicaraan. Kegagalan menunaikan tanggungjawab tersebut penjamin boleh diarahkan untuk memberikan tunjuk sebab kepada Mahkamah mengapa wang jaminan tidak dilucutkan/dirampas. Jika Mahkamah tidak berpuas hati dengan penjelasan penjamin, Mahkamah boleh merampas/melucutka