GAGAL ENDOSMEN DAFTAR LEWAT SIJIL LAHIR

Assalamualaikum,

Ada orang mengeluh mengapa endosmen daftar lewat sijil lahir anaknya yang kononnya lahir di hospital kerajaan dan ada 'surat klinik' tapi ditolak oleh Mahkamah. Atau dengan kata lain 'gagal endosmen'.
Sumber gambar di SINI
Makcik,

Hanya kerana anak makcik lahir di hospital kerajaan bukan bererti sijil lahir itu layak diluluskan endosmennya. Ada bermacam faktor diambil kira oleh Mahkamah sebelum sesuatu sijil lahir daftar lewat itu boleh diendoskan.

Sebenarnya endosmen itu adalah bagi menentusahkan maklumat-maklumat yang terkandung di dalam sijil lahir daftar lewat itu adalah tepat dan betul. Ini bagi mengelakkan salah guna oleh orang yang tidak bertanggungjawab terutama untuk mengelakkan orang 'menjual' sijil lahir kepada orang lain.

Mesti pakcik makcik pernah dengar kan orang jual sijil lahir.

Jadi, sebelum seseorang itu boleh berbuat apa-apa dengan sijil lahir daftar lewat itu, terutamanya bagi memohon MyKad, fakta di dalam sijil lahir itu mestilah disahkan oleh Majistret Kelas Pertama selepas mendengar keterangan ibubapa dan saksi.

Kalau kata lahir di hospital itu syarat untuk lulus endosmen, ramai juga sebenarnya PATI yang bersalin di hospital. Hospital kerajaan tetap saja menerima mereka yang mahu bersalin di hospital kerana itu tanggungjawab kerajaan. Cuma bagi bukan warganegara, mereka harus menjelaskan bil hospital secara penuh tanpa subsidi. Warganegara Malaysia menikmati kos bil hospital secara subsidi. Itu bezanya.

Dan bukan juga memandang serong pada mana-mana pihak, zaman sekarang ini ada juga tali barut dikalangan mereka yang tidak bertanggungjawab yang 'menjual' kad klinik kepada pihak yang memerlukannya. Cuma perkara ini tidak dilaporkan kerana tiada pihak yang berani tampil untuk memberikan keterangan. Jangan cakap benda ini tiada. Ada. Hanya menunggu orang berani untuk melaporkan saja.

Apa lagi faktor lain untuk diluluskan endosmen?

Lain kalilah saya bagitau.

Wassalam.

Ulasan

  1. Mcmna pula tuan,sijil lahir yg suda diendos,dan sudahpun mbuat rayuan namun masi juga dtolak..apa lgkh strusnya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya cuma boleh fikirkan 2 perkara. Pertama, jumpa wakil rakyat tuan untuk adukan masalah ini. Mereka sepatutnya buat kerja untuk tuan sebab tuan yang undi mereka menjadi YB. Jangan jumpa ADUN, tuan kena jumpa Ahli Parlimen kerana ini bidang kuasa mereka. ADUN cuma tahu buat surat2 saja. Kedua, tuan jumpa peguam yang biasa membuat kes undang-undang pentadbiran. Ada jalan di situ, cuma saya kena ingatkan kosnya memang agak tinggi, tetapi Insya Allah berbaloi.

      Padam
    2. Slain drpd 2 pkara di atas,ada lg x jalan? Skg ni anak sa baru brumur 9 tahun,suda buat endos n rayuan namun kptusn yg sa dpt ttp GAGAL..tu la nak tny tuan pnya cara bgmana

      Padam
  2. Assalamualaikum tuan. Saya seorang ibu tunggal. Saya btl2x bermasalah tentang kad klinik anak saya. Saya tak pasti kad itu ada dimana. Kerana saya rasa ia hilang di sebabkan kmi selalu berpindah rumah sewa.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum tuan, Sya ad surat beranak tpidtpi lewat adik beradik Sya dh dpt ic smua tinggl Sya satu org jak.. umur Sya dh nak msuk 20 skrg Sya atau kat Selangor,, MCM Sya bole urus ya.. kena pergi Putrajaya kena tolakbsbb daftar lewat..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum sya sikin dari Sandakan sya mau bertnya tentang Surat beranak daftar lawat yg hilang , mcm mn mau buat ya. Lagi satu Surat beranak tu tidak sempat d foto copy so apa yg perlu d buat??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN