Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

BERCUTI

Assalamualaikum, Terlebih dahulu bakalpeguam mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang sudi mengunjungi blog ini dan yang telah bertanyakan soalan. Bakalpeguam mohon maaf kerana pada masa ini sedang bercuti hujung tahun sehingga pertengahan Disember nanti. Jika ada kelapangan masa soalan para pembaca akan dijawab kemudian. Insha Allah. Harap maklum dan terima kasih.

BANKRAP AKIBAT HUTANG ORANG LAIN

Imej
Assalamualaikum, Bakalpeguam banyak mendengar cerita rakan-rakan lain bagi kes kebankrapan. Kebanyakan cerita ini berkait dengan hutang orang lain yang ditanggung oleh si bankrap. Antara senario-senario yang biasa didengar adalah sebegini. Sumber gambar di SINI 1. Sambung loan kereta. Sambung loan kereta ini maksudnya pemilik kereta yang masih berhutang dengan bank tetapi tidak mampu lagi untuk membayar ansuran bulanan, maka dijualnya pula kereta itu dengan pihak ketiga dan kononnya pihak ketiga itu akan sambung bayar loan dengan pihak bank. Dan lagi mengeruhkan keadaan mereka membuat satu set perjanjian hitam putih atas sambung loan ini. Hakikatnya, jikalau sesuatu kenderaan sewa beli itu masih dalam tuntutan hakmilik oleh pihak bank, buatlah perjanjian setebal manapun ia tetap tidak boleh dikuatkuasakan di Mahkamah. Malah, ia juga sebenarnya adalah satu kesalahan di bawah Akta Sewa Beli 1987. Dan lebih memburukkan keadaan, pihak ketiga itu menghilangkan diri b

SAMAN: TERIMA ATAU TIDAK?

Imej
Assalamualaikum, Dalam undang-undang, setiap proses yang mengkehendaki atau memerlukan anda untuk hadir ke Mahkamah samada untuk menjawab apa-apa pertuduhan atau tuntutan ataupun untuk menjadi saksi dalam mana-mana perbicaraan Mahkamah, maka anda akan menerima suatu surat atau dokumen yang dinamakan sebagai SAMAN. Ciri-ciri saman daripada Mahkamah (selain saman trafik, saman ekor dan sebagainya yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan) adalah seperti berikut:- 1. Mempunyai tarikh, masa dan tempat Mahkamah di mana anda dikehendaki hadir; 2. Ditandatangani oleh Majistret atau Pendaftar Mahkamah yang berkenaan, samada secara manual atau digital; dan, 3. Mempunyai meterai atau seal Mahkamah berkenaan, samada secara manual ataupun digital. Bagi saman kepada saksi, ia dinamakan sebagai SUBPOENA (sebut: sapina). Saman ini akan diserahkan kepada anda secara kediri atau secara personal, iaitu seseorang samada pihak polis, penyerah saman atau sesiapa saja yang dikeh

FAKTOR-FAKTOR BAGI IKAT JAMIN MAHKAMAH

Imej
Assalamualaikum, Ringkas saja. Sumber gambar di SINI Di dalam kes Pendakwaraya lawan Marzuki Mohd Kamal [2016] 1 LNS 1332 , YA Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali telah merujuk kepada satu kes yang diputuskan oleh Hakim Augustine Paul di dalam kes Pendakwaraya lawan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [1998] 4 CLJ 387; [1998] 4 MLJ 481 yang menyenaraikan faktor-faktor yang perlu diambil kira oleh Mahkamah sebelum membenarkan atau menolak permohonan ikat jamin dalam sesuatu kes jenayah. Saya kemukakan di bawah ini kenyataan YA Hakim tersebut sebagai panduan: "Kesalahan di bawah  s. 395 / 397 KK  diklasifikasikan sebagai kesalahan tidak boleh dijamin di bawah  Jadual Pertama, Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) . Namun begitu,  s. 388 KTJ  memberikan mahkamah kuasa budi bicara untuk melepaskan orang kena tuduh dengan membenarkan ikat jamin kecuali bagi kes yang melibatkan hukuman mati atau pun penjara seumur hidup. Sementara itu, undang-undang berkait dengan ikat jamin tela