Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

PENYAMPAIAN SIJIL KEWARGANEGARAAN

Imej
Assalamualaikum, Hari ini diberitakan bahawa Menteri Dalam Negeri, YB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin telah menyampaikan surat kelulusan kewarganegaraan dalam satu majlis di ibu negara. Beruntunglah mereka yang berjaya mendapatkan sijil ini. Tahniah. Sumber gambar dari Facebook Ia adalah hadiah atau anugerah tertinggi bagi negara kepada seseorang. Harap yang berjaya mendapat taraf warganegara tu sama-samalah jaga keamanan dan kedaulatan negara ini dengan baik. Susah sama-sama, senang sama-sama. Kita kan rakyat Malaysia. Yang jadi persoalan pula, bagaimanakah dengan orang-orang Sabah? Apa cerita isu sijil lahir dan taraf kewarganegaraan yang macam tiada kesudahan? Ada yang layak jadi warganegara tapi tidak tahu sebab apa namun masih gagal untuk menguruskan pengesahan taraf saja. Urusan taraf saja tu pun mengambil masa bertahun-tahun. Tu belum lagi untuk mendapatkan kelulusan warganegara. Tunggu bertahun-tahun lagi. Walhal

MENOLONG MENYEMBUNYIKAN HARTA CURI

Imej
Assalamualaikum, Ada pembaca blog ini bertanya tentang kes di bawah seksyen 414 Kanun Keseksaan. Hari ini dalam akhbar Daily Express bertarikh 24 Oktober 2018 mukasurat 5 dikhabarkan seperti berikut: Peruntukan seksyen 414 Kanun Keseksaan ini menyatakan bahawa: Dalam kes di atas, memandangkan harta curi yang terlibat adalah komponen kenderaan iaitu bateri lori, maka kedua-dua tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan, yang mana kesalahan ini membawa hukuman penjara minimum selama 6 bulan dan maksimum 7 tahun dan hendaklah dikenakan denda.  Mahkamah tidak pula mengenakan hukuman denda. Mereka bernasib baik. Wallahu a'lam.

PEMANSUHAN HUKUMAN MATI DI MALAYSIA: PENDAPAT 2

Imej
Assalamualaikum, Laporan akhbar Daily Express di ruangan muka depan harianekspres bertarikh 17 Oktober 2018 dipaparkan laporan berikut: Menteri kata hukuman mati bukanlah pencegahan yang berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah. Dengan hormatnya saya mohon mencelah dan mengatakan tidak bersetuju dengan kata-kata menteri ini atas sebab berikut: 1. Pencegahan jenayah bukanlah satu-satunya prinsip dalam menjatuhkan hukuman. Terdapat alasan lain seperti pembalasan (retribution), rehabilitation (pemulihan), deterrence (pencegahan), incapacitation (penidakupayaan) dan restoration (pembaikan atau pemulihan) dan lain-lain lagi. Hukuman mati hanya satu pilihan atau option hukuman yang ada selain daripada hukuman lain yang diperuntukkan oleh undang-undang seperti hukuman penjara, denda, sebatan rotan, perintah kehadiran wajib, khidmat sosial dan sebagainya, kecuali bagi kes yang membawa hukuman mati mandatori seperti membunuh. 2. Walau apapun hukuman yang ditetapk

IMM13: APA SUDAH JADI?

Imej
Assalamualaikum, Semalam dikhabarkan orang berpusu-pusu menyerbu Pejabat Imigresen di Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu bagi membuat permohonan pas IMM13. Berita lanjut dan videonya boleh diakses di SINI . Sumber gambar di SINI dan boleh baca lebih lanjut berkenaan IMM13 di blog ini Setahu bakalpeguam, pas IMM13 ini hanya dikeluarkan kepada mereka yang berstatus pelarian Filipina sahaja dan pada tahun 2013, pengeluaran pas ini ditangguhkan atas sebab keselamatan berikutan kejadian pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Dan dikhabarkan bahawa permohonan bagi pas ini telah dibuka semula pada 1 Oktober 2018 yang lepas, tetapi hanya untuk anak-anak pemegang pas IMM13 sahaja bagi mengelakkan mereka berstatus ' stateless '. Akibat daripada itu, maka ramailah para pemohon ini menyerbu Pejabat Imigresen sehingga terjadi perkara tidak diingini (ada yang dilaporkan cedera juga) walaupun mungkin 90% yang menyerbu ini tidak layak pun membuat permohonan.

PEMANSUHAN HUKUMAN MATI DI MALAYSIA: PENDAPAT

Imej
Assalamualaikum, Kerajaan telah pun mengumumkan bahawa hukuman mati di negara ini akan dimansuhkan dan pelaksanaannya yang membabitkan seramai 1,278 orang yang kini berstatus banduan akhir telah ditangguhkan. Dan katanya rang undang-undang bagi memansuhkan hukuman tersebut akan dibentangkan dalam sesi Sidang Dewan Rakyat bermula 15 Oktober 2018, minggu depan. Sumber gambar di SINI  yang juga mengupas mengenai pemansuhan hukuman mati di Nigeria Akhbar thestar online hari ini menerbitkan satu undian berkenaan pemansuhan ini dan boleh diakses di SINI . Pendapat bakalpeguam pula simple: jika pemansuhan ini baik untuk masyarakat dan ia juga mungkin akan menyebabkan kejadian jenayah berkurangan, why not? Tetapi jika langkah pemansuhan itu akan hanya menyebabkan kadar jenayah seperti pengedaran najis dadah, pembunuhan, perisytiharan perang ke atas DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan sebagainya tetap juga berlaku malah lebih meningkat, maka pemansuhan

AL-FATIHAH

Imej
Ya Allah, cucurilah rahmat dan kasih sayang-Mu atas roh mereka semua. Amin. (sumber gambar dari aplikasi Whatsapp)

TAKZIAH BUAT WIRA-WIRA PENYELAMAT

Imej
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون Semoga roh wira-wira penyelamat ini dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan mereka ditempatkan dikalangan para syuhadah dan solehin di sana. Juga buat remaja mangsa lemas yang terlibat dalam tragedi ini didoakan yang sama jua. Amiin. Dan semoga pihak keluarga terus sabar dan tabah menghadapi ujian ini. Dari-Nya kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali. Dan kepada pihak berwajib, ambillah tindakan sewajarnya iaitu dengan menyiasat seadil-adilnya kejadian ini agar ia dapat dijadikan pengajaran, iktibar dan panduan dalam menyelaras dan melaksanakan serta merangka semula SOP yang berkaitan bagi operasi sebegini kerana ini adalah sejarah paling hitam buat Jabatan Bomba dan Penyelamat yang kehilangan 6 anggota yang sangat berdedikasi sekaligus dalam suatu operasi menyelamat. AL-FATIHAH. Bacaan lanjut: 1) 6 anggota lemas mati syahid - Mufti 2) Terbelit tali punca 6 penyemal bomba lemas 3) Kronologi tragedi 6 ang

TERSENTAP

Imej
Assalamualaikum, Membaca berita ini yang disiarkan oleh Kosmo Online bertarikh 3 Oktober 2018, yang diulang siar seperti di bawah: Maszlee masuk politik untuk lihat Najib jatuh NOR IDAYU BOSRO 02 Oktober 2018 11:28 PM Maszlee ketika menyampaikan syarahan sulung pada program Presidential Talk di UIAM hari ini. GOMBAK - Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengakui objektif utama pembabitan beliau dalam dunia politik adalah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata, dia pada mulanya tidak mahu menjadi ahli politik namun memilih untuk berbuat demikian untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri itu. "Pada awal pembabitan saya dalam politik, satu-satunya cita-cita saya adalah untuk menjatuhkan Najib," katanya. Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan salah seorang peserta yang juga pensyarah antarabangsa yang mahu melihat Maszlee menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti. Terdahulu, Maszlee menyampai