Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2020

SAMAN TUNTUTAN KECIL DITOLAK

Imej
Assalamualaikum dan Salam Hari Kebangsaan ke-63 Tahun, Anda masih ingat posting saya mengenai prosedur saman tuntutan kecil sebelum ini? Ala, yang saya poskan DI SINI tu. Masa itu sebutan kes untuk pengurusan. Minggu lepas bakalpeguam sempat menyaksikan kes itu menjalani perbicaraan penuh. Sumber gambar di SINI Ceritanya begini. Dalam post ini kita namakan Plaintif sebagai "C" dan Defendan sebagai "B" supaya senang anda faham. Wanita C (iaitu plaintif) menyaman wanita B (iaitu defendan) kerana telah meninggalkan premis yang disewa oleh B dengan bil-bil elektrik yang tertunggak. B telah menyewa premis ini dari tahun 2013 sehingga keluar dari premis itu setelah tamat kontrak sewaan pada bulan Ogos tahun 2019 (tepatnya setahun lepas iaitu 31 Ogos 2019) selepas 2 kali pelanjutan kontrak. Ada perjanjian sewa atau tenancy agreement yang lengkap.  Premis ini adalah sebuah premis perniagaan dalam bangunan shopping complex yang mempunyai 2 jenis bil elektrik. Satu bil oleh

RANG UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN JALAN (PINDAAN) 2020

Imej
Tahniah Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan atas pindaan ini. Moga ia dapat mengurangkan kadar kemalangan khususnya membabitkan pemandu mabuk yang tidak bertanggungjawab. Mungkin langkah seterusnya ialah mengurangkan penjualan alkohol secara terbuka pula. Sumber: FB Menteri Pengangkutan Malaysia.

SALAM MA'AL HIJRAH 1442H

Imej
Assalamualaikum, Blog ini mengucapkan Salam Ma'al Hijrah dan Selamat Tahun Baharu 1442H kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat pembaca blog ini. Semoga tahun baharu hijrah ini akan membawa beribu kebaikan kepada kita semua. Pada masa ini saya bercuti rehat sehingga minggu hadapan, oleh itu saya mohon maaf atas keterbatasan masa untuk menjawab semua emel dan komen pembaca. Insya Allah saya akan jawab pertanyaan tersebut pada masa terluang nanti. كل عام وأنتم بخير والسلام

PERTUDUHAN KES ROAD TAX DAN INSURAN TAMAT TEMPOH

Imej
Assalamualaikum, Di bawah ini bakalpeguam kongsikan contoh pertuduhan bagi kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih dikenali sebagai road tax dan insuran bagi pihak ketiga yang tamat tempoh.   Kesalahan mati road tax ialah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000. Bagi kesalahan insuran tamat tempoh, ia di bawah Seksyen 90 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara 3 bulan atau kedua-duanya sekali. Sebagai tambahan bagi kesalahan Seksyen 90 (1) ini ialah mesti dihilangkan kelayakan untuk memegang atau memohon apa-apa lesen memandu tidak melebihi 12 bulan dari tarikh sabitan, melainkan Mahkamah perintahkan sebaliknya. Bermakna, bagi kesalahan Seksyen 90 (1) ini pesalah atau Orang Kena Saman (OKS) mesti digantung lesen memandu atau tidak layak memohon lesen memandu dalam tempoh hilang kelayakannya. Akhir sekali, kes sebegini tidak boleh dikompoun di pejabat Jabatan

GUNA TELEFON BIMBIT SAMBIL MEMANDU: SELESAI DI MAHKAMAH

Imej
Assalamualaikum, Maklumat daripada PDRM Malaysia yang disiarkan dalam facebook rasmi organisasi tersebut melaporkan bahawa mulai 6 JULAI 2020 , semua kes saman trafik yang melibatkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu hendaklah diselesaikan di Mahkamah. Kesalahan ini adalah di bawah Kaedah 17A Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 [L.N. 166/1959] yang kini dikategorikan sebagai kesalahan tidak boleh kompoun.  Ini bermakna, tiada lagi bayaran kompoun di Balai Trafik bagi kesalahan ini bagi saman yang dikeluarkan pada 6 JULAI 2020 dan seterusnya. Mereka yang menerima saman ini (OKS) perlu menyelesaikan kes ini di Mahkamah, samada mohon bicara atau dikenakan hukuman iaitu jika disabitkan, denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi 3 bulan dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya pula jika disabitkan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Sudah tentu OKS boleh membuat rayuan untuk meringankan hukuman (miti

PROSEDUR BANDUAN MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH

Imej
Assalamualaikum, Hari ini bakalpeguam ditanya berkenaan prosedur seseorang banduan di dalam penjara untuk menjadi saksi dan memberikan keterangan di Mahkamah. Ada Mahkamah yang mengeluarkan 'Order to Produce' (OTP) atau Perintah Mengemukakan kepada pihak penjara. Sebenarnya amalan ini adalah salah dan tidak bertepatan dengan peruntukan sedia ada. Sepatutnya Mahkamah mengeluarkan waran dan bukannya perintah mengemukakan. Baca peruntukan Seksyen 372 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) yang menyatakan bahawa:   372. Kehadiran banduan dalam kes jenayah. (1) Apabila kehadiran mana-mana orang yang ditahan dalam penjara yang terletak di Malaysia dikehendaki dalam mana-mana Mahkamah Jenayah, Mahkamah itu bolehlah mengeluarkan waran yang dialamatkan kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi penjara itu menghendaki supaya orang itu hadir hadapan Mahkamah dengan jagaan yang sepatutnya pada masa dan tempat yang disebutkan dalam waran itu. (2) Pegawai yang bertanggungjawab bagi penjara itu h

JAMINAN MAHKAMAH DAN TAHANAN REMAN

Imej
Assalamualaikum, Bakalpeguam membaca berita dalam Kosmo Online pagi ini: Sumber berita DI SINI   ALOR SETAR – Suasana di pekarangan luar Mahkamah Sesyen di sini hari ini diselubungi kesedihan apabila seorang lelaki yang berdepan 40 pertuduhan rasuah berjumlah RM1 juta sempat memeluk dan mencium anak perempuannya berusia dua tahun selepas selesai prosiding kes. Tertuduh, Mohd. Azurine Che Bahadom, 39, yang keluar dari kamar mahkamah bertindak menghampiri anak tunggalnya yang ketika itu sedang tidur di kerusi sambil ditemani seorang nenek saudara. Kanak-kanak itu kemudian terjaga dan menangis sebaik melihat bapanya sebelum tertuduh dibawa pergi oleh anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lelaki itu mengaku tidak bersalah terhadap 40 pertuduhan rasuah berjumlah RM1 juta ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 17 Mac lalu dan hari ini merupakan sebutan semula kes di hadapan Hakim Murtazadi Amran. Dia kini ditahan di Penjara Alor Setar selepas gagal membayar jamina

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH BAHAGIAN 3: e-Jamin

Imej
Assalamualaikum, Rupanya posting berkenaan jaminan Mahkamah ini sudah memasuki bahagian ke-3. Hari ini bakalpeguam ingin kongsikan berkenaan inovasi yang diperkenalkan oleh pihak Mahkamah berkenaan jaminan Mahkamah iaitu eJamin. Pada masa ini, selain dari wang tunai yang dibayar kepada Mahkamah termasuklah pembayaran secara ePos (menggunakan kad debit) atau berbentuk deposit tetap (fixed deposit), jaminan Mahkamah juga boleh secara elektronik. Prosesnya amat mudah, cepat dan pantas, dengan syarat pengguna mempunyai akses kepada internet dan alamat emel. Menggunakan telefon bimbit pun boleh. Transaksi minimum bagi eJamin ialah RM1 dan maksimum RM30,000 sahaja. Jikalau kes jaminan berjuta-juta contoh macam kes YB Dato' Sri Najib dan YB Lim Guan Eng, maka pembayaran deposit jaminan perlu dibuat di kaunter mahkamah. Pertama sekali apa yang penjamin perlu buat ialah dapatkan nombor kes dan jumlah jaminan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah. Kemudian layari saja laman web eJamin iaitu ejamin

PROGRAM SANGKUTAN MAHKAMAH ATASAN

Imej
Assalamualaikum, Berita baik buat para pelajar dan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang berminat untuk mengikuti satu program menarik bersama YA Hakim-Hakim Mahkamah Atasan Malaysia, iaitu bermula dari Pesuruhjaya Kehakiman sehingga Hakim Mahkamah Persekutuan.   Melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya pada hari ini, program julung-julung kali ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Badan Kehakiman yang terbuka kepada para pelajar atau graduan samada dari universiti tempatan atau luar negara. Bakalpeguam teringat program seperti ini adalah amalan yang sudah menjadi tradisi di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.   Mereka yang terpilih untuk mengikuti program ini akan ditempatkan secara terus atau attached dengan seorang Hakim/Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Atasan Malaysia.    Peluang sebegini sebenarnya sangat berguna dan bermanfaat sebagai pendedahan kepada para gradua

ADILNYA HIDUP

Imej
Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua, Sumber gambar DI SINI Semalam ada terbaca satu post (malangnya tidak dijumpai lagi) berkenaan orang bangun pagi jadi jutawan dan adilnya hidup ini. Sumber gambar di SINI Apa yang saya ingat post itu berbunyi begini. Bayangkan kau bangun pagi dan Tuhan takdirkan dalam akaun semua manusia dalam dunia ini ada RM10 juta setiap seorang. Ini bermakna tiada lagi orang miskin di atas muka bumi ini dan semuanya sudah bergelar jutawan. Kau pun bangun pagi dalam keadaan yang sangat segar, menghirup udara segar dalam suasana hidup yang baharu. Maka kau pun bangkit dari katil dan terus mencari makan untuk sarapan pagi. Tapi kau berfikir buat apa sarapan di rumah kalau kau sebenarnya boleh makan secara mewah di Starbucks, kan? Maka, kau pun ambil kunci kereta dan terus memandu ke restoran Starbucks yang terdekat. Mimpi ngeri pun bermula di sini. Sebelum ke sana, kau rasa ingin isi minyak kereta terlebih dahulu. Tapi apabila sampai di stesen minyak, ia tutup ke

PRACTICAL, CHAMBERING, PRACTISING

Imej
Assalamualaikum, Hari ini kita belajar perkataan yang sering digunapakai dalam bidang perundangan yang kadang-kadang membuatkan ramai orang, termasuklah mereka yang sedang belajar undang-undang di universiti terkeliru. Perkataan-perkataan ini nampak macam sama, tapi hakikatnya ia adalah berbeza walaupun berkaitan dengan perjalanan karier seseorang dalam bidang perundangan. Sumber gambar DI SINI Perkataan-perkataan dan maksudnya adalah seperti berikut: 1. Practical Juga dikenali dengan latihan industri. Ini ialah latihan atau amali secara praktikal seseorang pelajar universiti yang masih belum menghabiskan pembelajarannya dalam bidang berkaitan (samada diploma atau ijazah pertama). Ini termasuklah Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dimana pelajar-pelajar ini dikehendaki menjalankan latihan amali samada di Mahkamah, di firma-firma guaman atau agensi dan jabatan kerajaan yang berkaitan bagi memenuhi kehendak silibus atau sebagai syarat untuk lulus ijazah atau diploma tersebut. Ini bermaks

AKTA KHUSUS MENGHINA MAHKAMAH

Imej
Bakalpeguam mengalu-alukan perundangan ini untuk digubal dengan kadar segera oleh pihak kerajaan. Peruntukan mengenai penghinaan mahkamah atau contempt of court pada masa ini, dengan hormat, adalah sangat bercelaru dan lintang pukang. Ini kerana selain amalan common law, sebenarnya terdapat peruntukan khusus mengenai menghina mahkamah ini yang boleh dijumpai dalam banyak statut: Akta Mahkamah Kehakiman, Akta Mahkamah Rendah, Kanun Prosedur Jenayah dan Kanun Keseksaan serta mungkin perundangan lain seperti Akta Hasutan dan sebagainya. CUMANYA, Kesemua amalan ini tidak standard dan dalam kebanyakan keadaan tidak praktikal. Sedangkan penghinaan mahkamah yang dibuat di dalam mahkamah itu sendiri, terutamanya di Mahkamah Rendah amat sukar untuk diambil tindakan. Apatah lagi sekiranya penghinaan mahkamah itu adalah secara atas talian atau dalam media sosial yang jelas tiada peruntukan khusus kerana semua perundangan disebutkan adalah undang-undang pra-zaman siber. Sebab itulah pe

KENANGAN 2020

Imej
Posting dari FB. Link di bawah. Tambahan sedikit saja khusus buat Sabah. Peringatan untuk tahun2 akan datang..📍 • DIS 2019 - COVID-19 serang Wuhan, China • 25 JAN 2020 - Kes pertama COVID-19 di Malaysia melibatkan warga China • JAN - FEB 2020 - COVID-19 mula serang negara lain • 24 FEB 2020 - PM ke 7 - Dr. Mahathir letak jawatan • 01 MAC 2020 - PM ke 8 - TS Muhyiddin angkat sumpah • 11 MAC 2020 - WHO mengumumkan COVID-19 sebagai global pandemic Perintah Kawalan Pergerakan (PKP): • 18 MAC -  31 MAC 2020 PKP Fasa 1 • 01 APR - 14 APR 2020 PKP Fasa 2 • 15 APR - 28 APR 2020 PKP Fasa 3 • 29 APR - 12 MEI 2020 PKP Fasa 4 (4 MEI ditukar kepada PKP Bersyarat (PKPB)) • 13 MEI - 9 JUN 2020 - PKPB (tak boleh balik raya / rentas negeri...PKP seluruh 🇲🇾) • 10 JUN - 31 OGOS 2020 PKP Fasa 5 (PKP Pemulihan - PKPP) • 30 JULAI 2020 DUN Sabah dibubarkan kerana perebutan kuasa Ketua Menteri antara DS Shafie Apdal dan TS Musa Aman. PRN-16 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. 📍 Harga minyak ja

PEGAWAI PENGUATKUASA MAHKAMAH TINGGI

Imej
Assalamualaikum, Di Malaysia, kita mempunyai sistem Bailif dan Sherif Mahkamah yang bertanggungjawab bagi menguatkuasa penghakiman Mahkamah. Bailif ialah pegawai yang diberi kuasa di Mahkamah Rendah manakala Sherif pula ialah seorang pegawai yang diberi kuasa di Mahkamah Tinggi. Sherif dan Bailif ini ialah Pendaftar Mahkamah tersebut, dan kerja-kerja penguatkuasaan penghakiman ini didelegasi kepada kakitangan (biasanya Pembantu Tadbir Undang-Undang) bagi menjalankan kerja-kerja di lapangan. Antara tugas mereka ini ialah melaksanakan Writ Penyitaan dan Jualan, Saman Penghutang Penghakiman, Writ Distres, Writ Pemilikan dan lain-lain. Selalunya peranan mereka adalah untuk menyita harta Penghutang Penghakiman untuk dijual atau dilelong bagi menyelesaikan hutang yang dihakimkan dan mengambil alih harta alih atau tidak alih untuk diserahkan kembali kepada Pemiutang Penghakiman serta membuat tangkapan sivil ke atas Penghutang Penghakiman. Semua tugas dan peranan ini terdapat di dalam Kaedah-K

UNTUK PENJAWAT AWAM BARU DILANTIK

Imej
Post diambil dari FB. Link di bawah. Info ringkas ini sangat bermanfaat. Bakalpeguam pun baru tahu. Wassalam. Sekiranya Anda Baru Dilantik Sebagai Penjawat Awam, Kalau Nak Pilih 'Skim KWSP', Boleh Baca Ini Dulu Sebagai Panduan.  Penjawat Awam yang pilih Skim KWSP dan   'Bersara Wajib' apabila mencapai umur persaraan, akan terima faedah persaraan berikut: - Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat: - Kad Pesara Kerajaan (KWSP) : - Kemudahan Perubatan (meliputi pesara Skim KWSP juga isteri/suami, anak-anak yang masih layak dan ibu bapa*): - Caruman KWSP Akaun Pekerja: - Caruman KWSP Akaun Majikan: dan - Bantuan Mengurus Jenazah (jika mati dalam perkhidmatan atau mati dalam persaraan).  Tiada istilah 'bersara pilihan' bagi Penjawat Awam yang memilih Skim KWSP.  Ia dikira sebagai meletak jawatan.   Jadi, kalau letak jawatan sebelum mencapai tarikh persaraan wajib apa akan dapat?  Penjawat Awam yang pilih Skim KWSP hanya layak menerima caruman KWSP (akaun maji