GUNA TELEFON BIMBIT SAMBIL MEMANDU: SELESAI DI MAHKAMAH

Assalamualaikum,

Maklumat daripada PDRM Malaysia yang disiarkan dalam facebook rasmi organisasi tersebut melaporkan bahawa mulai 6 JULAI 2020, semua kes saman trafik yang melibatkan penggunaan telefon bimbit semasa memandu hendaklah diselesaikan di Mahkamah.


Kesalahan ini adalah di bawah Kaedah 17A Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 [L.N. 166/1959] yang kini dikategorikan sebagai kesalahan tidak boleh kompoun. 

Ini bermakna, tiada lagi bayaran kompoun di Balai Trafik bagi kesalahan ini bagi saman yang dikeluarkan pada 6 JULAI 2020 dan seterusnya.

Mereka yang menerima saman ini (OKS) perlu menyelesaikan kes ini di Mahkamah, samada mohon bicara atau dikenakan hukuman iaitu jika disabitkan, denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi 3 bulan dan bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya pula jika disabitkan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Sudah tentu OKS boleh membuat rayuan untuk meringankan hukuman (mitigasi) di hadapan Majistret semasa di Mahkamah nanti.

Wassalam.

Sumber: Laman FB PDRM

Bacaan tambahan klik DI SINI

Ulasan

  1. Saya bekerja sebagai curier servis d sesebuah syarikat .dan telah dikenakan saman menggunakan telepon bimbit semasa memandu (sedang bekerja) .adakah tindakan itu wajar ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak ada pengecualian kpd curier servis, jika anda perlu menggunakan telefon berhenti ditempat yg sesuai.

      Padam
  2. Salahkah sy cume melihat n pgg telefon sekejap di kusyen tempat duduk sebelah pemandu utk melihat sape call..tp xjawab call dan x main fon ketika memandu...sy telah di saman...rasa teraniaya...lain la kesalahan ditulis memegang/menggunakan telefon bimbit ketika memandu adalah satu kesalahan..ni cume tulis menggunakan telefon bimbit adalah satu kesalahan..sy xguna sy pgg ermmm teruknya rasa

    BalasPadam
  3. Cm bodo jeee.

    BalasPadam
  4. Tak boleh pegang ketika memandu sebab tangan hendaklah memegang stereng. Sila letakkan di pemegang telefon dan guna ketika tidak memandu seperti berhenti ketika menunggu lampu isyarat merah.

    BalasPadam
  5. Saya telah gagal untuk hadir kemahkamah pada tarikh yg ditetapkan... Apa yg boleh saya lakukan untuk mendapatkan tarikh baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gagal hadir ke mahkamah waran tangkap dikeluarkan,denda RM2K

      Padam
  6. Balasan
    1. Kesalahan tak boleh kompoun,kena naik mahkamah.

      Padam
  7. Sy kne saman pegang phone masa menunggu lampu isyarat mcm mna tu

    BalasPadam
  8. Sy kena masa nak tgu lmpu isyarat merah nak ke hijau.dh benti dok ambil hanset kt tmpt duduk pnumpang.tgk kejap.dh hijau jalan..tgk kt depan kena tahan n saman.huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH