Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2019

SELAMAT BERSARA KETUA HAKIM NEGARA

Imej
Jumaat, 12 April 2019. Hari terakhir perkhidmatan YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara. Setelah 27 tahun berkhidmat sebagai Hakim, termasuk 12 tahun sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak serta 9 bulan sebagai Ketua Hakim Negara, dengan usia 66 tahun dan 6 bulan, beliau menamatkan perkhidmatan sebagai orang Nombor 1 badan Kehakiman negara. Daily Express 13 April 2019 muka surat hadapan Daily Express 13 April 2019 muka surat 2 Banyak rekod dipegang beliau, namun yang paling penting beliaulah anak jati Sabah yang pertama dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Beliau jugalah yang memperkenalkan sistem e-filing, CRT dan CMS di Mahkamah Sabah dan Sarawak, program Mahkamah Bergerak dan terbaru sistem e-review dan sistem pengundian bagi panel Mahkamah Persekutuan. Beliau seorang hakim yang sangat tegas, berani dan berintegriti tinggi serta penuh dengan visi dan misi serta seorang yang sangat berdedikasi terhadap kerjaya.

PROSES MENDAPATKAN TARAF WARGANEGARA

Imej
Taraf kewarganegaraan telah dijelaskan secara terperinci di dalam Perlembagaan Persekutuan (PP). Ia adalah terletak dalam hak dan budibicara mutlak Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri. Jikalau para pembaca berkesempatan untuk ke kedai buku, carilah buku kecil ini. Tidak mahal pun, harga dalam RM10 sahaja. Paling mahal pun yang besar sikit adalah dalam RM29. Buku kecil inilah asas perundangan negara. Perlembagaan Persekutuan. Di dalam Bahagian 3 PP ini, telah dinyatakan bahawa terdapat 4 cara bagaimana taraf kewarganegaraan boleh diperolehi iaitu: 1. Melalui kelahiran dan keturunan (Perkara 14). 2. Melalui pendaftaran (Perkara 15, 16 dan 16A). 3. Melalui naturalisasi (Perkara 19). 4. Melalui penggabungan wilayah baru dalam Persekutuan (Perkara 22). Insya Allah nanti saya akan kupaskan satu persatu peruntukan-peruntukan di atas kerana keutamaan lain perlu didahulukan. Wallahu a'lam.