PROSES MENDAPATKAN TARAF WARGANEGARA

Taraf kewarganegaraan telah dijelaskan secara terperinci di dalam Perlembagaan Persekutuan (PP). Ia adalah terletak dalam hak dan budibicara mutlak Kerajaan Persekutuan dan bukan Kerajaan Negeri.

Jikalau para pembaca berkesempatan untuk ke kedai buku, carilah buku kecil ini. Tidak mahal pun, harga dalam RM10 sahaja. Paling mahal pun yang besar sikit adalah dalam RM29.

Buku kecil inilah asas perundangan negara. Perlembagaan Persekutuan.

Di dalam Bahagian 3 PP ini, telah dinyatakan bahawa terdapat 4 cara bagaimana taraf kewarganegaraan boleh diperolehi iaitu:

1. Melalui kelahiran dan keturunan (Perkara 14).
2. Melalui pendaftaran (Perkara 15, 16 dan 16A).
3. Melalui naturalisasi (Perkara 19).
4. Melalui penggabungan wilayah baru dalam Persekutuan (Perkara 22).

Insya Allah nanti saya akan kupaskan satu persatu peruntukan-peruntukan di atas kerana keutamaan lain perlu didahulukan.

Wallahu a'lam.

Ulasan

  1. Saya mohon..mngapa krajaan tidak mempercpatkan perose taraf kewarganegaraan...perluka menunggu begitu lma....tidak ada ka jlan..tuk selesaikan msalh ni...........

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN

PERIHAL JAMINAN MAHKAMAH

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH