Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

DAPATKAN KHIDMAT PEGUAM..

Imej
Jika anda terlibat dengan apa jua kes melibatkan Mahkamah atau agensi kerajaan lain serta sekiranya anda disaman oleh mana-mana orang atau individu. Jangan berlagak seolah-olah anda tahu segala-galanya. Jangan terlalu sombong untuk dapatkan khidmat nasihat mereka yang pakar dalam bidang perundangan. Jangan terlalu lokek atau berkira untuk keluarkan wang semata-mata untuk pertahankan hak anda di sisi undang-undang. Nasihat ini juga termasuk bagi mereka di Negeri Sabah yang terlibat dengan kes-kes daftar lewat sijil lahir. Jangan bayar atau bagi rasuah untuk dapatkan dokumen sokongan. Selain salah di sisi undang-undang, anda juga rugi wang ringgit kerana urusan anda tidak akan pernah selesai. Malah anda menggalakkan lagi salah laku di kalangan penjawat awam atau mereka yang mempunyai kuasa. Ingat, peguam boleh bantu anda selesaikan masalah anda. Bukan dengan cara buat sendiri, bukan dengan cara jalan belakang atau rasuah dan bukan dengan cara menyombongkan diri. Ingat tu. Was

AMARAN BUAT PEMINJAM WANG BERLESEN

Imej
Assalamualaikum, Ini amaran buat para peminjam wang berlesen atau Along. Jangan ganggu atau memeras ugut peminjam-peminjam anda. Sudahlah anda mengenakan caj dan faedah yang tidak masuk akal, anda pula selalu mengambil tindakan sesuka hati dengan membelakangkan undang-undang negara. Walhal, anda boleh saja ke Mahkamah Sivil untuk menuntut semula hutang daripada peminjam. Bukan dengan cara menyimbah cat, mengugut peminjam atau keluarga mereka, hingga sampai memukul peminjam. Ini perlakuan orang yang tiada akal sebenarnya. Negara kita ada satu undang-undang yang melindungi peminjam yang dinamakan sebagai AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 (AKTA 400) atau Bahasa Inggerisnya MONEYLENDERS ACT 1951. Di bawah Seksyen 29B Akta ini, secara ringkasnya mana-mana peminjam wang, samada secara sendiri atau melalui ejen, yang mengganggu atau mengugut peminjam atau ahli keluarganya atau memantau tempat kediaman serta premis perniagaannya adalah melakukan kesalahan yang jika disab