DAPATKAN KHIDMAT PEGUAM..
Jika anda terlibat dengan apa jua kes melibatkan Mahkamah atau agensi kerajaan lain serta sekiranya anda disaman oleh mana-mana orang atau individu.
Jangan berlagak seolah-olah anda tahu segala-galanya.
Jangan terlalu sombong untuk dapatkan khidmat nasihat mereka yang pakar dalam bidang perundangan.
Jangan terlalu lokek atau berkira untuk keluarkan wang semata-mata untuk pertahankan hak anda di sisi undang-undang.
Nasihat ini juga termasuk bagi mereka di Negeri Sabah yang terlibat dengan kes-kes daftar lewat sijil lahir.
Jangan bayar atau bagi rasuah untuk dapatkan dokumen sokongan. Selain salah di sisi undang-undang, anda juga rugi wang ringgit kerana urusan anda tidak akan pernah selesai. Malah anda menggalakkan lagi salah laku di kalangan penjawat awam atau mereka yang mempunyai kuasa.
Ingat, peguam boleh bantu anda selesaikan masalah anda. Bukan dengan cara buat sendiri, bukan dengan cara jalan belakang atau rasuah dan bukan dengan cara menyombongkan diri.
Ingat tu.
Wassalam.
Boleh pm saya di whatsapp?
BalasPadamMencari peguam kes sek30akta racun, dan 15(2)ADB, kes makahmah kangaalr
BalasPadam