Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Iklan AirAsia yang mengelirukan?

Imej
Menonton iklan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia (AA) di atas mulanya agak menyeronokkan. Apatah lagi ia disajikan dengan lagu Bruno Mars, lagu yang agak sesuai dengan tema dan mengasyikkan. Tapi sedarkah kita bahawa iklan ini agak mengelirukan, sama seperti strategi pemasaran mereka yang selalu mengelirukan orang mengenai bayaran tambang yang selalu memomokkan ianya murah? Bahagian manakah yang mengelirukan itu? Tekalah! Jawapannya ialah lapangan terbang yang ditunjukkan. Anda lihat pramugara dan pramugari yang perasan ala-ala glamer tu berjalan di lapangan terbang bertaraf premium, bukan? Adakah ia realiti yang sebenar? Semestinya tidak kerana AA adalah jagoan pengguna terbesar lapangan terbang tambang murah atau lebih glamer dikenali sebagai LCCT. Dan bagi anda yang selalu ke LCCT seperti saya (setiap minggu terbang dengan AA tau!), tentunya kita tahu apakah taraf terminal ini yang terlalu murah dan tidak setanding dengan apa yang digambarkan dalam iklan tersebut. Entah sam