Iklan AirAsia yang mengelirukan?


Menonton iklan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia (AA) di atas mulanya agak menyeronokkan. Apatah lagi ia disajikan dengan lagu Bruno Mars, lagu yang agak sesuai dengan tema dan mengasyikkan.

Tapi sedarkah kita bahawa iklan ini agak mengelirukan, sama seperti strategi pemasaran mereka yang selalu mengelirukan orang mengenai bayaran tambang yang selalu memomokkan ianya murah? Bahagian manakah yang mengelirukan itu? Tekalah!

Jawapannya ialah lapangan terbang yang ditunjukkan. Anda lihat pramugara dan pramugari yang perasan ala-ala glamer tu berjalan di lapangan terbang bertaraf premium, bukan? Adakah ia realiti yang sebenar? Semestinya tidak kerana AA adalah jagoan pengguna terbesar lapangan terbang tambang murah atau lebih glamer dikenali sebagai LCCT. Dan bagi anda yang selalu ke LCCT seperti saya (setiap minggu terbang dengan AA tau!), tentunya kita tahu apakah taraf terminal ini yang terlalu murah dan tidak setanding dengan apa yang digambarkan dalam iklan tersebut.

Entah sampai bilakah syarikat penerbangan tambang murah ini akan lebih beretika baik dari segi iklan, marketing hatta kepada service yang ditawarkannya. Inilah juga sebabnya kenapa syarikat ini telah disaman di Mahkamah Australia kerana tidak memaparkan tambang yang sebenar malah mengelirukan. Kita masih menunggu perkembangan kes tersebut hingga hari ini. Jika diamati dengan teliti, inilah strategi ekonomi kapitalisme yang diubahsuai daripada konsep komunisme! Paparkan harga murah agar lebih sambutan, tapi khidmat yang diberikan juga haruslah lebih murah dari harganya sebab kalau mahal, macamana hendak generate untung, kan.

Hakikatnya, AA dan syarikat tambang murah lain di dunia hanyalah mengamalkan konsep indah khabar dari rupa dan demi mengejar keuntungan sanggup mengetepikan nilai etika dalam menyampaikan perkhidmatannya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN