Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Membeli Kereta Tindakan Kita Yang Paling Bodoh?

1. Kereta adalah liabiliti dan bukan aset, selagi mana ia masih atas nama bank atau masih dalam tempoh hutang sewa beli. 2. Sedarkah kita bahawa apabila kita membeli kereta baru, sejurus kita bawa keluar dari bilik pameran, ia akan mengalami susut nilai sehingga 30%. 3. Yang ni terkena batang hidung aku sendiri. Beli kereta buatan Korea, harga RM115,000 yang baru berusia 27 bulan, nilai pasaran sekarang hanya tinggal RM75,500 saja. 4. Walhal dalam tempoh itu aku sudah bayar ansuran lebih RM44,300. Baki hutang dengan bank ada RM83,300 lagi dan akan habis bayar untuk 5 tahun lagi! 5. Dalam masa 2 tahun itu pula macam-macam hal dan ragam berlaku atas kereta ini. Harga alat ganti pula melampau-lampau tinggi. 6. Sebab itu boleh dikatakan membeli kereta adalah tindakan paling bodoh. Ia adalah pelaburan yang sangat merugikan. Bukan tidak mampu untuk bayar ansuran bulanan, namun dek kerana sewa yang tinggi dan maintenance yang mahal itu patut diambil kira dan memeningkan kepala juga. 7. Sunggu

Daftar Lewat Sijil Lahir Di Sabah: Kerjasama Kementerian Kesihatan

1. Dalam zaman serba moden ini, sewajarnya tiada alasan untuk kita tidak mempunyai surat pengesahan terhadap sesuatu yang penting berlaku dalam hidup kita. 2. Kelahiran dan kematian adalah suatu perkara atau kejadian yang sangat penting. 3. Atas sebab itu, dipohon kerjasama pihak Kementerian Kesihatan untuk mengeluarkan surat pengesahan bersalin terhadap semua kelahiran yang berlaku samada di hospital atau klinik kerajaan dan swasta untuk simpanan dan rujukan ibubapa bagi mengelakkan kesulitan terutamanya kepada pihak mahkamah dalam menjalankan inkuiri daftar lewat sijil lahir, terutamanya di negeri Sabah. 4. Adalah lebih molek jika perkara ini diwajibkan. Ini juga dapat mengelakkan penyalahgunaan proses oleh mereka yang tidak berkenaan, terutamanya pendatang asing tanpa izin.

Faraid

Imej
Kena fahamkan dengan baik ilmu ini kerana ia adalah ilmu pertama yang ditarik dari dada kita. Itulah petanda Kiamat telah hampir. Berikut nota masa aku belajar di Universiti dulu, moga-moga bermanfaat. Note: To use this table , the reader should first ascertain whether the deceased left a wife or husband , and if she or he survived , should look under the appropriate heading. Only in default of either should search be made under “sons and daughters” , “father and mother” and the rest , and then in the order given in the first margin. In each instance it is supposed that there are no nearer relations than those named. If a person dies leaving Division of Real and Personal Property WIFE: Wife and no relations ¼ to wife , ¾ to the Bait-ul-mal(1) Wife and son (sons) 1/8 to wife , rest to son (sons equally)