Membeli Kereta Tindakan Kita Yang Paling Bodoh?

1. Kereta adalah liabiliti dan bukan aset, selagi mana ia masih atas nama bank atau masih dalam tempoh hutang sewa beli.

2. Sedarkah kita bahawa apabila kita membeli kereta baru, sejurus kita bawa keluar dari bilik pameran, ia akan mengalami susut nilai sehingga 30%.

3. Yang ni terkena batang hidung aku sendiri. Beli kereta buatan Korea, harga RM115,000 yang baru berusia 27 bulan, nilai pasaran sekarang hanya tinggal RM75,500 saja.

4. Walhal dalam tempoh itu aku sudah bayar ansuran lebih RM44,300. Baki hutang dengan bank ada RM83,300 lagi dan akan habis bayar untuk 5 tahun lagi!

5. Dalam masa 2 tahun itu pula macam-macam hal dan ragam berlaku atas kereta ini. Harga alat ganti pula melampau-lampau tinggi.

6. Sebab itu boleh dikatakan membeli kereta adalah tindakan paling bodoh. Ia adalah pelaburan yang sangat merugikan. Bukan tidak mampu untuk bayar ansuran bulanan, namun dek kerana sewa yang tinggi dan maintenance yang mahal itu patut diambil kira dan memeningkan kepala juga.

7. Sungguhpun begitu, kalau tiada kereta kita juga yang susah. Akan timbul kesukaran untuk bergerak ke sana sini terutama ke tempat kerja, bukan?

8. Sebab itu apabila berbicara atau ingin membuat keputusan untuk membeli kereta, kena ukur baju di badan sendiri. Buat perkiraan yang tepat dan paling penting, istikharah dahulu sebelum bulatkan hati.

9. Jadi, sebelum beli kereta, sila kira ansuran bulanan yang kita mampu ditambah juga dengan kos minyak, maintenance dan lain-lain kos samada dalam jangka atau luar jangka kerana kereta ni macam manusia juga, banyak ragam dan penyakitnya.

10. Jadilah pengguna yang bjiak! Selepas ini insya Allah, tidak akan membiarkan pisang berbuah dua kali.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

JAMINAN MAHKAMAH vs DENDA MAHKAMAH

PROSIDING GARNISI

ETIKA KE MAHKAMAH: KETRAMPILAN