Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kereta

BOLEHKAH SAMBUNG LOAN KERETA ORANG LAIN?

Imej
Assalamualaikum, Ok, post ringkas sebab mahu balik lepas office hour. Sumber gambar di SINI Soalan: Bolehkah saya sambung loan kereta orang lain? Kami buat perjanjian depan peguam juga. Malah kami juga ada buat surat akuan bersumpah. Jawapan: TIDAK BOLEH! Ini kerana hak milik kereta adalah dituntut oleh pihak ketiga, iaitu Bank atau institusi kewangan. Jadi, selagi kereta masih ada pinjaman, gunalah akuan bersumpah setebal 100 mukasurat pun, atau perjanjian setebal manapun tetap ianya TIDAK SAH dan TIDAK TERPAKAI di sisi undang-undang. Dalam undang-undang kontrak, perjanjian sebegini dikenali sebagai ' void ab initio ' atau terbatal sejak azalinya. Dengan itu, sekiranya berlaku pertikaian di kemudian hari, maka perjanjian sebegini atau akuan bersumpah ini tidak boleh dikuatkuasakan, tidak akan diterima sebagai bukti keterangan, malah ia akan dianggap seolah-olah tidak pernah wujud pun! Jadi yang rugi siapa? Penjual lah yang rugi sebab jika pe...

Membeli Kereta Tindakan Kita Yang Paling Bodoh?

1. Kereta adalah liabiliti dan bukan aset, selagi mana ia masih atas nama bank atau masih dalam tempoh hutang sewa beli. 2. Sedarkah kita bahawa apabila kita membeli kereta baru, sejurus kita bawa keluar dari bilik pameran, ia akan mengalami susut nilai sehingga 30%. 3. Yang ni terkena batang hidung aku sendiri. Beli kereta buatan Korea, harga RM115,000 yang baru berusia 27 bulan, nilai pasaran sekarang hanya tinggal RM75,500 saja. 4. Walhal dalam tempoh itu aku sudah bayar ansuran lebih RM44,300. Baki hutang dengan bank ada RM83,300 lagi dan akan habis bayar untuk 5 tahun lagi! 5. Dalam masa 2 tahun itu pula macam-macam hal dan ragam berlaku atas kereta ini. Harga alat ganti pula melampau-lampau tinggi. 6. Sebab itu boleh dikatakan membeli kereta adalah tindakan paling bodoh. Ia adalah pelaburan yang sangat merugikan. Bukan tidak mampu untuk bayar ansuran bulanan, namun dek kerana sewa yang tinggi dan maintenance yang mahal itu patut diambil kira dan memeningkan kepala juga. 7. Sunggu...